Petang tadi, ketika bersembang dengan kawan-kawan, ada yang bertanya kepada saya pemimpin manakah yang akan menyokong Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, untuk bertanding jawatan Presiden UMNO nanti.
Saya menyatakan sukar untuk mengenalpasti pemimpin-pemimpin berkenaan.
Seorang kawan lagi terus mencelah dengan mengatakan beliau tahu siapa yang akan menyokong Ku Li. Dengan tegas beliau berkata mereka yang "kecewa dan sakit hati" dengan situasi parti sekarang akan menyokong Ku Li. Betul ke pandangan itu?
Saya bertanya kepadanya, "kecewa dan sakit hati" kepada siapa dan mengapa?
Beliau berkata, kecewa dengan apa yang dilalui oleh UMNO pada PRU12 dan sakit hati dengan tindakan pemimpin tertinggi dalam banyak hal. Katanya, UMNO dimalukan pada PRU12 dan kesal dengan tindakan segelintir yang mahu melihat sesetengah pemimpin UMNO tersungkur pada pilihanraya lalu. Alasan mereka ialah ingin mengajar mereka. Apa ni?
Kawan saya terus menyatakan bahawa antara mereka yang akan menyokong Ku Li ialah Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Azmi Khalid dan beberapa pemimpin Pemuda UMNO yang lantang mengkritik pucuk pimpinan sayap parti itu baru-baru ini.
Pemimpin berubah kem kerana kecewa atau sakit hati? Lebih baik berubah kem daripada berubah parti. Kalau berubah parti, satu tentu "malapetaka" kepada bangsa Melayu.
Satu perkembangan menarik untuk diperhatikan.
Terus memerhati.
Thursday, March 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
pada pendapat peribadi saya lah pak rimau selama ini pun malapetaka dah lama menimpa orang-orang melayu cuma sekarang ini saya melihat malapetaka itu semakin beransur pergi.ini melalui sudut pandangan saya jer wahai pak rimau.
apa-apapun biar kita semua melihat perkara malapetaka ini dengan semasak-masaknya.
Tuan...pendapat tuan tentang ini
'Kalau berubah parti, satu tentu "malapetaka" kepada bangsa Melayu'
Itu pendapat tuan. Pada pendapat saya kalau orang Melayu berubah parti kepada parti selain UMNO tidak akan membawa malapetaka.
Kalau UMNO itu sendiri membawa malapetaka kepada bangsa Melayu buat apalah lagi untuk menanggotainya. Banyak lagi parti lain yang memperjuangkan rakyat Malaysia. Tanpa ahli tiada parti boleh membawa malapetaka kepada rakyat.
Janganlah UMNO mendabik dada mengatakan mereka melindungi rakyat, kenyataannya adalah sebaliknya. Malapetaka hanya akan terjadi bila ucapan pemimpin menjadi wahyu, rasuah menjadi rezeki, hipokrit menjadi ikhlas, dusta menjadi benar dan khianat menjadi amanah.
Amir Hamzah
Rakyat Malaysia
Sdr Awang,
Malapetaka akan berlaku apabila orang UMNO sendiri yang mensabotaj partinya sendiri.
Umpamanya dalam PRU12, mereka tidak membuka bilik gerakan, memasang poster, berceramah, pergi rumah ke rumah dan yang paling teruk ialah mengundi calon lawan.
Yang ini, patut masuk parti tupperware saja. Tidak kacau orang tetapi dapat juga wang sikit.
Sdr Anon,
Sejak lima puluh satu tahun lalu, UMNO yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional berjaya membawa Malaysia sehingga ke tahap ini.
Inilah parti yang terbukti berjaya memperjuangkan nasib orang Melayu, tidak dikawal daripada luar termasuk CIA atau KGB dan tidak hipokrit. Hanya segelintir pemimpin saja yang merosakkan dan mencemarkan parti. Yang ini, kita kena keluarkan mereka dan paksa menyertai parti tupperware.
Satu lagi, berhati-hati dengan pemimpin yang mempunyai banyak wang yang diperolehi dari luar dan mula menaburnya untuk menjadi pemimpin negara ini. Yang ini akan menimbulkan malapetaka kepada Melayu. Pemimpin begini selalunya tidak lama kerana tuhan melindungi bangsa Melayu yang mengingati tuhannya.
