Saturday, December 15, 2007

KITA BAWA JARUM, DIA BAWA GUNTING

Saya pernah menulis mengenai "Ketuanan Melayu" sebelum ini. Mengambil pandangan rakan, Datuk Dr Malik Munip, istilah Ketuanan Melayu sebenarnya tidak tepat di negara ini malah tidak perlu disebut istilah berkenaan ibarat "sudah terang, lagi bersuluh".

Menyebut istilah itu seperti juga menyebut "Ketuanan Inggeris" di Britain atau "Ketuanan China" di Negara China. Ini kerana di Britain dan China kedua-dua bangsa itu adalah bangsa asal dan tidak perlu disebutkan ketuanannya. Semua pihak sudah memahaminya. Begitu juga di Malaysia.

Oleh itu, luahan Jonson Chong, dalam surat pembaca di news portal Malaysiakini yang amat marah dengan kenyataan Tan Sri Abdul Rahim Tambychik mengenai istilah Ketuanan Melayu mungkin ada rasionalnya. Oleh itu, saya menasihatkan Chong tidak perlu sakit hati dengan istilah itu kerana semua pihak memahami kedudukan itu. Tidak payah sebutpun, semua orang sudah tahu dan mengakuinya.

(Renungan Rimau : Sebagai rakyat negara ini, baik di Malaysia atau di seluruh dunia, kita perlu berusaha memastikan Malaysia sentiasa bersatu padu dan kukuh. Barulah seronok hidup di sini. Jika ahli politik bertegang leher untuk menegakkan perjuangan mereka, rakyat perlu berfikiran rasional untuk menilai apa yang dihamburkan oleh mereka. Menilailah dengan bijak dan bukannya menerima jeritan mereka bulat-bulat. Kita perlu menjauhi golongan yang ibarat peribahasa Melayu, KITA MEMBAWA JARUM, DIA MENYAMBUT DENGAN GUNTING, yang membawa maksud "kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah-belah").

2 comments:

Anonymous said...

Allah dah marah kat pemimpin Malaysia.

Tetiba ader ribut taufan, banjir dan bah.

Tetiba bas yang membawa ahli ahli UMNO terlibat dalam kemalangan, kehilangan nyawa pulak.

Insaf Lah, Pak Lah, insaf Lah

Anonymous said...

Actually which one? "Ketuanan Melayu" or "Ketuanan Orang Asli"? Who are the natives?