Sunday, December 30, 2007

RESTORAN TERLEBIH CAJ?

Pagi ini saya terkejut kerana terpaksa membayar RM40 untuk makanan yang dibeli di sebuah restoran di Shah Alam.

Harga makanan mahal atau kasyier Indonesia yang terlebih caj terhadap saya?

Tak tahulah, tetapi saya rasa bayaran itu mahal.

1. Air suam - dua
2. Air sirap
3. Teo o
4. Lontong setengah - dua
5. Roti canai
6. telur setengah masak - dua
7. roti bakar - satu set
8. kueh - tiga
9. ayam berkuah - tiga
10. kuah kurma daging
11. kuah ikan masin - ikan dua
12. sayur
13. ikan goreng - dua

8 comments:

. said...

murah atau mahal bergantung kepada restoran di mana ... sekarang nampaknya restoran mamak pun dah caj harga macam hotel lima bintang.

Unknown said...

saya cuba buat kirakira dari jauh.....
perkara2 number 1 - 3 = 3.50
number 4 - 7 = 12.00
perkara 8 - 10 = 10.50
perkara 11 - 13 = 14.00
jumlah = 40.00

Eh sama jumlah la pulak...ermm....

sedap ka tidak makan kat situ?

idham

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Kawan saja ajar, jika dapat bil di kedai mamak, tanya mamak itu satu persatu apa yang dia caj.

Kawan ni dah buat dua tiga kali dan mendapati bahawa harga yang tertera tidak sama dengan apa yang disebutnya.

Pernah satu ketika mamak itu mengenakan dua bayaran untuk satu makanan. Satu nasi goreng dan satu lagi dia tulis goreng nasi.

Kalau tak mahu bayar tinggi, masaklah sendiri. Lagi baguih.

ibrahim yahaya said...

Sdr Idham,

Mungkin betul kiraan saudara.

Saya yang terasa bayarannya tinggi. Mungkin sudah mahal sikit kot kerana harga barang sudah naik.

Apapun, terima kasih sekali lagi.

Makanan di situ bukanlah "superb" sangat tetapi kerana banyak pilihan. Itu yang menyebabkan restoran berkenaan menjadi kunjungan ramai.

Anonymous said...

Datuk Tiger,

Nasi Goreng dan Goreng Nasi adalah dua benda yang berbeza.

Nasi Goreng ialah nama. Goreng nasi ialah perbuatan.

Jadi satu, dia caj harga Nasi Goreng.

Satu lagi dia caj harga goreng nasi tu.

Upah brader, upah...

Lepas ni, pisang goreng dan goreng pisang pun kena caj double.

;-)

Anonymous said...

RM40 memang mahal sebab hari ini harga barang semua dah mahal. Makanan yang saudara makan tu, kalau dulu hanya RM20, sekarang RM40 memang patut. Jangan salahkan restoran...salahkana yang atas lagi tu...

ibrahim yahaya said...

Sdr Gurindam Jiwa,

Kalau dia orang nak caj "menggoreng nasi", mereka bolehlah masukkan dalam harga nasi goreng mengenai upah penat menggoreng.

Tetapi memang ada cubaan untuk mengelirukan "mangsa". Kawan saya kata apabila disoal mengapa ada goreng nasi, mamak itu terus dengan megahnya "you ohrang order dua, kena bayar dualah". Tetapi beliau lupa yang makan itu dua orang. Satu makan roti canai, satu makan nasi goreng. Maka terkebil-kebillah si mamak itu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya rasa apabila kita tahu bahawa harga makanan naik, eloklah kita masak sendiri di rumah.

Kawan saya selalu nasihatkan supaya buat teh tarik sendiri kerana kosnya jauh lebih rendah daripada di gerai atau restoran mamak.

Kita bayar harga makanan atau minuman disertakan harga "ambience".