Wednesday, December 12, 2007

MISAI BERTARING BAGAI PANGLIMA

Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz bukanlah satu nama baru dalam politik. Sejak dari dulu lagi, bekas Exco Pemuda UMNO ini amat lantang bersuara. Sebagai seorang ahli politik, sikapnya yang terus terang membuat ramai pihak yang melemparkan pelbagai kritikan dan memberi pelbagai nama kepadanya. Ini terutamanya dalam media baru.

Satu ketika dulu, beliau pernah menegur pemimpin tertinggi UMNO sehingga ada pihak yang menganggap beliau seorang yang biadab dan tidak hormat kepada ketua apatah lagi Presiden UMNO. Nazri Aziz juga pernah menegur bekas Perdana Menteri yang membuat teguran terhadap Paklah terutama berhubung pentadbiran negara masa kini.

Semalam, DS Nazri mempertahankan pasukan keselamatan yang bertindak menahan golongan yang melanggar undang-undang dan berita mengenainya disiarkan dalam news portal, Malaysiakini. Baginya, tiada siapa yang di atas undang-undang termasuk peguam.

Keberaniannya itu seharusnya dicontohi oleh pemimpin UMNO terutama dalam kerajaan kerana sejak kebelakangan ini hanya beberapa kerat saja yang begitu lantang memperkatakan mengenai tindakan golongan yang melanggar undang-undang. Pemimpin ini diberikan pelbagai gelaran termasuk "orang kampung bodoh". "mamak goblok" atau "monyet" kerana menegur golongan yang tidak menghiraukan undang-undang negara.

Pemimpin kerajaan terutama UMNO perlu memberitahu masyarakat bahawa tindakan melanggar undang-undang seharusnya tidak menjadi budaya rakyat negara ini kerana ia boleh mendatangkan malapetaka. Carilah jalan penyelesaian terbaik dan bukannya membuat "huru-hara" sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain. Rakyat yang sukakan keamanan pasti menolak tindakan melanggar dan tidak menghormati undang-undang. Percaya dan yakinlah.

Jika budaya ini menular dan menjadi barah, ia sudah pasti tidak sihat untuk keharmonian yang dikecapi sejak 50 tahun lalu. Budaya demonstrasi haram dan mengingkari perintah polis amat berbahaya terutama kepada pengamal undang-undang seperti peguam yang pasti dilihat sebagai "cakap tidak serupa bikin". Bayangkan peguam-peguam ini berhujjah perkara yang baik-baik dalam mahkamah ketika membela pelanggan mereka tetapi "ekor mereka bergelumang dengan tahi".

(Renungan Rimau : Pemimpin mesti berani ibarat peribahasa Melayu, MISAI BERTARING BAGAI PANGLIMA, SEBULAN SEKALI TAK BUNUH ORANG, yang membawa maksud "rupa saja yang hebat dan garang tetapi penakut.")

3 comments:

Anonymous said...

sbg seorg bekas 'chief editor' rupa-rupanya kamu masih menjadi 'lap'dog' kerajaan...seolah-olah kamu tidak ada pendirian tersendiri.

Sudahla..kalau dah bodoh tu, jgn la kebodohan itu terserlah dgn tulisan dan pandangan yg berat sebelah dan kurang logik..

Kalau ikut komen saudara, Khairy pun patut dicemuh atas tindakan protesnya. Sanggupkah saudara menunjukkan pendirian saudara dlm perkara ini??

AHMAD FAIRUZ OTHMAN (AFO) said...

Datuk,

Manusia misai bertaring yang akan menggunakan nama sebenar ketika menulis atau meninggalkan tulisan mereka.

Manusia ini layak digelar anak jantan.

Yang tidak bernama itu, kita pun maklum apa jantina mereka.

Anonymous said...

Saudara anonymous....

sebagai seorang manusia, saudara tidak sepatutnya berpendapat begitu.

Ini kerana saudara tidak (mungkin lupa) dengan tujuan asal blog diwujudkan... ia lebih untuk meluahkan pandangan individu penulis blog itu.

Berhubung pendapatnya, terpulanglah kepada empunya blog melontarkan pandangannya sendiri, walaupun bersifat pro kerajaan ataupun pembangkang.

Sebagai seorang yang mengenali Datuk Tiger ni, saya berpendapat beliau ini memang pro UMNO sejak dulu lagi.

Cuma beliau ini tidak pernah mendapat apa-apa habuan hasil sokongannya itu.

Sekadar menyokong, tidak salah, tapi kalau menyokong membawa maksud tersirat itu tidak ikhlas namanya..

Beliau yang saya kenal, tidak pernah hendak bermusuh ngan sesiapa, namun beliau ada pendapat sendiri ketika melontar pandangan, tidak sekadar mengangguk-ngangguk sahaja, dan mengharap balasan dengan anggukkannya itu.

Berhubung tindakan Khairy dalam kes protesnya itu, protes saudara Khairy itu tidak membawa sebarang perpecahan kaum di negara ini, ia cuma sebagai saluran menyuarakan pandangan rakyat di negara ini berhubung isu penindasan di negara lain, yang tidak ada kena mengena dengan perpaduan kaum di negara ini serta tidak menyentuh sensiviti kaum lain.

Saya bukanlah pro Khairy atau Datuk Tiger, tetapi bepegang kepada hakikat, yang benar itu benar, yang palsu itu tetap palsu, tidak pernah berhasrat memburukkan mana-mana pihak dengan komen saya ini, mahupun menjadi "Lap Dog" sesiapapun.

Sebelum saya mengakhiri komen saya fikirkan maksud ayat ini: Jangan hanya memikirkan apa sumbangan negara kepada anda, tetapi fikirkan apa sumbangan anda kepada negara... Saya pasti Datuk Tiger hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat sahaja, tidak lebih dari itu, menggunakan kebolehannya bagi tujuan perpaduan kaum di negara ini... Bagaimana pula dengan diri saya dan saudara?(Saya sendiri masih mencari apa yang boleh disumbangkan saya kepada negara sebenarnya...)

Terpulanglah kepada saudara anonymous dan pembaca sekalian untuk menilainya.

KAMARUL BAHRI ABDUL KADIR
Shah Alam, Selangor