Wednesday, March 19, 2008

AMPUN TUANKU, TITAH TUANKU TEPAT

Saya pernah berhujjah dengan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis mengenai tindakan mereka yang ingin membawa "perubahan" dalam beberapa aspek kehidupan masyarakat Islam di negara ini.

Antaranya tidak perlu membaca talkin seperti yang dilakukan oleh datuk nenek saya. Antara perkara yang dinyatakan ialah "orang mati" itu tidak akan mendengar talkin yang disampaikan di atas kubur. Saya membetulkan mereka dengan mengatakan talkin itu adalah untuk orang hidup iaitu "mengingatkan" mereka yang hadir di majlis pengkebumian berkenaan. Bagi DS Shahidan, tidak semestinya apa yang dilakukan oleh datuk nenek kita betul dan kita mesti berani untuk mengubahnya.

Dalam pertemuan itu, saya hanya meminta mereka "tidak mengelirukan" masyarakat Islam negara ini yang sudah mengamalkan ajaran Islam yang terbaik. Jangan mengelirukan orang Islam dengan pelbagai perubahan yang boleh membingungkan rakyat.

Hari ini, ketika berkenan menerima menghadap wakil rakyat di negeri itu, Raja Perlis meminta sesetengah pihak tidak mengelirukan masyarakat dengan pelbagai perkara yang ingin dibawa oleh mereka. Baginda mahu mereka mengikut perundangan negara.

Ampun tuanku, patik dapat merasai titah dan teguran tuanku itu.

5 comments:

Anonymous said...

Brother, cerita pasal Ku Li lawan Pak Lah. Apa pendapat U. Jangan tulis pasal Shahidan lah. Cerita panas ialah pasal Ku Li nak lawan Pak Lah. Tapi, tulis bagi terang-terang lah. Jangan memihak pula.

Anonymous said...

salam dato,

tapi dato saya amat kasihankan shidan kasim dia merupakan pemimpin melayu yang tersohor demi kerana rakyat dia sanggup tak membeli rumah.selepas keluar dari rumah JKR kerajaan negeri yang mana rumah kediaman kerajaan tak boleh dibela binatang peliharaan si shidan kasihkan binatang dengan membela burung unta dan kambing.sekarang beliau hanya menetap di rumah kakaknya.kasihan shidan kasim.

itulah shidan,tulah sultan jangan di buat main.dulu waktu jadi MP `time` imuniti raja nak dikurangkan hang paling lantang pukoi raja n sultan.

daulat tuanku.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Eloklah kita serahkan tawaran Ku Li untuk bertanding Presiden UMNO kepada ahli parti itu untuk membuat penilaian dan keputusan.

Bagi saya, ahli UMNO sudah tentu bijak untuk membuat pemilihan dan penilaian masing-masing setelah menyaksikan kekalahan teruk parti berkenaan pada PRU12.

Persoalannya apakah ahli UMNO perlu menggantikan nakhoda kapal ketika ombak besar atau membiarkan nakhoda itu menerajuinya ke tempat selamat sambil dibantu orang lain dan penasihatnya.

Pemimpin parti MCA dan MIC sudah berikrar untuk memulihkan imej parti mereka tanpa perlu meletakkan jawatan atau menyerahkan tampuk pimpinan kepada orang lain. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, pula menolak jawatan Menteri untuk memberi tumpuan membangunkan semula partinya.

Sama-samalah kita tunggu apa akan berlaku dalam UMNO.

Mesyuarat cawangan UMNO akan bermula April ini, diikuti Bahagian dua bulan kemudian sebelum pemilihan pucuk pimpinan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Bangsa Melayu akan menghormati Raja mereka yang budiman. Raja yang mempunyai hati budi mulia dan beriman.

Anonymous said...

Kalau dah talkin tu tak ada dalil yang kuat, tak payahlah buat. Kena rajin le ngaji. Ini main logik saja.