Tuesday, March 25, 2008

SELAMAT HARI POLIS

Marilah kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah memberi perkhidmatan terbaik untuk memastikan Malaysia aman dan selamat.

Mereka berhujan, berpanas dan bersengkang mata untuk memastikan setiap rakyat mengikut perundangan negara.

Marilah kita bekerjasama dengan PDRM untuk membanteras jenayah di negara ini termasuk jenayah kolar putih.

4 comments:

Anonymous said...

Dunia Tiger, Jangan lupa cadangkan hari sekuriti pulak ya. Hari tu I dengar Aznil Nawawi cadangkan supaya adakan hari sekuriti. You jangan lupa tulis ya..sebab jaga-jaga ni pun jaga keselamatan juga.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Pilihlah hari apa pun untuk Hari Sekuriti.

Namun, yang penting bangsa Melayu tidak perlu menjadi "jaga" atau pegawai keselamatan lagi terutamanya yang sudah lanjut umur. Kesihan melihat pakcik-pakcik yang sudah berumur terpaksa duduk di kerusi bulat sambil bergayut kepada senapang patah.

Bangsa Melayu perlu mencari kerja lain daripada hanya mempertaruhkan nyawa bekerja di kedai-kedai emas atau menjadi pegawai keselamatan di institusi kewangan.

Cakap memanglah senang. Tetapi apapun semua pihak perlu berusaha untuk mengurangkan jumlah jaga atau pegawai keselamatan yang berumur. Anak-anak yang kaya, bantulah bapa kamu yang terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi.

Anonymous said...

Datuk,
Rakyat mengalih arah disebabkan meluat dengan cerita rasuah di kalangan pemimpin yang diberi amanah.

Semoga ianya menjadi iktibar buat semua. Jaminkan integriti itu bukan slogan penawan sukma semata-mata.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara.

Ramai pemimpin lupa bahawa mereka sentiasa diperhati oleh rakyat setelah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab.

Apabila mereka tidak amanah dan hanya pandai membesarkan tembolok, ketika itu rakyat pasti akan menolak mereka. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat, rumah dibina ibarat istana Raja. Insaflah.