Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, terus menuju kepada Datuk Seri Idris Jusoh, memeluk dan berbisik sesuatu kepadanya, selepas selesai Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, pagi tadi.
Ini dilaporkan oleh Buletin 1.30 tengah hari tadi.
Bagusla tu.
Carik-carik bulu ayam, akan bersatu semula. Itu kata Datuk Rosol Wahid, yang beria-ia benar satu ketika dulu untuk tidak bersetuju dengan perlantikan Datuk Ahmad. Biasa la tu Datuk Rosol.
Dalam politik, semua kena buat. Tidak bersetuju, kemudian bersetuju dan terima jawatan. Itu oklah. Jangan pula tikam dari belakang.
Angkat sumpah dan terus kerja. Rakyat sudah memberi mandat, teruslah kerja.
Sunday, March 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pada pandangan saya sebenarnya DSIJ sendiri telah ditikam dari belakang berdasarkan maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan 'ada orang kecewa tidak dicalonkan menjadi yb dan berdarah raja telah merancang agar DSIJ diketepikan dan secara langsung membuat DSIJ kononya menderhaka kerana beliau tahu penyokong DSIJ ramai. Jadi bersedialah untuk ditikam dari belakang pula....buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat"
Sdr GTPM,
Politik adalah seni yang memungkinkan. Ini bermakna semuanya boleh jadi. Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan. Terpulanglah kepada siapa pemainnya atau players yang boleh berbuat sesuatu demi untuk kelangsungan politik mereka.
Sudah tentu, jika kita pernah menikam orang, mereka yang menjadi mangsa sudah tentu mencari peluang menikam kita. Mereka akan mengatur strategi dan masanya. Ada kalanya tikaman itu sipi atau kurang tepat tetapi adakalanya tepat dan amat pedih sekali.
Itulah politik dan permainannya.
Post a Comment