Monday, December 31, 2007

DAMAGE CONTROL ON SENSITIVE ISSUES

Lepas satu kemudian satu lagi. Sabtu lalu, masalah dua pemimpin UMNO bertelagah dalam media. Kini muncul pula satu lagi "isu" dalam parti komponen BN, MCA. Ia dikatakan mengenai skandal video seks yang muncul di Johor dua hari lalu.

Ia dikatakan membabitkan seorang pemimpin peringkat nasional dari negeri itu. Apa halnya ni?

Jika "letupan politik" demi "letupan politik" berlaku sudah tentulah pembangkang akan meraih keuntungan terutama dalam usaha mereka mencemar imej MCA dan BN dalam PRU akan datang. Skandal ini diibaratkan sebagai peluru untuk "menembak" BN dalam ceramah pilihan raya mereka akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting tentu bijak untuk menangani isu ini sama ada menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf kepada orang ramai atau menafikan perkara itu berlaku dan menyifatkannya sebagai usaha jahat pihak tertentu.

Namun, setakat ini, beliau memilih untuk mendiamkan diri. Jangan terlalu lama Datuk Seri.

Malaysiakini melaporkan DS Ong hari ini enggan mengulas mengenai skandal video seks itu.

Selepas satu majlis di ibupejabat parti itu hari ini, DS Ong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berulangkali memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mengadakan sidang akhbar.

“Jika saya jawab satu soalan, saya tahu, kamu akan bertanya banyak lagi soalan. Tak ada sidang akhbar," katanya sambil tersenyum kepada pemberita.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa DVD tersebut - yang didakwa menunjukkan ahli politik itu sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita - pada mulanya diedarkan di Muar dan kemudian, Batu Pahat dan Seremban.

2 comments:

ryann said...

menjelang election, macam-macam kisah muncul.anyway, selamat tahun baharu boss!

ibrahim yahaya said...

Sdr Ryann,

Muncul yang baik oklah. Yang teruk tu boleh makan diri.

Selamat tahun baru dan semoga tahun baru membawa pelbagai berita baik.