Dalam kehidupan ini, manusia sudah tentu melakukan kesilapan.
Ada kesilapan disengajakan atau ada pula yang tidak disengajakan.
Apapun, jika tersilap atau sesat jalan, ada baiknya kita pulang ke pangkal jalan.
Namun, ada juga orang yang sentiasa membuat kesilapan. Puncanya hanya tuhan saja yang tahu.
Daripada satu kesilapan, beralih ke satu kesilapan, kemudian jadi pula kesilapan yang lain. Tiada kesudahan. Orang macam ini biasanya disuruh "mandi bunga" atau "buang s..." untuk menjernihkan suasana.
Nasihat saya, jika ini berlaku kepada kita, fikirlah masak-masak, apa kesalahan kita.
Lihatlah dengan hati kita.
Dengarlah dengan hati kita.
Buat keputusan dengan mengikut hati kita. Bukan nasihat orang lain.
Monday, March 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bro, cara you tulis tu macam sindir Pak Lah jer. memang dia buat mistakes after mistakes. You cakap betul-betul bro, you memihak siapa ni? Setahu I dulud you memihak pada Zam, jadio kita fahamlah mirip you tu. Tapi, sekarang ni kat siapa pula? Lain macam jer bunyinya. kalau tak suka Pak Lah, cakapnya lah.Tapi daripada tulisan you tu, I dah tahu you dah berubah hati pada Pak Lah. Takpelah, terpulang lah kat you. You pun dah besar panjang dan boleh buat keputusan sendiri.
Sdr Anon,
Ini hanya nasihat daripada seorang Melayu @ rakyat Malaysia @ wartawan @ blogger @ orang yang hampir setengah abad hidup di negara yang tercinta ini. Ia ditujukan kepada rakyat seluruh dunia dari Masjid Tanah hingga ke Bhutan dan AS.
Saya dilahirkan di Singapura kerana ibu saya (orang Melaka) mengikut bapa (orang Johor)yang berkhidmat dalam British Army. Lahir di Nee Soon, bukan kandang kerbau seperti rakan saya tu.
Kembali ke Malaysia bersama keluarga pada usia setahun jagung dan menetap di Pondok Batang, Jasin, Melaka. Kemudian berpindah ke Masjid Tanah, kampung halaman bonda saya. Sekampung dengan Datuk Ibrahim Tambychik (guru, pengacara dan ahli UMNO)
Pelbagai "rintangan" dihadapi untuk mendapat kemudahan kerajaan ketika itu termasuk dalam bidang pendidikan atau biasiswa khas semata-mata tempat lahir ialah di Singapura. Tetapi Melayu ini tetap mencintai Malaysia selagi hayat dikandung badan. Tidak berubah.
Tulisan yang saya berikan adalah nasihat kepada sesiapa saja. Ini kerana saya sayangkan rakyat dan negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Percayalah. Saya mahu negara ini aman sepanjang masa kerana lawatan ke pelbagai pelusuk dunia membuktikan Malaysia adalah tempat terbaik di alam maya ini. Apatah lagi sebagai Melayu, inilah satu-satu tempat untuk berteduh dan mencurah kasih. Tiada tempat lain.
Oleh itu, marilah kita berdoa agar Malaysia terus aman dan makmur walaupun kita mempunyai perbezaan pendapat atau latarbelakang.
Saya tidak suka menyindir tetapi suka menasihati sesiapa saja seperti yang dilakukan sebelum ini. Bukan pandai sangat tetapi sekadar luahan hati. Inilah bagusnya jika semua rakyat Malaysia ada blog. Boleh meluahkan isihati atau perasaan. Bukan bercakap bohong. Tetapi awas sesekali kena juga maki atau dipanggil bodoh, Melayu lama, wartawan era Zam, tidak intelektual, anjing lompatan dan pelbagai lagi. Biasalah beb.
Fikirlah masak-masak.
Pembaca budiman,
Bersembang dengan seorang Ustadz pagi ini, beliau memberitahu saya, orang yang membuat kesalahan dan dosa berterusan dipanggil Al-As'hi.
Post a Comment