Mengapa Iraq yang amat kuat satu ketika dulu di bawah Presiden Saddam Hussein, tiba-tiba rebah seperti patung Saddam yang ditarik dengan rakus oleh tentera Amerika? Jawapannya ialah rakyat Iraq tidak bersatu dan membiarkan orang lain mengambil segala kesempatan untuk menghirup darah dan minyak dari negara mereka. Lesen yang digunakan ialah menegak keadilan dan untuk memastikan tiada pihak yang ditindas.
Setelah mereka masuk ke Iraq, pelbagai perkara dilakukan oleh Amerika Syarikat termasuklah mengambil kesempatan terhadap kekayaan minyak Iraq dan segala bahan sejarah Islam yang agung lesap begitu saja oleh ejen-ejen Amerika Syarikat. Ketika itu alasan yang diberikan terhadap kelesapan barang-barang berharga itu ialah kerana negara itu sedang menghadapi anarki. Hingga kini tiada siapapun yang untung daripada penyerangan Amerika Syarikat terhadap Iraq kecuali Si Belukar yang seperti menunaikan "sumpahnya" untuk membalas dendam terhadap Presiden Saddam kerana bapanya telah dimalukan. Belukar tua telah terbakar dan hangus. Rakyat AS juga mengutuk Si Belukar yang mendapat dokongan Yahudi.
Amerika Syarikat membuat pelbagai alasan untuk masuk ke Iraq. Yang paling besar ialah tuduhan penyimpanan tempat membuat nuklear. Tuduhan itu sebenarnya sebesar negara AS itu sendiri kerana ternyata itulah alasan untuk menjahanamkan Iraq dan memalukan umat Islam. Amerika Syarikat adalah perompak besar dunia yang sering berselindung di sebalik topeng demokrasi. Mereka sentiasa mengambil kesempatan jika ada sesuatu yang mereka suka seperti minyak atau untuk menghancurkan Islam. Ini yang saya sering sebutkan menangguk di air keroh. Ini kumpulan yang ingin dijadikan kawan oleh sesetengah pihak yang hanya mementingkan diri mereka sendiri. Jauhilah mereka.
Tetapi pandangan saya mengenai menangguk di air keroh ini sering menerima kritikan seolah-olah saya paranoid terhadap sesuatu yang buruk akan berlaku walaupun sebenarnya tidak. Tetapi mereka lupa bahawa, SESAL DULU BERPENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA dan JANGAN BERMAIN DENGAN API adalah satu peringatan kepada kita rakyat Malaysia bahawa negara ini perlu bersatu dan jangan biarkan orang lain menangguk di air keroh.
Jika ada sebarang masalah, pemimpin kaum atau bangsa tertentu perlu mengambil usaha untuk memperjuangkan kaum mereka dan jangan sehingga boleh menganggu-gugat keamanan negara seperti yang dilakukan oleh kumpulan sewel yang menuntut entah apa-apa daripada orang luar. Mereka juga degil dan sombong serta berusaha mencabar kewibawaan pasukan keselamatan. Tindakan mereka itulah yang menyebabkan Malaysia diperhatikan oleh orang luar.
Lihatlah akibat yang diterima sekarang. Negara India sudah mula membuka mulut mereka dengan mengatakan apa yang berlaku terhadap orang India di tempat lain akan menjadi perhatian mereka. Ini dinyatakan oleh pemimpin India dalam berita yang disiarkan oleh Malaysiakini yang memetik berita AFP. Apa sudah jadi? Adakah kumpulan sewel ini puas hati dengan tindakan mereka yang menipu masyarakat India di negara ini dengan janji untuk memberikan satu atau dua juta jika turut serta dalam perhimpunan haram. Siapa yang tidak mahu duit? Tetapi sebenarnya siapa yang ditipu dan siapa pula menggunakan orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri. Inilah yang saya sebutkan sewel dan amat berbahaya kepada negara.
Maka itu, wahai pemimpin tertinggi masyarakat India, DS Samy Vellu tolonglah tengok-tengok sikit perangai anak buah agar tidak membiarkan orang lain menangguk di air keroh. Tidak gunalah sibuk memperkatakan usaha memperjuangkan nasib masyarakat India jika ada lagi yang tidak puas hati dan sanggup mati untuk menyatakan isi hati mereka. Tolonglah Samy Vellu untuk menolong mereka ini jika kemiskinan yang disebutkan itu ada hubungkait dengan isu kronisme atau pilih kasih. Kerajaan sudah memberi banyak bantuan kepada masyarakat India dan ke mana pergi bantuan itu perlu dijawab oleh Samy Vellu dan MIC. Jangan biarkan beban itu ditanggung oleh pemimpin UMNO sehinggakan pelbagai dakwaan jahat dibuat dan kini Malaysia mendapat malu. Tolonglah Samy Vellu.
Malaysia tidak boleh menjadi Iraq. Saya mahu hidup seribu tahun lagi dan tidak mahu melihat kekacauan di negara ini. Janganlah biarkan negara ini hangus menjadi abu kerana memang susah untuk membangunkannya semula setelah 50 tahun kita berpenat lelah. Percaya dan yakinlah.
