Saturday, March 29, 2008

DUNIA ISLAM BANTAH FILEM FITNA

Dunia Islam bantah tayangan filem pendek, FITNA oleh pengeluar filem Belanda, Geert Wilder.

Mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha membatalkan penayangan filem yang menghina Islam.

Perkara ini dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 sebentar tadi.

Wisma Putra turut membantah tayangan filem itu. Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pula mahu umat Islam dunia memulau barangan keluaran Belanda.

Jika semua orang Islam berbuat demikian, ia akan memberi impak kepada jualan keluaran Belanda. Bilangan 1.3 bilion masyarakat Islam dunia mampu memberi kesan jika pemulauan itu dilaksanakan.

3 comments:

Anonymous said...

jika semua barulah iya tok rimau.masalahnya puak-puak wahabi tok arab di mekah sana pun dah bagi buat gereja.

alahai...

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya tidak yakin umat Islam seluruh dunia boleh bersatu untuk melakukan sesuatu yang ditetapkan. Ini kerana mereka mempunyai agenda dan kepentingan masing-masing.

Di negara ini pun yang bilanganya..adalah lebih kurang 12 juta pun tidak sehaluan. Ada yang kata mereka lebih Islam daripada yang lain. Ada yang kata mereka melaksanakan ajaran Islam lebih yang lain. Ada yang berbangga bahawa merekalah yang paling alim dan akan masuk syurga. Boleh tahu ke masuk syurga? Apa ni?

Firdaus Abd Rahman said...

Akhirnya seorang warga saudi membuat filem yang membalas FITNA

maklumat lanjut :

http://abgfir.blogspot.com/2008/04/bible-version-of-fitna-video-schism.html