Wednesday, March 19, 2008

YANG TERLEPAS, YANG MELEPAS

Datuk Mukhriz Dr Mahathir terlepas. Terlepas daripada dikenakan sebarang tindakan oleh Pemuda UMNO akibat perbuatannya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meletakkan jawatan kerana keputusan buruk BN dalam PRU12. Keputusan tiada tindakan dibuat dalam EXCO Pemuda UMNO, semalam. Mungkin Pemuda dapat merasai kemarahan "anak-anak muda" di seluruh negara yang disuarakan oleh Mukhriz. Betul ke?

Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula dikatakan melepas. Melepas daripada dilantik menjadi anggota pentadbiran bapa mentuanya. Ini yang diminta oleh ramai pihak termasuk dalam UMNO. Malah, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)baru-baru ini dilaporkan beberapa pemimpin yang meminta Pak Lah memikirkan sedalam-dalamnya sebarang hasrat untuk menyertakan Ahli Parlimen Rembau itu. Melepas tetapi belum terlepas lagi.

Bagi Pak Lah, KJ adalah seorang "budak genius" tetapi ketiadaan nama menantunya sudah pasti mengambilkira pandangan semua pihak. Ini dilihat sebagai satu tindakan bijak untuk tidak mencurah minyak dalam api yang marak. Boleh terbakar lagi?

Ada yang mengaitkan prestasi buruk BN amnya dan UMNO khasnya kali ini ada sedikit sebanyaknya mempunyai kaitan dengan KJ. Apakan tidaknya beberapa kerusi Parlimen yang seharusnya dimenangi oleh BN jatuh ke tangan pembangkang kerana calon parachute yang ada kaitan dengan KJ. Malah ada calon Pemuda yang mengaku sendiri beliau dipilih oleh graduan Oxford itu untuk bertanding. Mengapa bising-bising setelah dibantu oleh KJ. Ini yang tidak betul ni. Apapun, nama KJ sudah buruk atau diburukkan.

Apakah KJ dijadikan kambing hitam? Fikirlah secara masak.

1 comment:

Anonymous said...

1. saya telah memangkah pembangkang pada pemilihan yang lepas kerana saya tidak dapat menerima KJ, amat tidak berintegriti bagi seorang menantu kepada PM menggunakan pengaruhnya kepada umno
2. KJ terlibat dengan business dan dalam masa yang beliau juga terlibat dalam politik.anak Pak lah Kamaludin tiada siapa mengambil pusing kerana dia tidak melibatkan dirinya didalam politik-hanya business