Friday, July 27, 2007

PRU12: RAMALAN TOK NUJUM (10)

Seorang teman memberi pandangan mengenai pilihanraya. Baginya kerajaan tidak perlu mengadakan PRU12 tahun ini. "Nak buat apa tahun ini. Semuanya berjalan baik. Mengapa perlu dipercepatkan? Aku rasa yang hendak pilihanraya cepat ni pembangkang. Kerajaan tidak perlu mengikut rentak mereka. Selain itu, bakal calon. Sabaqlah. Apabila sampai masanya jadilah calon, tahun ini ka, tahun depan. Samalaa."

Ditanya apakah yang dimaksudkan "semuanya berjalan baik", beliau berkata, "Yelah negara kita ini berjalan dengan baik. Tiada huru-hara dan rakyat hidup macam biasa. Kerajaan perlu menunaikan janji PRU yang dulu. Jangan sibuk nak buat pilihanraya. Apa yang nak diharu-birukan mengenai tarikh. Heboh pasai tarikh. Nak buat Ogos la, November la. Bagi aku cukupkan je tempoh sah pemerintahan BN? Takyah kalut-kalut."

Dilihat daripada satu segi mungkin ada kebenarannya. Tetapi kerajaan sudah pasti perlu melihat daripada pelbagai segi. Tarikh pilihanraya kena sesuai dengan semua keadaaan. Jika tidak betul maka ada kemungkinan BN akan kehilangan banyak kerusi terutama di kawasan majoriti pengundi Cina. Cubalah lihat bagaimana DAP menguasai 24 kerusi Parlimen pada satu ketika kerana masalah kemelesetan ekonomi. Cuba lihat bagaimana PAS memperolehi kerusi yang banyak apabila dibantu oleh Parti Semangat 46 (S46), ketika itu pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Oleh itu, ketika "zaman baik" inilah waktu paling tepat untuk mengadakan pilihanraya. Selepas memenangi PRU12, kerajasan sekarang boleh meneruskan saja rancangan untuk membangunkan negara dan membela rakyat. Tiada sebarang masalah.

Timbalan Presiden UMNO berpendapat PRU12 akan diadakan tahun depan. Dua naib presiden UMNO pula berpendapat ia akan diadakan pada masa terdekat. Pembangkang juga yakin PRU12 akan diadakan pada tahun ini. Kuli, yang ramai pihak (terutama penulis blog) berpendapat seharusnya diberikan peranan penting dalam kerajaan akan datang, pula berpendapat PRU12 akan diadakan pada Februari 2008. Hakikatnya, setiap pemimpin UMNO dan juga pembangkang mempunyai alasan mereka tersendiri mengenai tarikh PRU12.

Namun, baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang teman bahawa seorang pemimpin veteran UMNO berpendapat PRU12 akan diadakan tahun ini. Alasannya ialah jika diadakan tahun hadapan maka ibarat "sudah basilah". Apakah dengan mengadakan PRU12 pada tahun depan maka "semua" yang dibuat sekarang akan "basi" atau tidak berguna lagi. Apakah semangat berkobar-kobar sekarang, sama ada kerajaan atau pembangkang untuk mengadakan PRU12, perlu diambil kira? Apakah "suasana baik" sekarang perlu digunakan sebaik mungkin bagi mengadakan PRU12? Siapa hendak menjawabnya?

2 comments:

Suara Perindu said...

Sdr Tiger,

Tokrimau tak mahu jadi nujum ke? Buat ramalan tarikh pilihanraya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Belum dapat ilham lagi.

Tunggu ya, nanti saya buat sidang akhbar....