Wednesday, March 5, 2008

BEKAS IMAM LAYAK WAKILI RAKYAT

Ada kawan memberitahu saya bahawa imej Calon BN Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail, sebagai bekas imam besar Masjid Negara "menakutkan" orang bukan Islam. Alasan mereka ialah takkanlah seorang imam besar menjadi wakil rakyat mereka.

Sebenarnya, itulah usaha yang dilakukan oleh pembangkang di Permatang Pauh untuk memastikan orang bukan Islam tidak memilih Datuk Pirdaus. Orang kuat agama, kata mereka.

Sebenarnya, inilah calon yang terbaik untuk dipilih mewakili penduduk.

Oleh kerana beliau berpendidikan agama dan pernah bertugas dengan kerajaan, sudah tentu beliau akan jujur, ikhlas dan bertanggungjawab kepada pengundi di kawasannya. Sejak menjadi pemimpin UMNO, beliau yang berlatangbelakangkan agama, tidak pernah mengeluarkan "fatwa" seperti yang dilakukan oleh pemimpin Pas.

Datuk Pirdaus ingin membawa perubahan di kawasannya.

4 comments:

Gurindam Jiwa said...

Ustaz Taib Azamuddin pun bekas Imam Masjid Negara juga.

Bagaimana?

Tidak kah beliau ”juga berpendidikan agama, sudah tentu beliau akan jujur, ikhlas dan bertanggungjawab kepada pengundi di kawasannya?”

Hmmm...

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Pertaliannya dengan parti yang memerintah memberi kelebihan kepada beliau untuk melaksanakan program yang dirancangkan.

Anonymous said...

Tiger...
Tak penat ke tgk senario politik? m tired dah. Politik untuk electon memang tengah panas.. tapi politik dalam pejabat lagi panas.
pandang-pandang dan jeling-jeling

p/s: lama tak jumpa untuk borak2

Anonymous said...

haha...maksud tiger 'melaksanakan program yg dirancangkan' sebenarnya adalah program 'memperkayakan diri sendiri'..

haii..tolong la brader, diakhirat nanti akan terjawab juga..jgn tunggu lama2..