Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bersedia untuk bertanding dengan sesiapa saja dalam pemilihan parti pada Disember tahun ini.
Beliau tidak akan lari dan sanggup menghadapi sesiapa saja.
Kenyataan itu dibuat dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, petang tadi.
Perkara ini dilaporkan oleh RTM dan TV3 dalam siaran berita jam 8 malam.
Ini baru anak jantan yang sanggup bertanding dan bersedia menerima risikonya.
Sudah pasti, Ahli Parlimen Guag Musang, Tengku Razalegih Hamzah, yang menawarkan diri untuk bertanding Presiden UMNO akan teruja dengan kenyataan Pak Lah kerana hasratnya untuk bertanding kini mampu terlaksana.
Namun, apakah hasrat itu tidak kesampaian berikutan jumlah pencalonan yang tidak mencukupi?
Saya yakin pemimpin dan ahli UMNO tidaklah sebodoh itu dan tahu apa yang hendak dilakukan ketika ini.
Umpamanya kenyataan berani Datuk Noraini Ahmad (Ketua Puteri) dan Datuk Mohamad Hassan (MB N9)yang mahu pemilihan diadakan tahun ini sedangkan ramai pihak yang berpendapat ia perlu ditangguhkan, menunjukkan masih ada pemimpin Melayu yang mampu menyuarakan apa yang terbaik untuk bangsa dan agamanya.
Melayu mesti berani bersuara.
Thursday, March 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa yang dapat saya lihat banyak yang lebih berani membodek.lebih malang lagi ada jua yang lebih berani menjadi lalang.kenapa semua ahli dari peringkat kanan kiri belakang depan tak berani memberanikan diri meluahkan isi hati yang lama terpendam dalam benak fikiran.jikalau UMNO nak meneruskan hayat sehingga seribu tahun coraklah pemikiran setiap warga UMNO dengan pelbagai warna warni.
hmmm...rasanya pak rimau oiii mereka ini dari zaman tak bersunat asyik nak kemaruk main masak-masak kot iyer.
jangan main masak-masak.lihatlah dengan semasak-masaknya.
Sdr Awang,
Kalau hendak menjadi pemimpin Melayu, mesti berani dan bukannya pengecut serta menjadi pak turut.
Saya setuju dengan saudara bahawa pemimpin yang suka mengampu tidak tentu hala ialah pemimpin yang belum bersunat dan hanya layak bermain masak-masak saja.
Namun, ada juga pemimpin yang dewasa tetapi masih mahu main masak-masak. Yang ini, tidak payahlah hendak memimpin, seperti kata orang Negeri 9, "habiskan boreh ajo".
Sesebuah parti ibarat wang gambar. Kalau ceritanya baik, sampai bila pun orang akan kata ceritanya baik.Cerita P Ramlee, hingga sekarang pun orang katga ceritanya baik walaupun yang bercakap itu generasi yang berbeza. Malangnya, UMNO dulu orang kata begitu baik kerana ada perjuangan, tetapi hari ini pandangan orang sudah berbeza. Cerita mengenai UMNO sudah begitu buruk sekali. Amat malang jika persepsi buruk terhadap sikap pemimpin UMNO akan terus menebal. UMNO kwena uruskan soal rasuah secara serius jika mahu memulihkan UMNO. Jangan main-maibn kerana rakya serius mahu melihat isu rasuah menjadi prioriti mereka. Tetapi, jika pemimpin UMNO sendiri enggan mengambil tindakan apatah jika mereka sendiri menjadi salah seorang daripada yang didakwa dan ditutuh, ia amatlah malang bagi UMNO sebab rakyat akan menolak mereka dan parti itu. Kronisme pula sukar diatasi. Rakyat boleh memaafkann ya jika ia berlaku. Tetapi, jika hendak bagi pada seseorang itu biarlah berpada-ada janganlah seperti sekarang, lepas dia, dia yang dapat, lepas dia, dia lagi dan seterusnya. Apatah lagi jika dia yang dimaksudkan itu ada pertalian darah dan saudara pula. Ini tak boleh ditererima. PKR, Pas dan DAP juga tidak boleh lari daripada masalah ini. Tapi, jika berpada-pada, ia boleh dimaafkan. Janganlah seperti sekarang yang mereka yang dituduh mengamalkan rasuah dan krorinsme, buat muka sardin saja, seolah-olah tak ada yang berlaku. Ini nasiohart ikhlas. Rakyat pun dok kata enough is enough. Pak Tiger, sila komen sikit. I nak temngok komen you...Komen yang tak Komen.
Post a Comment