Friday, March 14, 2008

TIDUR SAMA, MIMPI LAIN-LAIN.

Ramai pihak tidak percaya bahawa DAP dan PAS tidak boleh bekerja sama. Saya pernah menulis perkara itu tetapi dimarahi dan menganggap tulisan berkenaan tidak betul.

Hakikatnya, itulah yang berlaku sejak dulu lagi. Malah ayat "langkah mayat saya dulu jika hendak mendirikan negara Islam" pernah diutarakan oleh Karpal Singh kepada pemimpin PAS yang ingin menubuhkan negara Islam. PAS juga tidak bersetuju dengan DAP apabila meminta upacara agama lain disiarkan di televisyen seperti kerajaan menyiarkan azan lima waktu. Mereka buta sejarah dan semata-mata mahu keadilan.

Mereka boleh tidur bersama tetapi mimpi lain-lain.

DAP mahu berkuasa dengan memainkan sentimen perkauman. Pada PRU12, DAP meminta pengundi Cina menolak BN bagi "melemahkan" bangsa Melayu. Apabila kuasa berada di tangan mereka, mereka boleh buat apa saja termasuk menidakkan kepentingan orang Melayu. Apabila perkara itu dibesar-besarkan, maka pandai pula berdolak-dalik, menuduh media tidak betul dan bersandiwara dengan ayat-ayat seperti "menanam tebu ditepi bibir" dan lain-lain. Poorah. Apa punya perangai buruk ni? Kalau hendak melakukannya, buatlah dan jangan berdolak-dalik. Bangsa Melayu pun tahu apa yang dibuat oleh Gerakan di Pulau Pinang terutama kepada orang Melayu. Inikan pula DAP, sudah pasti lebih "hebat" lagi apa yang akan dilakukan nanti. Salah siapa?

Alasan berdolak-dalik itu kerana sepotong ayat yang dikatakan disalahertikan. Ayatnya ialah ......Dasar Ekonomi Baru yang menyebabkan kronisme dan rasuah.... Apabila media menulis parti itu "menolak DEB" mulalah gelabah dan berkata DAP hanya menolak DEB yang menyebabkan kronisme dan rasuah. Mulalah tekan perkataan "yang", tetapi umum tahu ayat itu membuat tuduhan dan tohmahan kepada DEB dengan menekankan "DEB yang menyebabkan kronisme ...."

Tengok betul-betul siapa yang untung hasil DEB. Jangan kata Melayu saja kerana ini akan membuat kaum lain sakit hati. Tindakan itu bahaya. Semua kaum juga mendapat faedah daripadanya. Yang mungkin boleh dimarahi ialah mereka yang membolot kekayaan, bukan Melayu keseluruhannya terutama mereka yang di kampung-kampung tetapi segelintir broker Melayu yang tamak dan usahawan semua kaum termasuk Cina dan India. Usahawan Cina dan India mempunyai cara dan pendekatan untuk memastikan projek kerajaan itu mereka perolehi walaupun ada DEB. Broker Melayu jadi "pak pacak". Semua orang sudah tahu. Tidak payah tipu. Orang tidaklah sebodoh itu. DAP tidak boleh tipu orang lain kerana orang sudah tahu sikap parti itu.

PAS pula mahu berkuasa dengan memainkan sentimen agama. Dapat kuasa mereka mahu mengamalkan ajaran Islam. Jika betul, oklah tetapi jangan hanya dimulut saja. Dalam pada itu, kehadiran PAS juga boleh mengawasi pemimpin parti kerajaan yang berperangai tidak senonoh yang memalukan bangsa Melayu. Ada yang mahu bolot segala-galanya. Lepas satu, satu lagi. Tidak puas dan mahu menjadi paling kaya di negara ini.

Kawan saya, berniaga secara profesional tetapi tidak dapat projek kerana seorang menteri berkata beliau terpaksa bagi kepada "orang tertentu" dan meminta kawan saya memahaminya. Faham? Memanglah boleh faham tetapi takkanlah sepanjang masa. Bukit pun boleh menjadi padang jarak padang tekukur. Sikap itu yang perlu dibanteraskan sama sekali. Tidak kira apa connection mereka. Adik-beradik. Saudara-mara. Rakan taulan. Bagilah peluang yang sama kepada orang lain. Oleh itu tidak hairanlah kakitangan kerajaan di Putrajaya memberi undi kepada PAS.

Marilah kita berfikir masak-masak.

8 comments:

Anonymous said...

kau punya blog boring lah... padan lah tidak ada orang komen

me said...

Ramai orang Melayu UMNO yang befikir berlandaskan logik ini:

Ada DEB = Melayu Dibantu

Tiada DEB = Melayu Tidak Dibantu.

Logik ini silap kerana DAB bukanlah satu-satunya cara untuk memajukan orang Melayu. Banyak lagi kaedah lain yan gboleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Masalahnya sekarang ialah ramai pula ahli UMNO yang sudah membuat kesimpulan bahawa apabila tiada DEB, kerajaan Pulau Pinang akan menindas orang Melayu.

Sama ada kesimpulan in benar atau tidak, yang pastinya adalah kita belum tahu lagi. Bagaimanakah pelaksanaan polisi Lim Guan Eng nanti? Adakah ianya akan menyebabkan penduduk Melayu sendiri kurang maju? Atau polisi barunya juga mampu memajukan orang Melayu tanpa potensi untuk disalah gunakan kontraktor?

