Semalam saya menyatakan rasa mual dengan sikap ejen pekerja asing yang membawa beban kepada negara ini. Ejen pekerja asing yang tidak bertanggungjawab ini membawa pekerja asing yang berpenyakit seperti siflis dan batuk kering akibat kecuaian dalam memastikan tahap kesihatan mereka. Lebih memburukkan lagi apabila mereka bersekongkol dengan ejen di negara asal yang hanya memikirkan keuntungan saja.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ishak Mohamad berkata pekerja asing yang datang secara sah tetapi didapati menghidapi penyakit berjangkit seperti batuk kering, Hepatitis B dan siflis akan dihantar pulang. Menurutnya, jabatan amat bertegas dalam soal itu terutama selepas pekerja asing menjalani pemeriksaan kesihatan kali kedua di negara ini. Setiap rakyat asing yang masuk ke negara ini secara sah perlu melepasi ujian kesihatan di negara masing-masing dan menjalani pemeriksaan kesihatan kali kedua di Malaysia.
Kenyataan Pak Sako itu amat dialu-alukan. Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa pekerja berpenyakit ini tidak dibawa masuk sekali lagi oleh ejen pekerja asing yang tamak haloba ini. Kaedah cap jari perlu diperhebatkan untuk membendung golongan ini kerana mereka pakar dalam tindakan "tiru meniru" dan membuat pasport palsu. Pastikan mereka tidak masuk lagi menyebarkan penyakit kepada Melayu, Cina dan India.
Kalau penyakit itu tersebar kepada penyangak atau petualang negara, mungkin ada faedahnya tetapi jika merebak kepada rakyat yang baik, disiplin, menghormati undang-undang, berfikiran waras, tiada sifat perkauman melampau, menghormati perlembagaan, menghormati raja-raja, ia adalah satu tragedi kepada negara.
Dalam laporan Bernama semalam, Pak Sako berkata, "Pekerja asing ini diberikan tempoh selama sebulan untuk menghantar rekod kesihatan mereka kepada Fomema (Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing). Fomema akan melaporkan kepada kami dan sekiranya mereka didapati berpenyakit, mereka akan dihantar pulang."
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Soi Lek yang mendedahkan kira-kira 30,000 pekerja asing di negara ini didapati tidak sihat dan menghidap beberapa penyakit berjangkit yang boleh menular kepada rakyat tempatan jika tidak dibendung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sula saja dalang-dalang yang membawa masuk PATI.kita sula.sula mereka sebagaimana dalam Semerah Padi.
Post a Comment