Jika masing-masing hendak menunjukkan kekuatan, ia tidak akan ke mana kerana percayalah negara ini akan menjadi abu dan ketika itu siapapun tidak akan mahu hidup di negara ini. Yang paling malang ialah bangsa Melayu kerana inilah tanah tumpah darah mereka. Kerana seperti kata-kata Perdana Menteri India bahawa mereka mengambil berat orang India di seluruh dunia, ini bermakna orang India mempunyai tempat untuk bergantung, setelah Malaysia menjadi abu. Begitu juga kaum lain kot. Tolonglah.
Saturday, December 1, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum Saudara Ibrahim,
Luahan ikhlas saudara seharusnya menampar sedar mereka yang sedang leka dengan kemewahan hidup disebalik celupan rerambut kuning dan berlagak lebih dari Mat Salleh tetapi berbuntut perang dikota kota besar tanahair.
Namun kesedaran ini hanya berpusar dikalangan seperti saudara yang masih mahu menghargai keris Melayu dan apa yang ianya melambangkan?
Semoga ada lebih ramai seperti saudara dibumi semenanjung ini.
All animals are equal but some animals are more equal than others.
George Orwell (1903 - 1950), "Animal Farm"
The chickens are coming home to roost!!
Sdr Mahaguru58,
Saya telah melalui peristiwa 13 Mei 1969. Ketika itu rumah orang Cina di kampung saya dibakar oleh golongan tertentu kerana berkemungkinan mereka mendengar orang Cina telah membunuh dan membakar rumah oang Melayu di Kuala Lumpur terutama di Kampung Baru dan kawasan sekitar.
Orang India tidak ada kerana mereka tinggal di estet.
Kami berkumpul di sebuah rumah dan memikirkan apa akan jadi dengan Malaysia, tanah tumpah tercinta ini. Ketika itu, saya tidak kaya tetapi hidup bahagia di kampung. Saya tidak berdemostrasi tetapi berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran dan mencari rezeki halal. Saya tidak pernah memarahi sesiapa kerana saya tidak kaya atau tidak mempunyai wang. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain kalau kita miskin. Kalau kita tahu menguruskan kedudukan ekonomi kita, kita akan tetao bahagia.
Yang menjadi petualang ialah mereka yang suka membangkit-bangkitkan semangat perkauman dan keagamaan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka bermimpi hendak menjadi Perdana Menteri, memerintah, memegang kuasa tetapi sanggup membuat apa saja termasuk membakar negara ini. Orang macam ini tidak layak tinggal di negara ini. Pengacau dan petualang negara ini bolehlah mencari tanah di negara yang bersedia menerima mereka. Kita hendak hidup aman di sini. Mencari rezeki halal.
Lihatlah kaum Cina. Mereka tidak perlu berhimpun tetapi mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka rajin, licik dan mempergunakan networking untuk menjadi bangsa niaga yang cemerlang. Belajarlah daripada mereka walaupun ada pihak yang mengatakan mereka golongan opportunis. Lupakanlah pemimpin-pemimpin Cina yang memainkan semangat perkauman. Mereka ini sudah tidak laku lagi tetapi tetap menjual diri seperti pelacur tua yang ingin mencari makan. Cubalah sedarkan mereka. Jika mereka masih berdegil, jauhilah mereka.
Kumpulan sewel.Demonstrasi kerana satu atau dua juta.Kami ini bukan bodoh sangat nak ikut cakap orang.Cubalah sedar sikit tentang penindasan berterusan yang dilakukan ke atas orang India dengan alasan NEPlah ...status bumiputeralah dan sebagainya.Sedarlah sikit sepatutnya India dan Cina pun bumiputera juga kerana lahir di bumi Malaysia ini.Janganlah tamak sangat nanti rugi besar.
Yang memusnahkan bangsa, agama dan negara ialah pemimpin2 UMNO (Melayu) sendiri dan orang2 Melayu yang terus menyokong membabi buta. Bila rasuah dilakukan dan dibiarkan berleluasa, rintihan orang diperlekehkan, sikap sombong dan angkuh sedangkan mereka sepatutnya 'hamba' rakyat, inilah akibatnya bila segelintir dah tidak dapat tahan lagi. Saya salahkan Dolah Badawi, Najib dan hampir semua pemimpin UMNO yang memberi malu kepada agama dan bangsa kita. Bila lagi orang Melayu nak sedar????
Sdr gmk,
Chickens coming home to roost?
Memanglah kita kena bising dan menjerit selalu mengenai peristiwa yang telah berlaku. Ini untuk menyedarkan kita sepanjang masa. Mungkin disebabkan oleh kita atau orang lain. There are chickens coming home to roost. The mess of course has been left for the rest of Malaysian to clean up.
Its not about paying for the sins. Its more about learning from experience and to do something constructive. Lets avoid making the same mistake.
Post a Comment