Monday, December 31, 2007
JANGAN BASUH PUNGGUNG DI KHALAYAK RAMAI
(Gambar Agenda Daily)
Ketika pemimpin tertinggi UMNO meminta semua pihak tidak menggunakan media sebagai tempat "membelasah" orang lain, tiba-tiba pula ada pemimpin UMNO yang membelasah antara satu sama lain dalam media. Apa ni?
Kalau nombor satu atau dua kata jangan "membasuh punggung di khalayak ramai" tidak payahlah berbuat demikian kerana ini akan memberi "kemaluan yang amat besar" kepada mereka yang membasuh punggung itu. Yang akan rugi ialah UMNO atau Barisan Nasional di mana orang luar akan berkata bahawa pemimpin UMNO sudah mula bergaduh antara satu sama lain. Malah ia tidak sesuai terutama menjelang pilihan raya umum. Ikutilah nasihat nombor dua yang mahu berbincang dengan nombor satu.
Ikutilah berita dalam Agenda Daily ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad menghentam Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, Sabtu lalu berkata beliau akan membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ditemui para wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan di Kota Kinabalu semalam, beliau juga berkata: “Kita tidak mahu perkara ini dibincangkan secara terbuka kerana isu begini membawa implikasi yang besar”.
Manakala Timbalan Menteri Penerangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zahid Hamidi pula menyifatkan isu berkenaan adalah isu dalam ‘kelambu politik’ UMNO yang tidak seharusnya didedahkan.
Sebaliknya, perkara-perkara yang sensitif seharusnya dibincangkan secara dalaman parti.
Sementara seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Shahrir Samad juga mencadangkan agar kemelut yang berlaku di Perlis diselesaikan secara baik.
“Kalau ada masalah sepatutnya kita cari penyelesaian, jangan didedahkan kepada khalayak, kalau ini berlaku ia akan menambahkan masalah sedia ada.
``Justeru apa pun tindakan yang akan diambil, kita harus mencari penyelesaian dengan tujuan supaya parti itu kuat dan bukan individu tertentu yang kuat,'' katanya.
Tambah Shahrir, rakyat sebenarnya tidak berminat untuk dibabitkan dalam soal konflik antara pemimpin.
``Perkara yang paling penting ialah Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya, mesti melihat kepada masalah rakyat dan bukan untuk melihat masalah individu yang mungkin menjadi punca perkara didedahkan di khalayak,’’ ujarnya.
Mengenai kenyataan Shahidan bahawa beliau kecewa dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti di negeri itu tetapi suka menganggu ketenteraman serta pentadbiran negeri, Shahrir berkata, para pemimpin UMNO negeri tidak boleh mengasingkan diri daripada kepimpinan UMNO pusat kerana kekuatan mereka banyak bergantung kepada pucuk pimpinan parti.
Katanya, jika pemimpin negeri bertindak sebegitu rupa daripada kepimpinan pusat, ia menjadi punca konflik.
``Kalau kita mempunyai anggapan UMNO negeri berbeza daripada UMNO pusat dan ada pihak lain yang boleh bercakap tentang soal negeri dan sebagainya, benda-benda macam inilah yang menjadi pencetus perbalahan dan mengundang pelbagai konflik,'' katanya.
Shahidan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dilaporkan menegur ada pemimpin yang mempunyai jawatan tinggi di peringkat Persekutuan tetapi gemar mencampuri urusan pentadbiran negeri bila pulang ke negeri ini.- 30/12/2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment