Sunday, March 23, 2008

MELAYU MESTI HORMATI RAJA

Bangsa Melayu yang budiman akan menghormati Raja.

Raja yang budiman akan dihormati oleh bangsa Melayu.

Belajarlah daripada sejarah peristiwa Hang Jebat menderhaka kepada Raja.

Belajarlah daripada kebijaksanaan Bendahara Melaka "menyorokkan" Hang Tuah.

Bangsa Melayu ada peradaban dan tatasusilanya.

Jangan jadi bangsa yang biadap dan kurang ajar.

Hanya Raja zalim disanggah.

Saya amat memahaminya. Asal usul keturunan saya dari Johor dan ramai saudara mara masih di Ledang. Saya keturunan Laksamana Bentan atau Megat Seri Rama. Sejarah pahit bangsa Melayu menyaksikan Sultan Mahmud II (1685 - 1699)mangkat dijulang.

6 comments:

Anonymous said...

jangan derhaka nanti kena tulah macam al-maunah.derih cakap itu hari terima qada dan qadar.sekarang lain pula.jangan munafik.

Anonymous said...

Datuk,
Saya sekarang sedang menghimpun maklumat tentang Laksamana Megat Seri Rama (Laksamana Bentan)untuk dijadikan skrip filem 'Sultan Mahmud Mangkat DiJulang - konspirasi lima penjuru' (working title)bakal dibawa pada FINAS; boleh lah kita berjumpa untuk bertukar pandangan.

Wah hebat Datuk, patutlah digelar 'Tiger'.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Bangsa Melayu tidak pernah menderhaka kepada Raja.

Yang menderhaka bukan orang Melayu.

Fikirlah masak-masak.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Saya bersembang dengan pakar sejarah dan bangsa Melayu, Datuk Dr Malik Munip, petang tadi.

Beliau berkata ada seorang pengkaji yang mengatakan "insiden" menderhaka Laksamana Bentan itu tidak wujud tetapi diadakan untuk mengetepikan Raja yang dilihat "sudah hilang arah". Betul ke? Maka diada-adakan cerita itu.

Pemerhatian dan penyelidikan pengkaji itu di seluruh Asia Tenggara memaparkan bangsa Melayu amat budiman dan tidak pernah menderhaka kepada Raja berbanding bangsa lain yang mempunyai institusi raja.

Cerita asal keturunan Laksamana Bentan ini diberitahu oleh arwah Pak Ngah saya. Itupun beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. Saya tidak terus menyelidikinya. Cuma dipendam dalam hati saja. Baru ini je diluahkan kerana isu membabitkan Raja.

Apapun, teruskan kajian Saudara.

rams609 said...

Sorila brader...Ini 2008. Please wake up.We don't need malays like HangTuah, tukang bodek membabi buta. But we need Hang Jebat, with whom truth prevails. Tak perlu tukang bodek lagi di zaman modern ini....Keturunan Laksamana ke, laksa sarawak ke, laksa johorke tak main daah...

Anonymous said...

Anak itik terkedek-kedek
Ibu ayam tersipu malu
Kalau penasihat semua kaki bodek
Sultan yang adil pun dipukul dipalu