Saturday, March 29, 2008

BANGSA MELAYU HORMATI RAJA

Lebih 10,000 rakyat (ada yang melaporkan 25,000 orang) menyambut keberangkatan pulang DYMM Sultan Mizan ke Terengganu.

Ini dilaporkan oleh semua media elektronik negara sebentar tadi.

Bangsa Melayu akan menghormati Raja sehingga hari kiamat.

Hanya golongan yang tidak beradab saja yang tidak menghormati Raja. Bagi golongan ini, mereka perlu ditempatkan di Pulau Jerejak, itupun jika dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pulau Bidong?

Bangsa Melayu yang budiman akan menghormati Raja.

Raja yang budiman akan dihormati oleh bangsa Melayu.

Daulat Tuanku.

11 comments:

Anonymous said...

Sehingga hari ini, kita belum mendengar sebarang pernyataan ampun/maaf rasmi dan kekesalan tentang peristiwa biadap itu dari UMNO dan pemimpinnya.

Saya sendiri tertunggu-tunggu...

tkudin.

Anonymous said...

pulau jerjak mana boleh siap ada spa dah cantik tok rimau.tak setuju.urmmm...apa kata kalau di buang ke pulau komodo sebab di pulau komodo habitat di sana biawak zaman purba lidah bercabang.

ada seorang tu kan saya tengok dalam satu berita dia cakap biasalah carik-carik bulu ayam.itu biasa.

hah...oleh itu orang2 sedemikian amat sesuai dibuang ke sana berkawan dengan biawak komodo.

Anonymous said...

Dunia Tiger..orang Melayu yang hormat raja amat saya sanjung, tapi hari ini orang ramai terutamanya Melayu hormat artis dah lebih-lebih sangat. Tengoklah promo ABP Berita Harian, dah berbulan-bulan. Kempen pilihan raya pun 10 hari saja. Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ini. Budak SPM yang dapat 20A pun dapat siar sekali saja dalam surat khabar. Ramaia yang dapat 10 hingga 19A tak siar pun. Tapi bagi budak-budak AF, Yang kalah pun diberi penghormatan keluar tv ni, seolah-olah satu kerugian besar bagi Orang TV dan surat khabar ini tidak malukah melihat orang Melayu terkinja-kinja macam monyet. Tiap-tiap malam ada live rancangan hiburan di TV. Malam tadi baru je mereka tengok Akademi Fantasia, malam ini ABP pula. MasyaAllah. Sedarlah wahai orang-orang yang minat hiburan di tv dan surat khabar tu, yang anda bersubahat merosakkan bangsa anda sendiri. Tengoklah lepas ini TV akan umumkan berapa jumlah oerang yang menonton program hiburan masing, 2 juta kah, 5 juta kah atau 10 juta kah? Kalau ramai yang menonton betulnya inikah yang mereka perjuangkan? Tepuk dada, tanyalah selera. Pak Tiger. Kau pun bersubahat ke? Minta ampun, jauhkan lah daripada mendekat mereka yang terlalu asyik kepada dunia hiburan kerana ia melemahkan minda bangsa sendiri. Kalau Pak Tiger tak setuju dengan pendapat saya, kita jumpa di simpang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya setuju juga jika ditempatkan di Pulau Komodo agar boleh berkawan dengan biawak besar itu. Tetapi... jaga-jaga kerana kerana biawak besar itu boleh makan kawan sendiri.

Dalam politik, setiap orang akan memikirkan "periuk nasi" mereka waima yang bawah atau yang atas. Dalam politik, tiada musuh musuh atau kawan kekal dan semuanya boleh jadi, boleh berlaku.

Politik adalah seni yang memungkinkan. Hari ini, dia sokong DS Idris, esok dia sokong Datuk Ahmad Said pula. Hari ini, dia sokong Pak Lah, esok entah siapa. Tidak menghairankan. Ini untuk kelangsungan hidup dalam politik. Sejarah akan mencatatkan bahawa golongan ini pernah melakukan dua perkara yang berbeza dalam tempoh masa yang dekat, demi untuk periuk nasi mereka. Alasan yang diberikan pelbagai termasuklah "demi kepentingan parti atau bangsa atau negara". Demi kepentingan perut?

ibrahim yahaya said...

Sdr Tkudin,

Tunggulah. UMNO tetap akan meminta maaf akhirnya. Mungkin dalam bentuk yang kita sendiri tidak tahu atau sedari. UMNO menghormati Raja sejak dulu lagi.

Yang tidak menghormati ialah golongan biadap. Golongan yang tidak mahu meminta maaf adalah golongan yang angkuh dan tidak beradab. UMNO tidaklah semacam itu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Orang Simpang,

Dalam memperkatakan kekalahan BN dan UMNO, orang mula membincangkan peranan media di negara ini terutama yang "dimiliki dan dikuasai" oleh BN. Apakah sumbangan mereka kepada "kemenangan" atau "kekalahan" parti?

Apakah peranan mereka dalam membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan? Apakah mereka turut menyumbang kepada tindakan rakyat membenci kerajaan? Apakah bahan-bahan yang disalurkan terlalu mentah atau basi?

