Thursday, March 13, 2008

YANG KALAH, JANGAN KECEWA



Bagi calon yang kalah pada PRU12, jangan kecewa.

Nama-nama besar dalam politik Malaysia juga pernah kalah satu ketika dulu.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad (pada 1969, kalah kepada Haji Yusof Rawa dengan 989 undi)
2. Datuk Seri Hadi Awang
3. Lim Kit Siang
4. Lim Guan Eng
5. Karpal Singh (pada 1999, kalah pada Lee Kah Choon dengan 775 undi)

Mereka bangun, bertanding semula dan menang.

Ada bertanding di kawasan yang sama dan menang. Ada yang berpindah kawasan, baru menang. Kit Siang kecundang di Pulau Pinang di tangan TS Dr Koh Tsu Koon dan melarikan diri ke Ipoh Timur dan menang. Guan Eng membawa diri ke Pulau Pinang dan menang. Kini jadi Ketua Menteri. Siapa sangka.

DS Hadi kalah dengan "giant killer" Datuk Abdul Rahman Bakar pada PRU 2004. Tetapi kali ini menang mengalahkan orang baru, Setiausaha Politik Menteri Besar. Pengguguran Rahman amat malang, Setpol pula kecundang dan DS Hadi bertambah garang.

Mat Sabu kalah dua pilihanraya berturut-turut. Mungkin elok juga bersara. Bagaimana?

8 comments:

ahm said...

lama gamaknya datuk menyepi, muhasabah diri agaknya.

seperkara yang negatif pada hemat saya ialah apabila kekalahan besar bn di letakkan kepada pengundi seperti tanggapan rakan datuk yang senada dengan segelintir pembesar ie. nazri aziz, ali rustam, rafidah dll. kenapa ya?

yang berjanji, yang berkempen, yang berkhidmat, yang memimpin adalah para pembesar, maka apabila keputusan tidak memihak cerminlah diri sendiri dulu. saya rasa rakyat telah menilai maka yang dinilai rendah perlulah ambil iktibar bukan mencari kambing hitam. mudahnya berkata... tiada bezanya sebelum kalah dan sesudah kalah mereka tetap tidak berubah. memang patutlah pun mereka ditolak.

kalau suara rakyatpun mereka tak ambil pusing, maka selayaknya lah mereka di dikenakan undi tak percaya dan singkirkan terus dari menjadi pembesar.

seharusnya penyingkiran harus dilakukan daripada penjawat di kedudukan no. 1, tiada kasihan, tiada ragu lagi, jelasnya mereka tidak layak lagi di tempat tersebut kerana merekalah sebenarnya yang menghancurkan orang melayu. saya yakin tanpa mereka orang melayu akan lebih gagah dan berdayasaing lagi.

yakinlah bahawa ramai lagi pemimpin melayu yang lebih layak dan jujur dan bijak untuk memimpin tetapi telah diketepikan begitu sahaja.

contoh paling klasik ialah, kenapa rafidah aziz perlu dikekalkan di kementeriannya sekian lama. umum mengatakan kononnya dialah yang paling layak, paling bijak dan ada pula pendapat mengatakan sekiranya beliau seorang lelaki sudah lama jadi pm.. what a nonsense! bukankah ramai lagi bijak pandai melayu yang lebih wibawa, efisyen dan jujur di luar sana tetapi telah dimatikan potensinya kerana ada yang tamakkan kuasa dan adanya propaganda politik oleh para pencinta rafidah...

suatu contoh, selebihnya nilailah sendiri.

tepuk dada tanya selera

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Saya seronok memerhati gelagat orang politik.

Setiap hari saya tersenyum dan adakalannya terbahak-bahak membaca, mendengar atau menonton mereka di kaca televisyen selepas PRU12. Politik adalah satu seni yang memungkinkan. Tidak hairanlah ada orang memang pandai berpolitik.

Akhirnya saya terlena, kepenatan memikirkan mereka.

Melayu ramai yang bijak. Cubalah yang baru, yang bijaksana dan bijaksini, jujur, ikhlas, kreatif, bertanggungjawab, kurang bercakap tetapi banyak bekerja.

Pilihlah mereka. Cubalah Dr Fuad Zakarshi atau Datuk Saifuddin. Cubalah pemimpin Sabah dan Sarawak yang bijak bukan kepalang.

Kalau kita tidak beri peluang, macam mana kita hendak mengetahui kebolehan mereka.

Kalau saya PM, saya akan buat. Masalahnya saya bukan PM. Tahu takpe.

Didik Budiarto said...

Tahniah kerana PRU12 boleh berlaku dengan selamat.

Kalah atau pun menang adalah perkara biasa dalam pertandingan. Kalau tak mahu kalah, jangan bertanding.

Tapi apakah semua yang bertanding sedia kalah? Di Pemilihan Umum Indonesia, semua yang mahu bertanding harus declare bahawa ia sedia kalah sedia menang. Tetapi lepas kalah, ya tetap begaduh juga...

BN mundur satu langkah untuk maju semula beberapa langkah di PRU13. Parti lain? sila maju terus untuk kemajuan Malaysia yang sebenar-benarnya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Didik,

Yang penting semua aman dan selamat.

Tidak guna menang tetapi negara kucar-kacir.

Sama-sama kita mendoakan Malaysia dan Indonesia sentiasa selamat dilindungi tuhan.

Anonymous said...

Ngapa you tak pakai komen I. I kata you handsome lah. Janganlah malu nak siarkan komen I.

Anonymous said...

you hensem lah. Rasa-rasa macam wajah ahli yang berhormat je. you kawasan mana. Lorong Haji Taib ke?

Anonymous said...

Wah you...you tak layan posting I ye. I cuma kata you hansem saja. Apasal you tak post kan. Sportinglah Tiger.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Sori tak post. Rimau masuk hutan.