Kita patut tunggu dan lihat. Cukuplah disuarakan seruan untuk DAP mengingati kemajuan orang Melayu, tapi janganlah tergesa-gesa mengatakan bahawa DAP sudah melupakan orang Melayu.

Tengok betul-betul siapa yang untung hasil DEB. Jangan kata Melayu saja kerana ini akan membuat kaum lain sakit hati. Tindakan itu bahaya. Semua kaum juga mendapat faedah daripadanya. Yang mungkin boleh dimarahi ialah mereka yang membolot kekayaan, bukan Melayu keseluruhannya terutama mereka yang di kampung-kampung tetapi segelintir broker Melayu yang tamak dan usahawan semua kaum termasuk Cina dan India. Usahawan Cina dan India mempunyai cara dan pendekatan untuk memastikan projek kerajaan itu mereka perolehi walaupun ada DEB. Broker Melayu jadi "pak pacak". Semua orang sudah tahu. Tidak payah tipu. Orang tidaklah sebodoh itu. DAP tidak boleh tipu orang lain kerana orang sudah tahu sikap parti itu.

Benar, orang India dan Cina ada cara pendekatan mereka sendiri, iaitu menggunakan "cable" atau hubungan kenalan.

Inilah definisi "cronyism".

DEB menggalakkan pembolotan habuannya melalui pintu belakang yang di luar kawalan undang-undang, dan inilah masalah terbesarnya.

Malah, kemewahan yang ada juga terlalu ditumpukan kepada mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkuasa.

Daripada segi ini, apa yang dikatakan DAP itu memang benar.

Anonymous said...

You tidur tak mimpi ke? You jangan mimpkan Zainuddin Maidin sudahlah...dia dah kalah. Dulu dia tak mimpi, sekarang, tiap=tiap malam dia mimpi.....mimpi ngeri

Blow d' whistle said...

dalam BN pun sma gak... UMNO, MCA, MIC, GERAKAN DLL mimpi lain-lain juga....

manusia mana yang ada mimpi sama 100% macam mimpi orang lain

BUKTIKAN

jahil

Anonymous said...

Datuk,
Saya pun heran mengapa ada Mamat tu mengecam Tun Mahathir sebagai pembelot bangsa bila beliau minta Pak Lah to step down. Mamat tu lupakah atau sengaja lupa bahawa Tun M lah yang mengangkat maruah dan martabat bangsa hingga disegani kaum lain d sini mahupun di luar sana. Tun M lah yang membangunkan Malaysia hingga cemerlang di mata dunia. Inilah gamaknya yang depa kata, Melayu Mudah Lupa.

Come on man, we are now talking about losing 5 states which never hapen before. Nak bongkak lagi kah?

Anonymous said...

Datuk,
Jangan risau dengan kecaman. Biasa lah jika kita mempertahankan hilanglah populariti. Jika menongkah arus, banyaklah yang menjulang. Tak perlu goyah atas prinsip yang ditanam.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Saya rela dikecam,dihina dan dibelasah sesiapa saja, tidak kira Melayu atau bukan Melayu, kerana menyuarakan hak bangsa Melayu. Semangat Melayu Boleh yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa berada dalam diri ini. Orang lain mungkin tidak faham.

Begitu juga, penyokong Paklah atau Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang kini dikecam hebat oleh sesetengah pihak kerana menyuarakan hak mereka. Orang lain mungkin tidak faham.

Bangsa Melayu ini tidak ada tempat lain selain Malaysia untuk berteduh dan mengadu nasib. Orang Melayu lain, tidak tahulah, tetapi saya inilah negara tercinta dan akan mempertahankan sehingga hilang nyawa. Itulah sifat Melayu.

Mungkin orang lain kata bodoh kerana mempertahankan Melayu, maka bodohlah saya. Tetapi saya tahu saya Melayu yang tidak bodoh dan sentiasa memerhati. Jangan buat silap, saya sedang memerhati.

Bangsa Melayu ini lembut budi bahasanya, suka bertolak-ansur dan tidak gemar bergaduh. Tengoklah bangsa Melayu dalam PDRM yang dicaci dan dihina oleh bangsa Melayu sendiri. Mereka sabar dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Mereka faham, keamanan adalah satu keutamaan.

Bangsa Melayu sekarang. Kerana lemah lembutlah orang lain kata kita lembik. Oleh itu, jangan lembik lagi. Kerana bertolak-ansurlah, orang lain suka menolak kita. Oleh itu, jangan kena tolak lagi. Kerana tidak gemar bergaduhlah, orang lain suka mengasak dan melempar tahi ke muka mereka. Oleh itu, pertahankan maruah bangsa. Orang lain mungkin faham, tetapi tidak mahu faham.

Apa yang saya tidak suka ialah bangsa Melayu yang menyeleweng dan membinasakan bangsanya. Itu sudah leebeh.

Fikirlah sampai masak.

Anonymous said...

datuk,

bila nak interview zam maidin, your ex bss? sebelym pru12, ypu dok tampal muka dia daam blog hari hari...

KAWAN LAMA