Tuesday, April 17, 2007

SURAT TERBUKA UNTUK EDDIE

Kehadapan yang dihormati Eddie @ Suhaimi Sulaiman.

Terlebih dahulu saya berdoa kepada Allah SWT agar Eddie sentiasa sihat walafiat dan mendapat perlindungan daripadaNYA sepanjang masa. Saya juga berdoa agar Eddie dilimpahi lebih banyak rezeki halal pada hari-hari mendatang.

Saya amat terharu (hairan pun ada) dan hampir menitiskan air mata (hampir ya...belum jatuh lagi)apabila mengetahui saudara mencalonkan saya untuk satu anugerah yang dipanggil Thinking Blogger Award.

Ini kerana pencalonan saudara itu adalah satu PENGIKTIRAFAN kepada sumbangan saya dalam dunia blogger sejak Februari lalu.

Sebagai orang baru, saya rasa belum layak untuk menerima anugerah berkenaan sehinggalah berjaya mencetuskan idea dan pandangan bernas dalam tahun-tahun akan datang.

Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri, saya menolak pencalonan saudara untuk anugerah itu bagi memberi laluan kepada blogger yang telah banyak memberi sumbangan kepada pemikiran kreatif rakyat Malaysia.

Yang Benar,

Ibrahim Yahaya

2 comments:

suhaimi sulaiman said...

Dear Datuk Tiger,

Baru atau lama bukan soalnya.

Yang penting, mesej yang mengajak orang berfikir.

Cheers.

ibrahim yahaya said...

Sdr Eddie,

Saudara adalah antara contoh blogger yang banyak menulis untuk mengajak orang berfikir.

Ini perlu dicontohi oleh blogger-blogger baru.

Setelah membaca blog Saudaralah mendorong saya untuk membuka blog sendiri.

Tq again.