Saturday, December 29, 2007

KISAH BENAR : SUAMIKU KEKASIH ORANG

Aku tidak pernah menyesal dinaikkan pangkat begitu cepat. Aku bersyukur kerana kini aku menerajui syarikat besar yang mempunyai kakitangan ratusan ribu orang.

Aku menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komited dan bermatlamat jauh. Aku yakin mampu membawa syarikat itu ke persada yang lebih tinggi termasuk ke peringkat antarabangsa agar rakyat Malaysia di pandang hebat dan terbilang.

Namun, aku sedih suamiku seorang "penganggur terhormat". Beliau tidak bekerja dan hanya tahu menghabiskan wang yang diberikan setiap bulan. Aku memberi "gaji" lebih lima ribu setiap bulan untuk duit belanja beliau. Beliau akan bangun apabila matahari di puncak dan melakukan perkara yang diminati termasuk "gardening".

Kini, perangai malas bekerja itu sudah menular kepada satu bidang lain iaitu menjadi "kekasih" orang. Ini menyebabkan hati aku hiba dan tersentak. Beliau akan mencari peluang keemasan untuk berasmara dan bercanda dengan dua orang kekasih barunya. Aku baru tahu beberapa bulan lalu.

Aku cuba untuk "menyekat" duit gaji beliau tetapi hati mana yang tidak sedih melihat suami tidak ada wang untuk berbelanja. Akhirnya aku mengalah dan tetap menyerahkan wang kepadanya.

Aku tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah hidup ini. Jika suami malas bekerja dan hanya menerima wang gaji saja, aku masih boleh bertahan. Tetapi apabila suami sudah mula "curang" dan mencari kesedapan di luar, hatiku amat terluka. Penderitaan ini amat memedihkan. Hanya tuhan saja yang mengetahuinya.

Aku berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku dalam hidupku. Di pejabat, akulah heroin sebenarnya tetapi tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di dalam hatiku. Oh tuhan, bantulah aku menyelesaikan masalah ini segera. Amin.

2 comments:

JBingkasan said...

Aduh sakitnya hati teman membaca suratan itu. Aku tahu rasanya terhimpit peristiwa seperti itu kerana saya juga pernah melaluinya. Cuma saya dipihak lelaki sepertimana dalam keluhan Sdri Tiger.
Salam

ibrahim yahaya said...

Hello brader,

Salam.

Lama tak dengar cerita dari negeri di bawah bayu. Bagaimana sekarang? Bagaimana dengan sambutan Krismas?

Harap brader sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera.