Monday, December 3, 2007

PILIHLAH YANG TEGAK DAN TIDAK ROBOH

Saya merasakan amat kelakar dan hampir terjatuh daripada kerusi apabila orang lama pembangkang, Lim Kit Siang menyuruh Datuk Seri S Samy Vellu untuk bersara daripada politik. Siapa Kit Siang untuk menyuruh orang lain bersara? Alasan beliau, DS Samy Vellu gagal dalam memperjuangkan nasib masyarakat India di negara ini seperti yang ditimbulkan oleh kumpulan sewel dan suka bermain api meniupkan sentimen agama.

Jika pemimpin itu dari negara India atau Amerika Syarikat, mungkin boleh saya faham mengenai "kebodohan" atau "kekurangan maklumat" mengenai negara ini. Tetapi ini disuarakan oleh orang telah lama berkecimpung dalam bidang politik Malaysia. Takkanlah DS Samy Vellu tidak berbuat sesuatu kepada masyarakat India. Saya bukanlah membela DS Samy Vellu tetapi sebagai wartawan, saya tahu apa yang telah dilakukan oleh pemimpin MIC itu. Malah, suara DS Samy Vellu itu sering mengingatkan pemimpin negara untuk terus membantu rakyat miskin termasuk kaum India. Cuma tidak dinafikan usaha membantu rakyat miskin yang masih ada lagi termasuk kaum Melayu dan Cina perlu diteruskan setiap masa. Kerajaan berjanji membantu semua kaum di negara ini.

Oleh itu, gesaan Kit Siang yang disiarkan dalam Malaysiakini pada minggu lalu juga ibarat meludah ke langit kerana orang ramai juga ingin bertanya bilakah beliau ingin bersara dan memberi laluan kepada pemimpin muda partinya. Janganlah pandai-pandai menyuruh orang berhenti atau bersara tetapi diri sendiri tetap ingin berpaut kepada tiang politik sehingga di akhir hayat. Melompat dari satu tempat ke satu tempat.

Dalam memilih pemimpin politik negara ini, kita perlu mengambil pandangan dalam peribahasa Melayu, PANDANG-PANDANG ORANG DIJADIKAN GANTI TUBUH, PERTAMA TEGAK, KEDUA ROBOH, yang membawa maksud "orang yang akan dijadikan wakil di dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah".

1 comment:

Anonymous said...

Jangan mempertikaikan kebolehan pemimpin India dan Amerika Syarikat. Mereka mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Apakah kebolehan pemimpim Malaysia? Selepas menonton interview Al-Jazeera, One East and BBC saya berasa malu kerana mereka tidak boleh jawab soalan yang dikemukan. Jawapan mengandungi unsur agama dan rasict. Melay BODOH!