Tuesday, December 18, 2007

JADILAH AHLI POLITIK BERADAB

Semalam, saya bersembang dengan seorang teman lama mengenai politik.

Dalam perbualan itu, beliau turut memperkatakan mengenai sikap pemimpin politik pembangkang yang kadangkala oleh kerana terlalu ingin menegakkan "perjuangan" mereka, terlupa dengan tanggungjawab sebagai ahli politik yang bertanggungjawab dan beradab.

Bagaimanapun, ada juga yang menunjukkan kematangan dengan mengamalkan perjuangan politik yang sihat dan bermaruah. Dalam ertikata lain, mereka tahu had, batas-batas dan budaya berpolitik Malaysia.

Umpamanya, ketika usaha untuk membebaskan bekas pemimpin kanan UMNO sedikit masa dahulu, pemimpin pembangkang daripada pelbagai parti termasuk isteri pemimpin tersebut pergi ke luar negara untuk meraih simpati pemimpin antarabangsa.

Dalam kapalterbang, mereka memakai lencana gambar bekas pemimpin kanan UMNO berkenaan yang meminta kerajaan membebaskannya. Sudah tentu penumpang kapalterbang melihat lencana itu dan ingin tahu apa yang diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang.

Perjuangan politik itu diteruskan dalam kapalterbang. Begitu juga ketika mereka di luar negara.

Namun, kawan saya terlihat dalam banyak-banyak pemimpin pembangkang itu, ada seorang yang tidak memakai lencana berkenaan ketika di luar negara atau di dalam kapalterbang sama ada ketika pergi atau kembali.

Kawan saya bertanya kepadanya dan jawapan yang diberikan ialah, "PERJUANGAN POLITIK SAYA ADALAH DI DALAM NEGARA. KETIKA DI DALAM KAPALTERBANG DAN LUAR NEGARA, SAYA MENJAGA HADNYA. INILAH PENDIRIAN SAYA."

Begitulah cerita kawan saya yang ingin memaparkan adakala pemimpin politik negara yang tidak menghiraukan skop perjuangan mereka sehingga menjerit-jerit di luar negara meminta pihak antarabangsa memberikan sokongan kepada mereka. Ada juga yang masih berfikiran waras dan bertindak sebagai ahli politik beradab.

2 comments:

Unknown said...

Pemimpin politik pembangkang terpaksa pergi ke luar negara untuk mendapat bantuan sebab, umno putera telah menguasai keseluruhan seperti sidang akhbar, TV, polis, hakim. Dimana keadilan politik diMalaysia? Media-media semuanya berat sebelah laporan-laporan semuanya memihak kepada umno putera. Umno putera boleh membuat demontrasi atau ceramah ceramah pada bila bila masa dan polis pun dengan senang memberi permit.Tapi bagi rakyat biasa atau pihak pebangkang untuk mendapat permit betapa susahnya.Demontrasi yang dibuat oleh Bar dan Bersih dikatakan haram, tapi macam mana pula dengan pemuda umno yang buat demontrasi semasa Rice dari US datang? Kemana lagi pihak politik pembangkang hendak tujui diMalaysia kalau tidak ke luar negera???

Anonymous said...

Sebenarnya orang2 seperti ini terdesak dan marah apabila dilakukan sedemikian rupa..yang salah tetap salah yang benar tetap benar.