Dalam Parlimen semalam, BN-Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bertanya apakah yang dilakukan oleh Wisma Putra di luar negara untuk menangkis dakwaan Hindraf mengenai "ethnic cleansing" di Malaysia. Ini untuk membetulkan pandangan orang luar mengenai dakwaan palsu dan amat memalukan negara ini. Tuduhan yang melampau seolah-olah kerajaan amat kejam seperti tindakan puak Serbia terhadap Bosnia.
Jawapan yang diberikan ialah Malaysia tidak terancam dengan dakwaan itu. Ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Joseph Salang Anak Gandum dalam laporan Malaysiakini. Menurutnya, tiada negara yang percaya Malaysia berbuat demikian."Dunia tidak akan mempercayainya. Jika dakwaan mengenaai ethnic cleansing itu tidak benar, mengapa rakyat dari negara lain datang kemari?" Beliau menjelaskan Wisma Putra mengambil beberapa langkah untuk memperbetulkannya, tanpa menyebut langkah itu.
Isu sekarang bukanlah sama ada negara ini terancam atau tidak. Yang penting ialah usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi menjawab tohmahan kumpulan sewel ini agar tiada pihak yang menggunakan kenyataan itu untuk campur tangan di negara ini. Memanglah tidak terancam. Tetapi apa kata jika ada "orang luar" yang mengambil kesempatan membuat sesuatu mengikut suka hati mereka. Dunia telah menyaksikan bagaimana Amerika Syarikat secara kurang ajarnya melanggar Iraq. Dunia telah melihat bagaimana ramainya rakyat Iraq dibunuh setiap hari dan menanggung penderitaan mental dan fizikal. Ini tidak mustahil berlaku di negara ini gara-gara tindakan sesetengah pihak yang tidak memikirkan lagi keselamatan rakyat di negara ini.
Tabiat manusia ialah mereka akan mengambil tindakan untuk menjaga kepentingan mereka. Lihatlah bagaimana Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap kepentingan minyak kelapa sawit Malaysia pada tahun 1980an dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan. Apabila penanam kacang soya mereka terancam dengan kemunculan minyak kelapa sawit Malaysia, negara itu tidak teragak-agak melancarkan "serangan balas". Terpaksalah kita berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menangkis dakwaan liar pengeluar kacang soya Amerika Syarikat yang berasa tersepit.
Ketika ini, terbentang luas pula untuk mereka "menjengok" kita dengan dakwaan palsu "ethnic cleansing". Bagi orang yang sudah berada di negara ini, sudah tentu mereka memahami dan mengetahui apa yang berlaku di negara ini. Bagaimanapun, golongan yang tidak berada di sini dan hanya mendengar laporan yang salah. Apakah mereka tidak akan terpengaruh? Kita tidak bolehlah mengharapkan kedutaan negara luar di sini membuat penjelasan mengenai dakwaan palsu itu kerana mereka juga mempunyai kepentingan sendiri. Jika tidak, mengapa pula Iraq diserang. Jika kedutaan AS di Iraq memberitahu pemimpin mereka tiada pusat pembuatan nuklear di negara Arab berkenaan, sudah tentu AS tidak menyerang Iraq. Tetapi ini tidak berlaku, Iraq diserang dan kini sudah musnah. Kini giliran Iran pula yang menjadi sasaran.
Ketika ini juga ada usaha untuk memburuk-burukkan kita di India seperti yang dibongkarkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz semalam mengenai tulisan bahawa wujudnya apartheid di Malaysia. Ia tidak betul, tetapi ditulis oleh orang dan disiarkan dalam media yang boleh dibaca di seluruh negara. Tidakkah kita merasakan ada satu agenda tersusun untuk memburuk-burukkan negara kita di luar. Saya memuji langkah Kak Rafidah yang mengambil daya usaha membongkarkannya. Yang lain, saya tidak dengar lagilah walaupun ramai yang ke luar negara. Tetapi kita harus sentiasa berhati-hati dengan tindakan orang luar itu.
(Renungan Rimau : Pihak yang membuat dakwaan palsu ini eloklah kita ingatkan mereka, JANGAN MENJADI KACANG LUPAKAN KULIT ATAU ULAT LUPAKAN DAUN. Orang sebegini ibarat peribahasa Melayu iaitu JARAS DIKATAKAN RAGA JARANG yang membawa maksud "orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerapkali salah pilih. Rakyat dan kerajaan perlu berwaspada dengan apa yang berlaku sekarang ibarat peribahasa Melayu, GABAK DI HULU TANDA AKAN HUJAN, CEWANG DI LANGIT TANDA AKAN PANAS, yang membawa maksud "ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal". Fikirlah dengan baik.)