Apapun, saya yakin kerajaan akan berbuat sesuatu untuk memastikan media terus membantu menerangkan dasar-dasar kerajaan seperti mana yang dilakukan pada masa lalu. Jika tidak dibuat, maka akan berlakulah malapetaka. Media bukan membodek atau mengampu kerajaan sepanjang masa tetapi menjadi medium untuk kerajaan dan rakyat.

Sesuatu dasar, jika diterangkan dengan baik akan difahami oleh rakyat. Bagaimanapun ia berbalik kepada kepercayaan juga. Jika rakyat tidak percaya dengan media lagi, maka apa yang dilontarkan tidak akan dipercayai. Apatah lagi jika terlalu ramai "doktor pusing". Jika terlalu banyak pusing, kita boleh pening.

AF adalah satu jalan keluar daripada kebingungan yang semakin menjadi-jadi sekarang. Daripada disogokkan dengan benda-benda yang mungkin kita tidak faham atau menyampah, baiklah melihat perangai "budak-budak" yang kuat merengek, lembik, suka tidur, suka menangis, bodoh sombong atau tidak pandai menyanyi. Tetapi jika terlalu banyak maka kita akan mewujudkan generasi fantasia yang mengejar glamor dan berbudayakan "entah apa-apa".

Anonymous said...

Oi anon, kalau awak tak suka Akademi Fantasia ke, ABP ke, awak punya pasal lah. Kita kat malaysia ni bebas. Siapa nak tanggung belanja syrat khabar atau tv kalau tidak ada rancangan hiburan ini. Rancangan macam unilah yang menguntungkan surat khabar dan stesen tv. Saya kerja kat agensi iklan dan saya tahulah betapa susahnya nak dapat iklan. Dengan ada iklan untuk bantu industri hiburan ini, ramai yang dapat pekerjaan. Soal rosak tak rosak minda anak bangsa, itu tanggungjawab ibu bapa lah nak didik anak-anak masing-nasing. Saya ingat awak nui dah ketinggalan zaman. Sekarang dunia siber lah. Kat internet tu macam-macam ada. Saya sokong dengan rancangan hiburan di tv dan surat khabar. Pasal masa depan bangsa, itu masing-masing punya hal.

Unknown said...

Sebagai pengamal media, ada baiknya juga Dato' Tiger buat satu diskusi terbuka, "Media Perdana Salah Satu Punca Kekalahan BN".
Mungkin Menteri Penerangan baru boleh jadi key speaker, panggil Kali Riong, ZAM yang sudah kalah tertonggeng dan Raja Petra.....tengok bergegar tidak bergegar.
Tentu mendapat sambutan dikalangan mereka yang sama meluat dengan hiburan melulu media perdana!

ibrahim yahaya said...

sdr Fudzail,

Satu cadangan yang mantap.

Mungkin Sdr boleh berkongsi pengalaman di luar negara dengan rakyat di negara ini. Bagaimana media mereka memainkan peranan dalam membangunkan negara.

Sdr juga boleh dijadikan ahli panel untuk mengupas dan mengulas apa yang sudah berlaku dalam media perdana sejak Sdr tinggalkan.

zgzag55 said...

Elok kita serius dengan maklumat yang berfaedah saja. Janganlah ambil kisah berita-berita hiburan. ABP Berita Harian milik UMNO. Kalau UMNO nak bawa rakyat ke dunia hiburan, biarkan lah. Lagi pun kita kena tengok jugalah siapa yang meneraju akhbar itu. Kalau kaki glomour, jadi apa nak hairan. Aku tengok gambar depa kat surat khabar dengan artis selalu sangat. Tolonglah ambil bahagian dalam forum-forum dan seminar-seminar yang serius. masa pilihan raya, masa pengumuman Kabinet, patutnya orang-orang di surat khabar ini dipanggil untuk bagi pendapat. Janganlah harapan Annuar Zaini Koridor Utara tu je yang keluar kat tv. Annuar pun satu, ajaklah Dato' Kali, Dato' Hishamuddin Oan, Dato' Manja bercakap di TV Bernbama. Lagi pun, takkan punya banyak stesen TV, satu stesen pun tak minat kat mereka langsung. Agaknya, stesen TV dah tau mereka ni hanya layak pergi karaoke saja. Kalau pimpinan media tak dihormati, apa nak jadi. Takkan nak tunggu orang halau. Sendiri Kena Ingatlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr ZZ,

Apabila memperkatakan peneraju media ketika ini, elok juga kita meneliti arahan Menteri Penerangan yang baru.

Menteri mahu semua majlis penyampaian hadiah atau penghargaan hiburan diberikan kepada orang hiburan dan tidak payah membabitkan beliau. Alasannya ialah Presiden Amerika Syarikat pun tidak pernah memberi anugerah di Majlis Penyampaian Anugerah Oscar. Amacam?

Peneraju media sering juga diketengahkan dalam media. Mungkin saudara tidak perasan kot. Kebetulan mungkin saudara selalu tengok Anuar Zaini yang keluar tv kot. Takpelah, selagi orang suka kat kita oklah, apabila orang sudah menyampah nanti tutup je tv tu. Bercakap kat studio jelah.