Thursday, December 6, 2007

GIMIK MURAHAN HINDRAF

Pandangan pembaca blog dari Shah Alam, Selangor.

oleh Kamarul Bahri Abdul Kadir.

Saya berpendapat tidak perlu lagi kita memberi sebarang publisiti kepada kumpulan tidak bertamadun dan bermoral seperti Hindraf ini. Kerana pada pendapat saya, mereka yang cuba bertindak sesuatu perlu memikirkan kesan bakal ditanggung. Misalnya Hindraf, mahu menuntut pampasan terhadap layanan Kerajaan British kepada mereka....

Fikirkanlah.. adakah wajar... jikalau begitu.... semua pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat perbuatan hindraf berhimpun tempoh hari, boleh meminta pampasan bahan bakar yang disia-siakan, akibat kesesakan jalan raya, bolehkan Hindraf membayar pampasan itu? ataupun apa alasan Hindraf menolak tuntutan itu? Sebenarnya tuntutan Hindraf ini adalah gimik murahan yang ditimbulkan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Jika direnung, masyarakat berketurunan Tamil di negara ini tidak pernah dipinggirkan.

Cuba kita lihat, golongan mana yang memenuhi mahkamah setiap hari... bukan mereka yang dituduh.... tetapi peguam-peguam yang mencatat keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan hasil daripada kerjaya perundangan mereka.... mereka kebanyakannya ialah berketurunan Tamil.... Dan bagi mereka di sekitar Bangsar pun bersetuju, berapa ramai golongan ini berkereta mewah.... berbelanja dan bergaya ala superstar hollywood setiap malam.... Baiklah... satu senario lagi... bagaimana pula dengan masyarakat Tionghua di negara ini... mereka seperti kita tahu, menguasai ekonomi... ini kerana mereka saling bantu-membantu satu sama lain.... tidak mementingkan diri sendiri...

Inilah yang patut direnungi masyakarat tamil supaya lebih prihatin dengan nasib kaum sendiri, dan saling membantu kaum mereka bagi meningkatkan taraf hidup. Sebagai rakyat biasa, berketurunan Melayu, saya perhatikan kerajaan Malaysia selama ini begitu bertoleransi dengan semua kaum, cuba kita lihat di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), ramai daripada mereka yang bukan berketurunan Melayu menjawat jawatan tinggi, sehingga kadang kala mengenepikan bangsa lain. tetapi mereka ini tidak pernah pula dipecat atau ditukarkan ke bahagian lain... perlu bagi contoh? saya rasa tidak perlu... ramai yang mengetahui syarikat mana dan menyetujui pendapat saya ini...

Tetapi ini tidak pula mendorong mana-mana etnik yang dipinggirkan tampil kepada media dan berarak membantah kepada kerajaan. Ini kerana mereka ini sudah waras, dan berusaha untuk bersaing bagi mencapai kejayaan di negara Malaysia yang bertuah ini. Percayalah... demonstrasi tidak pernah menjanjikan apa-apa, cuma menyaksikan keruntuhan atau ketidak tentuan.

Cuba kita lihat di negara-negara membangun yang asyik berdemonstrasi... negaranya tidak mampu bangun meningkatkan ekonomi mereka, rakyat mereka pemalas sehingga sanggup memanggil orang luar untuk mendominasi ekonomi mereka, sehingga mereka tercampak ke negara orang untuk mencari sesuap nasi untuk diri mereka. Keadaan ini tidak pernah berlaku di Malaysia, kerana masyarakat dan kerajaannya masih waras, dan mengutamakan rakyat.

Janganlah kita terdorong dengan hasutan golongan tertentu yang mempunyai niat untuk kepentingan mereka.... pilihlah keamanan dan kesejahteraan serta perpaduan unik selama ini kita pupuk.

2 comments:

Anonymous said...

You will never understand other peoples pain unless your in their shoe.Stop talking cock.

Anonymous said...

Saudara Azman, Datuk Ibrahim dan semua pembaca budiman....

Saya sebenarnya dah jelak hendak melayan dan menambah publisiti kepada golongan ini. Namun saya terpanggil untuk menjelaskan lagi apa yang saya kemukakan dalam pendapat saya terdahulu... Izinkan saya.

Saudara Azman,

Seperti yang saudara utarakan dalam komen saudara iaitu "You will never understand other peoples pain unless your in their shoe. Stop talking cock.", saya tidaklah berniat untuk "talking cock" seperti yang saudara nyatakan.

Ia adalah kenyataan yang saya lontarkan untuk renungan kita, bukan kepada pembaca sahaja, tetapi juga termasuklah kepada kepada diri saya sendiri.

Saya memang mengerti perasaan golongan bawahan, kerana saya pun berasal daripada golongan itu, tinggal berasak-asak dalam rumah yang sempit, memakai baju yang diturunkan oleh abang kepada adik, tidur berhimpit-himpit dengan adik beradik dan melihat sahaja kemewahan orang lain bahkan saudara mara sendiri. Atas alasan itulah saya lontarkan pendapat tersebut.

Namun kesusahan yang dihadapi tidak boleh dirintih, apatah lagi menyalahkan orang lain, mahupun kerajaan. Saya berusaha sendiri meningkatkan hidup saya. Bukanlah saya mengangkat diri saya sebagai orang yang berjaya, saya kira masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan hidup keluarga dan masyarakat, namun Alhamdulillah, 3dengan usaha tidak seberapa ini, saya mampu hidup tanpa mengharap orang lain, waima lagi merintih menyalahkan orang lain. Berusahalah, pasti kita berjaya.

Saya mengatakan demikian atas pendapat peribadi saya, disamping mahu mereka lebih berjaya, tanpa mengira latar belakang mereka. Kita bersimpati dengan memberi mereka bantuan dan nasihat berguna, bukannya melingkupkan mereka dan orang lain yang tidak bersalah dalam hal ini.

Saudara,

Keganasan bukanlah penyelesaian kepada masalah. Tanganilah masalah dengan berhemah, wajar tanpa mengguris perasaan orang lain, bukannya dengan membuat sesuatu yang boleh menggugat kehidupan masyarakat majoriti.

Jika saudara berpendidikan, saudara tentu maklum dengan frasa ini.. "Tiada apa yang sempurna di dunia ini selain Allah Taala". Oleh itu jika kita tinggal di negara termaju di dunia sekalipun, masih ada cacat dan celanya. Malaysia juga tidak ketinggalan. Maka kita sebagai insan, rakyat di negara ini perlu berusaha menanganinya dengan cara betul, saluran betul dan masa yang betul. Kerajaan kita kini diwakili pelbagai komposisi kaum yang sedia mendengar dan memperbetulkan keadaan, dan yang lebih penting menjamin kesejahteraan rakyat.

Perbandingan boleh dibuat, asalkan untuk tujuan kebaikan dan memajukan diri. Oleh itu, saya dengan rendah diri menyarankan saudara belajar daripada sejarah, dan kejayaan orang terdahulu. Tiada kejayaan dicapai dengan mudah, tanpa perit jerih... Percayalah, kejayaan lebih manis jika ia diperolehi dengan cara baik tanpa menyusahkan orang lain. Saya percaya, semua kaum di negara ini mampu mengecapi kejayaan, jika berusaha dan berganding bahu... Insyallah.