Tuesday, March 4, 2008

PANDANGAN SEORANG IDEALIST

Dr Chandra Muzaffar adalah seorang idealist. Saya yakin ketika beliau menyertai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) satu masa lalu, Dr Chandra berpandangan peneraju parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah seorang idealist.

Bagaimanapun beliau sedar DSAI hanya seorang ahli politik seperti sesetengah pemimpin parti lain terutamanya pembangkang. Dr Chandra keluar daripada parti dan menjalankan tugasnya sebagai seorang pemikir dan penceramah.

Semalam beliau menceritakan apa yang terbuku di hatinya mengenai bosnya yang lama.

Saya yakin ini semua untuk kepentingan negara, bangsa dan agama.

1 comment:

Anonymous said...

Pada pendapat saya, dunia politik sepenuh masa ini tidak sesuai bagi seorang yang idealist.

Politik sepenuh masa perlukan fleksibiliti dan praktikaliti (saya tak pandai istilah Bahasa Malaysianya) dari segi penafsiran idea ke mempraktikkannya.

Dan dunia politik ini bukan sekadar berfikir dan berceramah sahaja. Selalunya boleh jadi kotor dan busuk dan memerangkapkan.