Tuesday, March 25, 2008

IMPLIKASI KEMELUT POLITIK TERENGGANU

Kemelut politik Terengganu mengetengahkan beberapa persoalan penting:

1. Apakah kesalahan Datuk Seri Idris Jusoh sehinggakan Sultan Mizan tidak mahu melantik beliau menjadi Menteri Besar? Umum mengetahui DS Idris telah berusaha untuk membangunkan Terengganu termasuk melaksanakan proses urbanisasi dan projek pelancongan. Apakah DS Idris amat bersalah sehinggakan beliau tidak boleh diampun?

2. Apakah projek Monsun Cup dan Pusat Tamadun Islam tidak mendatangkan keuntungan kepada Terengganu sehinggakan Sultan Mizan berpandangan DS Idris tidak layak lagi dibenarkan menerajui negeri itu? Apakah pembabitan ahli perniagaan Patrick dalam Monsun Cup terlalu "mendalam dan luas" sehinggakan mengambil peluang orang lain terutama rakyat Terengganu?

3. Apakah DS Idris tersalah langkah dengan menggugurkan beberapa nama besar dalam UMNO Terengganu dalam PRU12 termasuk Tengku Putra yang ada kaitan dengan pihak Istana? Adakah nama-nama besar yang digugurkan itu membuat kesalahan dengan membuat kritikan terbuka terhadap DS Idris terutama pembabitan Jusoh Enterpise?

4. Apakah sokongan 22 ADUN Terengganu kepada DS Idris semata-mata kerana mereka "terhutang budi" kerana dipilih sebagai calon dalam PRU12? Sokongan itu adalah fasa pertama menunjukkan rasa terima kasih memilih mereka. Adakah mereka akan beralih angin apabila mendapati kemelut politik Terengganu ini tidak berkesudahan dan menyusahkan rakyat?

5. Apakah DS Idris diberikan kebenaran bertemu Sultan Mizan untuk memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan Sultan murka? Adakah Sultan Mizan akan mengampun segala "kesalahan" DS Idris selama ini?

6. Adakah rakyat Terengganu melihat kemelut politik Terengganu ini seolah-olah UMNO tidak menghormati atau membelakangkan Institusi Raja? Adakah rakyat Terengganu boleh bersabar dengan keadaan semasa seolah-olah UMNO "menderhaka" kepada Raja mereka?

7. Adakah rakyat Malaysia terutama ahli UMNO merasakan seolah-olah tiada usaha oleh pemimpin tertinggi untuk menjernihkan suasana dengan pihak Istana bagi memaparkan bangsa Melayu menghormati Raja mereka? Bangsa Melayu amat menghormati Raja mereka.

8. Apakah perlu pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan kemelut politik Terengganu seperti yang diutarakan oleh Datuk Dr Rais Yatim iaitu MB Terengganu yang baru tidak akan bertahan lama dan jatuh ibarat "nangka masak"?

9. Banyak lagi persoalan lain.....

6 comments:

Kulupbana said...

Tahniah dan selamat menggalas amanah diberi sebaik mungkin pada Datuk Ahmad Said.

Cumanya nasihat saya, kalau bersalam dengan rakyat tu jangan tangan berjabat namun mata ke arah lain, tak ikhlas dan tidak tersimpul ukhwah sesama manusia.

Pandang tepat ke mata rakyat dan telusuri hasrat mereka yang mengharapkan kasih sayang bersemi di jiwa pemimpin yang mereka pilih.

Pesanan yang sama pernah saya lontarkan pada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada satu perhimpunan Bahagian tapi saya dicebik oleh sebahagian besar ahli lain; what a small matter to bring up, kata depa.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Walaupun isu kecil tetapi penting untuk menggembirakan rakyat.

Mungkin terlepas pandang.

orang olak madu said...

kecil ke, besar ke, semua dia orang buat tak kisah aje.. itu masalahya bila dah bongkak
datuk tolonglah betulkan apa yang boleh

ibrahim yahaya said...

Sdr OOM,

Siapa yang bongkak akan dicampak.

Yang merendah diri akan disayangi.

Percaya dan yakinlah.

Saya akan menulis apa yang terlintas difikiran dan perlu diketahui ramai selagi blog ini diberikan percuma.

Anonymous said...

Macam soalan STPM je? Boleh keluar ke soalan macam ni>

Anonymous said...

Perkataan`seolah-olah` yang saudara pakai sama dengan perkataan `kononnya` yg digunakan oleh media elektonik.

Prtkataan `seolah-plah` saudara gunakan bagi melapik dan meringankan dakwaan sauadara kerana yang didakwa adalah orang yg saudara` geruni`.

Kalau yg hendak didakwa/diperkatakan itu pembangkang saya teramat yakin perkataan `seolah-olah` itu tidak akan digunakan langsung.

Nyata apabila mengkritik parti yg `dirasakan` kuat saudara buat kritikan membina sebaliknya parti yg saudara rasakan lemah seperti pembangkang akan saudara kritik dalam niat menyusahkan mereka hatta kalau boleh nak meruntuhkan mereka,

Niat boleh terserlah daripada perkataan yg digunakan begitu jugalah kenutralan.

Rupa-rupanya di Malaysia untuk menjadi wartawan cuma perlu pandai meringkaskan karangan seperti belajar BM ditingkatan 4,

Etika, walaupun mungkin mereka belajar tapi jarang mereka ikuti. Garapan saya segala persepsi atau dakwaan saya salah belaka,