Amerika Syarikat bersuara mengenai tangkapan ISA di Malaysia.
Mereka mahu kita memberi layanan adil terhadap individu yang ditangkap. Kerajaan Malaysia pasti akan memastikan layanan adil kerana sesiapa saja boleh mengemukakan saman jika berlakunya ketidakadilan dalam tangkapan itu. Ramai individu dan pemimpin pembangkang telah mengemukakan saman berhubung penangkapan ISA. Ini termasuk kes [ ABD MALEK HUSSIN ] yang mendapat RM 2.5 juta. Yang terbaru diusahakan oleh Karpal Singh untuk ahli DAP yang ditangkap.
Persoalannya, bagaimana pula dengan kerajaan Amerika Syarikat. Banyak berita mengenai keadaan tahanan mereka di penjara Guantanamo Bay, Cuba dengan tindakan zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak adil. Ini dilaporkan oleh media seluruh dunia. Bukan tohmahan atau dakwaan. Oleh itu, siapakah yang patut diminta berlaku adil, Malaysia atau kerajaan Amerika Syarikat?
Dalam pada itu, tidak payahlah AS hendak masuk campur dengan urusan negara ini dan bertindak seperti polis dunia. Ini kerana Malaysia sejak dulu lagi sentiasa mahu rakyatnya tidak kira bangsa Melayu, Cina atau India terus maju seperti rakyat AS tetapi mempunyai moral dan integriti yang tinggi. Malaysia mahu rakyatnya hidup aman dan tidak membunuh antara satu sama lain.
Dalam berita Malaysiakini hari ini, Amerika Syarikat menuntut Malaysia supaya memberi layanan yang adil terhadap lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.
Lima pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) di tahan semalam dan dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh dua tahun.
(Renungan Rimau : Bukan senang hendak mentadbir negara ini dengan pelbagai perangai dan fikiran ibarat peribahasa Melayu, BAGAI MENGEPAL PASIR KERING, yang membawa maksud "sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.")
Friday, December 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment