Friday, March 21, 2008

MELAYU MAHU BERSATU?

Keputusan PRU12 sudah pasti mengejutkan semua pihak, parti kerajaan atau pembangkang. Bagi UMNO, keputusan itu memaparkan ada kalangan bangsa Melayu yang sebelum ini menyokong mereka, sudah beralih angin. Bagi PKR dan PAS, mereka meraih keuntungan daripada rasa kurang senang bangsa Melayu kepada UMNO.

Hakikatnya, PRU12 telah memecahkan bangsa Melayu kepada dua pihak, yang menyokong UMNO dan yang menyokong PKR dan PAS. Hanya segelintir yang menyokong DAP terutama di Pulau Pinang tetapi perkembangan ini amat membimbangkan pemimpin Melayu yang kurang memahami mengapa bangsa Melayu mula menyokong parti yang sentiasa memainkan sentimen perkauman. Pada PRU12 baru-baru ini, DAP memainkan slogan "memberi undi kepada BN akan memperkuatkan bangsa Melayu". Mereka tidak mahu Melayu jadi kuat. Betul ke?

DAP juga memperlekehkan MCA dan Gerakan dengan menggelarkan mereka "budak suruhan UMNO". Tidak hairanlah bangsa Cina menolak MCA dan Gerakan di banyak tempat. Istilah "budak suruhan" memberikan konotasi negatif kepada kaum Cina.

Kejayaan parti pembangkang menguasai lima negeri itu menyebabkan kini ada suara-suara yang ingin menidakkan segala dasar yang membantu orang miskin terutama Melayu. Sebagai contoh "semangat DEB" yang ingin dikurangkan oleh DAP di Pulau Pinang.

Kini orang Melayu termenung memikirkan nasib mereka yang ditentukan oleh pemerintah diterajui oleh DAP di Pulau Pinang. Jika ini boleh berlaku di PP, tidak mustahil perkara itu akan dilaksanakan di semua negeri termasuk Selangor. MB Selangor (DEB poster boy) yang pernah mendapat faedah daripada DEB ingin mengetepikan semangat itu. Entah apa yang difikirkannya, hanya tuhan saja yang tahu.

Semalam, 25 NGO Melayu ingin bersatu untuk memperjuangkan nasib mereka. Objektif Badan Bertindak Perpaduan Melayu adalah sebagai suara bangsa Melayu.

Apa nak jadi ni?

4 comments:

Anonymous said...

Sdra Dato,

Badan Bertindak tu ditaja olek YKSM, anak buah Umno. Mereka guna nama Badan Bertindak untuk tidak dikesan sebagai ini adalah inisiatif Umno. Ngapa tak pakai nama Umno saje? Mungkinkah kerana nama Umno tu dah tak berapa laku dan sudah ditolak oleh pengundi Melayu? salam

Fi..

Anonymous said...

Saudara Tiger,

Kena terima kenyataan, orang melayu pulau pinang tolak umno pasal mereka sangat kecewa dengan UMNO Pulau Pinang. Dimana mereka(UMNO PP) masa rumah orang melayu dibuka di Tanjung Tokong? Takkan Gerakan nak gi sibuk.Orang Melayu di sana tak rasa langsung manfaat DEB. UMNO kena muhasabah diri sendiri. Bukan salah DAP, PAS atau PKR. Tuan boleh tanya mereka sendiri. Jangan suka salahkan orang.

Anonymous said...

Tuan
Nampaknya tuan masih lagi berfikiran 'Melayu' kononnya. Kita bukan lagi rakyat Melayu sahaja kita adalah rakyat Malaysia. Pemikiran macam tuan inilah yang membawa kehancuran kepada kesejahteraan Malaysia.

Mohd Nasib
Shah Alam

Blow d' whistle said...

i say you're one of a kind journalist in ZAM era's... which i thought 'outdated'

please 'UPDATE' yourself with the new 'MALAY'

we love being Malay... but we also dont want to discriminate other races... my father used to say in the past" tiap Cina kat Malaysia ni ade mimpi nak perintah Malaysia"

but that was 19 years ago, last 2 weeks my father said "kita mesti tolong undi DAP tahun ni...pasal kawasan Bukit Katil orang Cina banyak nak undi PKR"

ok... my father have changed... so what???

people DO 'CHANGE' their direction for the better....