Datuk Ahmad Zahid Hamidi memang bijak. Kalau hendak menangkis tohmahan dan dakwaan petualang negara, kita perlu bawa orang luar melihat sendiri negara ini. Terutama mereka yang berpengaruh atau boleh menulis apa yang dilihat. Mereka boleh datang ke negara ini untuk melihat sendiri apa sebenarnya berlaku di Malaysia. Seeing is believing.
Ikutilah rancangan Datuk Zahid dalam berita Bernama.
BAGAN DATOH, 8 Dis (Bernama) -- Kementerian Penerangan akan mengundang beberapa orang wartawan dari India ke Malaysia untuk menyaksikan sendiri kehidupan masyarakat India di sini bagi mendapatkan dan seterusnya menyampaikan gambaran lebih jelas dan tepat kepada kerajaan India.
Langkah tersebut bagi menangkis dakwaan Hindu Rights Action Force (Hindraf) kononnya masyarakat India di negara ini dipinggirkan.
Mengumumkan langkah itu, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Rakyat di India dan orang India di Malaysia mempunyai hubungan persaudaraan yang baik tetapi yang jahatnya ialah Hindraf.
"Kita tidak boleh salahkan Ketua Menteri Tamil Nadu kerana dia tidak tahu. Beliau menganggap memorandum Hindraf yang diterimanya semuanya betul dan kita jemput dia datang ke Malaysia untuk melihat keadaan masyarakat India di negara ini," kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat koperasi Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh di sini hari ini.
Beliau juga berkata hubungan Malaysia dan India berada di tahap sangat baik, malah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan rakan akrab Presidennya, Manmohan Singh.
Timbalan Menteri itu juga menyentuh percanggahan pendapat di kalangan pemimpin parti DAP berhubung Hindraf yang membuktikan wujud tidak persefahaman di kalangan parti pembangkang.
Beliau berkata ini dapat dilihat bila timbalan pengerusi DAP, Karpal Singh mengutuk tindakan dan dakwaan Hindraf manakala pengerusinya Lim Kit Siang pula menyokong tindakan itu.
"Kita memuji kenyataan Karpal yang bersikap rasional menentang Hindraf sedangan Lim tidak berpijak di bumi nyata.
"Sebelum ini Karpal sering menentang kerajaan tetapi dalam kes Hindraf beliau berfikiran terbuka berbeza dengan Lim yang masih tebal dengan sentimen perkaumannya," kata Ahmad Zahid.
Katanya di Parlimen, Lim menyokong Hindraf sedangkan Karpal mengutuk tindakan dan dakwaan Hindraf kononnya kerajaan melakukan pembersihan etnik masyarakat India di negara ini.
Ahmad Zahid mengajak semua anggota DAP menyokong Barisan Nasional kerana pemimpin mereka terbukti tidak sehaluan dalam menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.
Saturday, December 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Datuk,
Selepas mendapat gambaran jelas, bolehlah mereka menulis berita yang benar dan tepat untuk bacaan rakyat India di sana.
Kita harus memberikan segala maklumat yang diperlukan oleh wartawan berkenaan. Ini termasuk maklumat berhubung dakwaan yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Post a Comment