Nama Ahmad Said popular satu masa dulu. Ia membabitkan kes TS Eric Chia. Jika rajin carilah berita mengenainya atau bertanyalah dengan orang yang mengetahuinya.
Kini, Datuk Ahmad Said, popular sekali lagi. Ia membabitkan kes Menteri Besar Terengganu.
Saya sedih mendengar beliau dipecat daripada UMNO. Sedih je.
Ketika bersembang dengan kawan pagi ini, saya menggunakan analogi perlantikan ketua pengawas.
Ahmad Said ialah ketua pengawas yang dilantik oleh pengetua.
Guru disiplin yang menjaga mengenai hal-ehwal pengawas mahu melantik orang lain.
Maka guru disiplin pun tidak setuju dengan perlantikan itu dan mengusulkan agar Ahmad Said dipecat daripada sekolah.
Alasan yang diberikan ialah Ahmad Said ada masalah tertentu dan pengawas lain tidak setuju.
Maka, Ahmad Said pun tidak dapat meneruskan persekolahan, walaupun pengetua yang mahu beliau menjadi ketua pengawas. Ahmad Said jadi mangsa?
Kawan saya menyifatkan analogi itu tidak tepat kerana UMNO boleh memecat Ahmad Said dan guru disiplin boleh mengusul Ahmad Said dipecat tetapi pengetua yang mempunyai kuasa untuk memecatnya.
Apapun, bagilah Ahmad Said terus belajar dan jangan pecat beliau dari sekolah.
Sunday, March 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
dah dibuang sekolah....camna nak study lagi...camna nak jadi ketua pengawas lagi???
Tuan..
Buat la ulasan sikit mengapa bila kecoh di Selangor dan Perak orang UMNO kata Barisan Rakyat tidak tahu adab resam.
Ini bila UMNO yang terang terang menderhaka orang UMNO senyap jer...
Talam bermuka muka orang UMNO ni dan memilih milih.
Patutlah bala dah kena kepada UMNO
Syor saya bubarkan UMNO. Mereka di mata rakyat sekarang adalah penjenayah dan penipu.
Rijal
"Saya sentiasa bersedia (menghadapi kemungkinan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar). Saya percaya kepada Allah, saya percaya pada qada dan qadar dan apa jua keputusan saya terima dengan rela hati," demikian kata Idris, sebagaimana disiarkan Berita Minggu, 16 Mac lalu.
Cakap x serupa bikin.... Tamak kuasa.... hingga berani melanggar tatasusila orang Melayu dan mencemar Institusi Raja-Raja Melayu... Siapa sebenarnya yang memecah belahkan orang orang Melayu? Ini kah sikap pengikut-pengikut "Islam Hadhari"??
Wan
money and fame.
Dato',
Raja-Raja kita masih sayangkat UMNO dan mahu UMNO kembali gagah. Itu sebab mereka campur-tangan di atas lantikan MB di Perlis dan Terengganu.
Seperti kata Dato', "semua yang berlaku ada hikmahnya". Mungkin harga beras akan turun dan tiada lagi regatta yang bernilai puluhan juta selepas ini.
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
abgmok.
Datuk,
Apa sekalipun, kita orang Melayu seharusnya mempertahankan institusi Raja bukannya menunjukkan sikap menderhakai titah baginda.
Kalau wakil rakyat bangsa Melayu tidak akur dengan keputusan Raja, apatah lagi orang lain yang bukan Melayu.
kalau nak tahu sayap jentayu, Terbang tinggi terjah angkasa,
Kalau nak tahu bodoh Melayu,
Tengoklah umno melawan raja.
Post a Comment