Tuesday, December 18, 2007

HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI

Sejak dari dulu lagi, ramai rakyat negara ini terutama penduuk di bahagian Selatan tanahair seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan bekerja di Singapura. Ini kerana banyak peluang pekerjaan di sana sama ada dalam bidang profesional atau perkhidmatan.

Apa yang saya ketahui ialah ramai orang Melaka yang bekerja di limbongan kapal, menjadi British Army, pemandu teksi dan bas, pekerja panggung wayang atau menjadi pemandu peribadi untuk mencari sesuap nasi kerana ketika itu Malaysia belum melaksanakan projek perindustriannya.

Mereka berkahwin dan beranak-pinak di Singapura. Tidak hairanlah ramai orang Melaka dilahirkan di Singapura dan satu ketika dulu mereka terpaksa menggunakan kad pengenalan merah, yang agak asing bagi warganegara tempatan. Orang Melayu yang dilahirkan di Singapura itu sukar untuk mendapatkan biasiswa.

Kini ramai yang sudah menjadi warganegara Malaysia dan mempunyai IC baru.

Namun, agak menghairankan juga ketika ini ramai juga yang bekerja di Singapura, kemungkinan untuk mencari lebih rezeki atau mencuba nasib di negara orang. Pelik juga, pekerjaan di Malaysia diisikan oleh pekerja asing manakala rakyat kita pula ramai yang berkhidmat di pulau berkenaan.

Dalam berita Malaysiakini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga "giant killer" mengalahkan Presiden Pas pada PRU11, melaporkan seramai 240,000 rakyat Malaysia kini bekerja di Singapura kerana tawaran gaji yang lumayah.

Menurutnya, 110,000 lagi rakyat Malaysia berkhidmat di negara-negara yang lain.

Menjawab soalan Senator Datuk Omar Faudzar di Dewan Negara semalam, beliau berkata 20peratus daripada mereka terdiri daripada golongan profesional manakala bakinya merupakan pekerja biasa.

(Renungan Rimau : Ada berpendapat, HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI SENDIRI, yang membawa maksud "walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik".)

1 comment:

Anonymous said...

Ada orang kata itu peribahasa lama tak boleh pakai lagi dah.Bila direnung renung baik juga jadi macam pendatang Indon atau bangla...hujan emas di sini dibawa balik ke negara sendiri sebab ramai org di sini katanya suka dihempap hujan batu. Masalahnya org kita yang mencari hujan emas di negara orang, macam mana nak hantar emas balik sini sebab banyak yang lemas dalam emas. Setelah gagal menghijaukan padang sediri berlarilah pulak ke padang orang lain yang nampak lebih hijau di mata mereka ini. kalau padang itu tak hijau lagi atau hujan emas dah jadi batu...mereka larilah ke tempat lain pulak. Dasar .....