Wah, saudara failed matematiklah. Adakah saudara buat kira-kira mengenai siapa yang sokong Ku Li. Budak baru sekolah pun boleh jawab lah.You sebut 4x5 orang saja. Untuk pengetahuan saudara, boleh dikatakan semua orasng sokong Ku Li. Yang tak sokong KuLi hanyalah, Hishamuddin Onn terkuntai-kuntai. Itu lah sebab dia sokong Khairy. Sorang lagi Nor Yakcop. Yang lain sokong Ku Li tapi tak tunjuk. Laj Lah akan teroerabgkap lagi kalau dia tak ubah apa yang rakyat suruh ubah.
,
Dato'
Salam hormat.
Tidak perlulah kita bertegang urat leher menegakkan benang yang basah - mempertahankan pemimpin itu dan parti ini.
Hakikatnya, parti itu tidak salah. tetapi pemimpinnya. Dalam hal ini, Umno tidak sedikit pun bersalah. Umno hanyalah sebuah parti dan menerusi Umno, ramai anak Melayu sudah berjaya. Menerusi Umno juga Malaysia semakin berkembang dan matang.
Sayangnya, dek kerana pemimpin lemah maka Umno sedang bergerak menuju kehancuran dan Malaysia juga kian tumbang. Apa yang telah dicapai sewaktu pemerintahan pemimpin terdahulu semakin hari semakin longgar dan luntur.
Kalau ini dibiarkan maka saya tidak menolak kemungkinan parti lain akan mengembangkan sayapnya dan terus mencengkam jiwa rakyat. Apabila ini berlaku, kita tidak perlu lagi menyesal, kecewa dan berkata: "Kalaulah..."
Dato' orang kuat Zam, tentu Dato' sedia maklum hal ini. Jangan marahkan rakyat, termasuk sesetengah ahli Umno dan pemimpin Umno, yang memangkah dan tolong berkempen untuk calon parti pembangkang. Tapi bertanyalah mengapa ini berlaku. Kalau pada pilihanraya 2004 Pak Lah boleh mendapat sokongan padu lagi jitu, mengapa pada pilihan raya kali ini hampir-hampir tumbang menyembah bumi?
If your conscience is clear of the reason, then ok. But if you keep embrace in self denial, then forever you will not move forward.
CT Tanjung Perak
Sdr Anon,
Angka itu yang kawan saya sebut.
Jika sesiapa yang tahu pemimpin lain yang akan menyokong Ku Li, silalah tinggalkan komen.
Setakat ini, kita tidak tahu siapa yang menyatakan sokongan kepada Ku Li dan siapa pula menemui Ku Li selepas beliau membuat tawaran untuk bertanding Presiden UMNO.
Ada media yang menyebut beberapa nama seperti Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Tan Sri Mohamed Rahmat dan Tan Sri Sabaruddin Chik. Betul ke?
Dalam blog ini, kita bolehlah berkongsi maklumat. Itu je.
Sdr CT Tanjung Perak,
Saya amat setuju dengan Sdr bahawa pemimpin dan ahli UMNO yang membuat parti lemah dan lembik kali ini.
Jika mahu UMNO kuat, ahli dan pemimpin perlu membuat sesuatu termasuk membuat kimoterapi politik kepada parti untuk membunuh sel-sel yang merosakkan.
Sel yang tidak baik itu jika dibiarkan begitu saja, akan menyebabkan barah politik merebak ke seluruh badan.
Datuk, takde orang nak jerat diri nak umum nama mereka. Kalau sokong Ku Li mereka akan sokong diam-diam saja. Apa yang akan berlaku, keputusannya pasti memihak kepada dia. Pak Lah pula jangan risau sebab dia akan dapat maklumat yang baik-baik saja. Orang keliling dia akan beri maklumat yang dia akan menang, dia akan dapat maklumat perwakilan akan tolak Ku Li. Biasalah. Tapi, kalaua OPak Lah percaya juga cakap-cakap dan nasihat penasihat-penasihat dia bermakna Pak Lah tidak belajar dari pengalaman. Percayalah Pak lah akan terus dibenci selagi dia tak buang penasihat-penasihat dia di jalan Riong, seorang yang memberitahu semua orang yang dia tulis ucapan Pak Lah yang sekarang berada di Bernama dan Tingkat Empat. Tapi, kalau Pak Lah masih sayangkan penasiaht-penbasihat dia, kita ucapkan dia supaya beri ucap selamat kepada Seri Perdana.
Sdr Anon,
Tuan empunya diri yang menyokong Ku Li akan mengumumkan nama mereka jika mereka berani atau anak jantan atau wanita besi. Tetapi kita tidak pernah pun menyuruh mereka berbuat demikian.
