Wednesday, March 19, 2008

YANG GUGUR, JANGAN KECEWA

SMS yang saya hantar kepada mantan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, selepas kekalahan beliau di Parlimen Sungai Petani pada 8 Mac lalu ialah "Tok, apa yang berlaku ada hikmahnya". Itulah pegangan saya sejak dari dulu lagi dan sentiasa diingatkan kepada keluarga, saudara-mara dan rakan taulan.

Malah, rakan saya, Budin dalam blognya - Dunia Budin - pernah menulis mengenai kisah raja dan penasihatnya yang sentiasa mengutarakan "ada hikmahnya tuanku". Itulah bahan yang saya gunakan dalam ceramah di seluruh negara.

Sehubungan itu, Menteri yang digugurkan janganlah kecewa seperti mana nasihat saya kepada calon yang kalah dalam PRU12. Ada hikmahnya. Yakin dan percayalah.

Sesetengah pihak mengatakan perkataan "ada hikmahnya" adalah terapi terbaik untuk meredakan sebarang "ketegangan", "kekecewaan" atau "kejutan perasaan". Saya sentiasa mengamalkannya jika tidak terpilih atau dinaikkan pangkat. Umpamanya, jika tidak lagi bersedia untuk dinaikkan pangkat, maka janganlah kecewa kerana ada hikmahnya. Jika dinaikkan pangkat tetapi belum bersedia dan kemudiannya kita gagal menjalankan tugas, maka ia dilihat sebagai tidak cekap, lemah dan lembik.

Jika digugurkan, maka ada hikmahnya. Mungkin kita sudah terlalu lama atau sudah masanya kita berehat dan bermain dengan cucu. Ataupun mungkin tuhan telah meminta kita menghabiskan masa tua dengan beribadat, bertaubat dan memohon ampun. Bukan bermakna kita jahat sebelum ini tetapi sekadar untuk mendekatkan diri dengan tuhan.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Kanda...
Entri yang ini mesti saya tinggalkan komen sebab saya suka intipatinya..padat dan bernas..satu pandangan ikhlas yang lebih menjurus kepada apa yang tersirat dari yang tersurat...

Memang benar, 'ada hikmahnya' membawa byk terapi mengatasi yang negatif teruatamanya kekecewaan...

Semoga Kanda sekeluarga sentiasa di dalam perlindungan dan kasih Allah, hendaknya. Amin.

Wassalam.

ibrahim yahaya said...

Adinda,

Mereka yang dapat merasai keindahan dua perkataan "ada hikmahnya" itu tidak akan kecewa dan putus asa dalam hidup.

Adinda adalah seorang daripada mereka. Hidup yang tiada cabaran sudah pasti membosankan.

Semoga RG dan Mambang Hijau serta anak-anak sentiasa dipelihara oleh Allah SWT sepanjang masa.

Anonymous said...

YBhg Datuk,

Kata Pak Lah tak ambik lagi calon yang kalah tp mengapa Shahrizat diberi jawatan. Kata Pak Lah tak nak sesama kementerian bertindih fungsi tetapi mengapa ada 2 kepala yang menjaga hal ehwal wanita.

Sekadar bersuara ...

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Itu yang tak faham.

Mungkin, ada desakan daripada kumpulan wanita kot.

Apapun, boleh tambah, boleh tarik.

Kalau esok Pak Lah hendak melantik saya sekalipun, tiada siapa yang boleh mempersoalkannya. Hak PM katakan.