Ketika ini, gerakan pembaharuan untuk "memperbetulkan" apa yang dikatakan tambahan dalam amalan kita sekarang sedang dilaksanakan. Gerakan di negeri utara Semenanjung ini termasuk mentiadakan doa oleh imam selepas sembahyang jemaah di masjid dan juga mentiadakan pembacaan talkin ketika pengkebumian. Doa dibaca oleh individu saja.
Jika anda mempunyai pandangan atau sesuatu yang hendak diperkatakan mengenai perkara itu yang mungkin sudah diketahui atau difahami, silalah tinggalkan pandangan atau cadangan tertentu mengenai gerakan pembaharuan atau pembetulan ini. Pandangan tokoh agama dan pelajar Malaysia di luar negara terutama dari Timur Tengah amat dialu-alukan demi kepentingan kita bersama.
Bagi sesetengah pihak, gerakan ini dikatakan menimbulkan pertanyaan apakah selama ini apa yang kita lakukan tidak betul atau satu tambahan yang tidak digalakkan. Itu persoalannya? Bagaimana pula pandangan pihak berkuasa tempatan?
Friday, November 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Sdr Ibrahim Yahya:
Sebelum saya memberi komen, boleh saya tahu kenapa di sebut utara. Kenapa tidak di barat, timur atau selatan. Utara yang dimaksudkan itu adakah negeri perlis?
Post a Comment