Bagaimanapun, sebagai pemerhati dari dalam atau luar, sudah pasti kita dapat meramalkan siapa yang akan memberi sokongan kepada Ku Li. Dari kacamata kita.
Memanglah kita tahu sokongan kepada Pak Lah.... ramai yang masih memberi sokongan secara terbuka, tetapi kepada Ku Li, berapa ramai pula dan siapa mereka ini. Adakah berjumpa Ku Li bermaksud menyokong beliau? Adakah hadir di rumah Ku Li bermakna menyetujui tawaran beliau itu?
Kalau hendak menjadi Presiden UMNO mesti mendapat sokongan dari seluruh negara, bukan dari Kelantan atau Terengganu saja.
Dato'
Terima kasih kerana menyiar dan menjawab komen saya.
Saya percaya Dato' tahu mana "sel yang tidak baik itu" dan memang sewajarnya lah kita segera membuangnya.
Walaupun Dato' sendiri meminta penyokong Ku Li supaya berterus terang dan tampil ke depan, tapi nampaknya Dato' sendiri pun masih takut2 dan berselindung untuk menyatakan kebenaran.
Ini kerana manakala Dato' mengakui kelemahan Pak Lah dan kepincangan pentabiran beliau yang dikuasai oleh anak menantu dan budak2 tingkat 4, Dato' juga nampaknya masih mempertahankan Perdana Menteri dan Presiden Umno sekarang.
Mengapa ya?
Sekurang-kurangnya Ku Li berani menyerahkan tengkuknya untuk dipenggal, Dato'... walaupun mungkin dia tahu langkahnya tidak sampai pun suku jalan.
CT Tanjung Perak
Sdr CT TP,
Sebagai wartawan, saya tidak perlu mempertahankan sesiapa walaupun arwah bapa saya sendiri. Mereka boleh mempertahankan diri sendiri berdasarkan kekuatan, kejujuran, jasa bakti, kewibawaan, perjuangan dan sumbangan yang diberikan.
Sebagai wartawan, saya tidak perlu menjatuhkan sesiapa dengan tohmahan atau tuduhan kerana kelemahan, kebodohan, kerakusan, keangkuhan atau kebebalan pemimpin akan menyebabkan mereka rebah dan tersungkur. Yakin dan percayalah.
Saya mahu penyokong Ku Li tampil ke hadapan kerana ini penting untuk mempamerkan "kumpulan" yang tidak puas hati kepada kepemimpinan sekarang. Jangan takut dan berselindung. Mereka perlu menyatakan apa sebenarnya yang tidak betul dan berani menegur kesalahan pemimpin.
Saya mendapat tahu ramai pemimpin UMNO kini berani menegur Pak Lah dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi dan ini adalah satu perkembangan yang sihat. Walaupun kita mahu ia dibuat sejak dulu lagi tetapi ia belum terlambat kerana UMNO masih relevan. Pak Lah juga mendengar teguran dan nasihat itu yang menunjukkan beliau mahu menggunakannya untuk kepentingan parti dan bangsa.
Dalam blog dan news portal, kita juga dihidangkan dengan tulisan, gambar dan artikel mengenai kelemahan Pak Lah yang bagi sesetengah pihak turut menyumbang kepada kekalahan BN dan UMNO. Media baru ini berjaya mempengaruhi rakyat. Ini saya sudah katakan sejak dulu lagi tetapi KJ tidak yakin dan percaya dengan kekuatan itu.
Daripada pemerhatian saya, kenyataan demi kenyataan Mantan Perdana Menteri dalam media baru terutamanya temuramah khas dengan Malaysiakini mengenai Pak Lah dan kerajaan sekarang, telah "berjaya mempengaruhi rakyat" untuk mengetepikan BN dan UMNO pada PRU12. Kalau setiap hari kata Pak Lah tidak bagus, maka rakyat pun yakin beliau tidak bagus. Kawan saya, Datuk Dr Malik Munip, ada menyatakan bahawa "betul atau tidak" kini tidak penting tetapi yang penting ialah kepercayaan. Jika rakyat sudah percaya, jika ia tidak betul sekalipun, mereka tetap mempercayainya. Ini bukan bermakna saya mempertahankan sesiapa.
Hakikatnya, yang menang, tidak untung semua dan yang paling rugi ialah bangsa Melayu kali ini. Bolehkah UMNO bangun dan berdiri semula? Apakah bangsa Melayu akan terus lari daripada menyokong UMNO?
Tuan,
Era 'pembesar-pembesar' telah berakhir.
http://masammanis.wordpress.com
Post a Comment