Wednesday, December 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Mintak maaf lah pakcik, tapi semakin hari, tulisan pakcik menjadi semakin bodoh. Nah, cuba kupaskan peribahasa berikut:
" Adat gajah terdorong"
Untuk semua pembaca budiman,
Adat gajah terdorong, bermaksud - orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.
Oleh itu, jadilah orang yang tidak menyalahgunakan ruangan komen ini walaupun kita ada kuasa untuk berbuat demikian.
Kita juga jangan jadi, Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya, yang membawa maksud, berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya.
BERSIH: 40 ribu orang berdemonstrasi. Tak ada orang kena tuduh bunuh, 10 orang saja yang kena tuduh kerana berkumpul tanpa permit.
Hindraf: 20 ribu orang. 80 orang dituduh menyerang polis ( padahal Polis rempit Malaysia ini yang serang mereka). 29 orang dituduh cubaan membunuh.
Ini APARTHEID ala Malaysia lah lah.
Assalamualaikum...
saya berpendapat tidak perlu lagi kita memberi sebarang publisiti kepada kumpulan tidak bertamadun dan bermoral seperti Hindraf ini. Kerana pada pendapat saya, mereka yang cuba bertindak sesuatu perlu memikirkan kesan bakal ditanggung. Misalnya Hindraf, mahu menuntut pampasan terhadap layanan Kerajaan British kepada mereka.... Fikirkanlah.. adakah wajar... jikalau begitu.... semua pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat perbuatan hindraf berhimpun tempoh hari, boleh meminta pampasan bahan bakar yang disia-siakan, akibat kesesakan jalan raya, bolehkan Hindraf membayar pampasan itu? ataupun apa alasan Hindraf menolak tuntutan itu? Sebenarnya tuntutan Hindraf ini adalah gimik murahan yang ditimbulkan mereka yang mempunyai kepentingan politik. Jika direnung, masyarakat berketurunan tamil di negara ini tidak pernah dipinggirkan. Cuba kita lihat, golongan mana yang memenuhi mahkamah setiap hari... bukan mereka yang dituduh.... tetapi peguam-peguam yang mencatat keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan hasil daripada kerjaya perundangan mereka.... mereka kebanyakkannya ialah berketurunan tamil.... Dan bagi mereka di sekitar Bangsar pun bersetuju, berapa ramai golongan ini berkereta mewah.... berbelanja dan bergaya ala superstar hollywood setiap malam.... Baiklah... satu senario lagi... bagaimana pula dengan masyarakat tionghua di negara ini... mereka seperti kita tahu, menguasai ekonomi... ini kerana mereka saling bantu-membantu satu sama lain.... tidak mementingkan diri sendiri... Inilah yang patut direnungi masyakarat tamil supaya lebih prihatin dengan nasib kaum sendiri, dan saling membantu kaum mereka bagi meningkatkan taraf hidup. Sebagai rakyat biasa, berketurunan melayu, saya perhatikan kerajaan Malaysia selama ini begitu bertoleransi dengan semua kaum, cuba kita lihat di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), ramai daripada mereka yang bukan berketurunan melayu menjawat jawatan tinggi, sehingga kadang kala mengenepikan bangsa lain. tetapi mereka ini tidak pernah pula dipecat atau ditukarkan ke bahagian lain... perlu bagi contoh? saya rasa tidak perlu... ramai yang mengetahui syarikat mana dan menyetujui pendapat saya ini... Tetapi ini tidak pula mendorong mana-mana etnik yang dipinggirkan tampil kepada media dan berarak membantah kepada kerajaan. Ini kerana mereka ini sudah waras, dan berusaha untuk bersaing bagi mencapai kejayaan di negara Malaysia yang bertuah ini. Percayalah... demonstrasi tidak pernah menjanjikan apa-apa, cuma menyaksikan keruntuhan atau ketidak tentuan. Cuba kita lihat di negara-negara membangun yang asyik berdemonstrasi... negaranya tidak mampu bangun meningkatkan ekonomi mereka, rakyat mereka pemalas sehingga sanggup memanggil orang luar untuk mendominasi ekonomi mereka, sehingga mereka tercampak ke negara orang untuk mencari sesuap nasi untuk diri mereka. Keadaan ini tidak pernah berlaku di Malaysia, kerana masyarakat dan kerajaannya masih waras, dan mengutamakan rakyat. Janganlah kizta terdorong dengan hasutan golongan tertentu yang mempunyai niat untuk kepentingan mereka.... pilihlah keamanan dan kesejahteraan serta perpaduan unik selama ini kita pupuk. Sekian.
Kamarul Bahri Abdul Kadir.
Shah Alam Selangor.
Post a Comment