Thursday, April 26, 2007

RAMLI SIMBOK KERJA KERAS



Ketua Pemuda Umno Puchong, Ramli Simbok, adalah antara golongan pemuda yang bekerja keras untuk memastikan calon BN, K Parthiban, menang dalam Pilihanraya Kecil Ijok pada 28 April ini. Baginya, segala tuduhan dan tohmahan pembangkang perlu diperbetulkan dan maklumat itu perlu disampaikan kepada penduduk setempat terutama pengundi. Membuat tuduhan atau tohmahan memang mudah tetapi kesan jangkapanjang perlulah dilihat terutama kepada generasi muda di Ijok. Adakalanya tuduhan yang tidak betul boleh menyebabkan sesuatu yang tidak diingini boleh berlaku.

Menceritakan pengalaman bapa saudaranya yang taksub dengan parti pembangkang. Satu hari selepas menghadiri majlis ceramah UMNO, bapa saudaranya beberapa kali bertanya kepadanya: "Memang begini ke ceramah UMNO?" Mengapa pak? "Aku tengok tiada maki hamun dan caci-cerca" Macam inilah selama kita berkempen dan beri ceramah. "Ini berbeza dengan ceramah yang diberikan oleh kita orang" Beberapa minggu selepas kejadian itu, bapa saudaranya menyertai UMNO. Bapa saudaranya bergerak aktif dalam parti.

7 comments:

Anonymous said...

encik ibrahim yang saya hormati,
kebenaran bukan sahaja perlu dilihat, tetapi perlu dirasai dengan hati.

dari pemahaman saya, encik sungguh mengkagmi parti pemerintah, tetapi jagan sekali kali menolak kebenaran.

kenapa encik tidak mewah,tetapi ramai sekali wakil rakyat kerajaan kaya raya?

sepatutnya mereka bekerja untuk kita, tetapi sebaliknya.

mereka membeli undang undang,mereka secara terang terangan menggunakan jentera kerajaan.

sepatutnya kita malu dengan pemimpin yang kita ada sekarang ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr tidak bernama,

Saya memilih menjadi wartawan sejak di bangku sekolah lagi. Sehinggalah sekarang saya masih menulis...

Sebagai seorang wartawan saya mempunyai prinsip sendiri. Prinsip ini saya pegang ketika berkhidmat di DBP, BH, TV3, BP dan RTM.

Saya mengekalkan kehidupan yang mengikut kemampuan. Berusaha mendapatkan rezeki halal. Adakala bajet tersasar. Yang tahu, saya dan tuhan. Lumrah kehidupan. Berhutang kerana kekurangan wang. Antaranya untuk membeli rumah dan kereta.

Saya tidak bercadang menjadi wakil rakyat atau pemimpin politik. Tetapi jika ditakdirkan tuhan saya menjadi pemimpin atau wakil rakyat, saya berdoa sentiasa dipelihara untuk melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.

Saya menulis daripada pemerhatian dan perbualan dengan subjek. Saya elakkan fitnah dan pembohongan. Tulisan untuk dijadikan teladan dan sempadan. Jauh sekali untuk memburuk-burukkan orang.

Biarkan orang membuat tuduhan dan tohmahan. Allah SWT maha mengetahui dan menentukan segalanya.

Jangan biarkan Allah SWT memalukan kita kerana kelalaian dan keangkuhan selama ini. Manusia tidak terlepas daripada balasan tuhan. Masanya akan tiba. Cuma manusia tidak tahu bila dan bagaimana.

Anonymous said...

Sdr,kisah Ramli Simbuk antara 1001 kisah dalam Umno.Kalau kerja keras masa p-raya memang lumrah politik.Lepas p-raya jumpa kat warungpun tak kenal.Ubah
lah perangai.Zanan memuja pemimpin dah berakhir.Rakyat kini arif..jenguklah mereka setiap masa.Mereka memilih anda bukan nak lihat kekayaan,keangkuhan anda.Ingatlah 'undi' mereka berikan.Kalau lepas p-raya nak jumpapun susah..forget it..-yunusalias.

ibrahim yahaya said...

Sdr Yunus,

Saya setuju kita menolak pemimpin yang angkuh dan tidak kenal pengundi selepas pilihanraya.

Anonymous said...

Sdr Ibrahim,salam saya buat Cikgu Parthiban.Syabas.Sanggup harungi banjir (Lihat ms7 BH hari ini).Harap boleh jumpa Cikgu Parthiban lepas p-raya nanti-yunusalias 019-3895339.

ibrahim yahaya said...

Sdr Yunus,

Kalau dah biasa harungi banjir, sudah pasti tiada masalah untuk melakukannya pada masa akan datang.

Harap saudara berjaya berjumpa dengan Cikgu Parthiban. Nak buat story pasal dia ke?

Anonymous said...

Manusia bermacam ragam..., mudah-mudahan semangat perjuangan dapat di teruskan...,