Tuesday, April 3, 2007

IKLAN DAN TANGGUNGJAWAB MORAL


(Iklan orang ke? Siapa ni? Lukisan oleh Iyra)

Ketika memandu terpandang perkataan "SENTIASA PENUH" di badan bas. Namun, di dalam bas hanya ada dua penumpang. Perlahankan kenderaan, barulah terlihat iklan kad TnGo dan bank yang menawarkan perkhidmatan tertentu di belakang bas. Hanya iklan...

Sebut iklan, teringat tindakan kanak-kanak 14 tahun di [ New Zealand ] yang menyaman syarikat pengeluar minuman kerana iklan membabitkan sejenis vitamin. Kanak-kanak itu mendakwa hasil kajiannya minuman berkenaan tidak mempunyai vitamin seperti yang diiklankan.

Iklan terbaru di radio ketika ini ialah mengenai seorang pekerja "menipu" bosnya yang menyatakan isteri dan anaknya sakit semata-mata ingin membeli-belah di sebuah pasaraya besar. Apabila bos itu bersetuju membenarkannya bercuti, maka kedengaran suara kanak-kanak menjerit kegembiraan kerana dapat pergi ke pasaraya besar itu.

Pengiklan perlu memastikan mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk tidak membuat iklan sebegini. Pemilik radio juga perlu menentukan pengiklan tidak memberikan iklan seumpama itu. Ini kerana ia akan mengambarkan seolah-olah "menipu" sakit untuk pergi membeli-belah adalah tindakan yang betul. Jangan menipu....

2 comments:

rn said...

Iklan yang sungguh menjengkelkan. Dah habis kreatif lah tu apabila perkara-perkara yang menjijikkan dan langsung tidak produktif jadi bahan lawak.

Apap pun, saya dah minta cashier berkopiah putih di Mahbob supaya tersenyum. ternyata senyumannya begitu MANIS...siapa gelak panjang lagi. hehee

ibrahim yahaya said...

Sdr RN,

tahniah kerana berjaya membuat cashier berkopiah putih itu tersenyum dan gelak panjang.

Mahbub patut ambil u jadi image consultant macam kat rtm tu.