Monday, December 3, 2007

KURSUS PILIHAN RAYA UNTUK MEDIA

Malaysian Press Institute (MPI) akan mengadakan kursus pilihan raya untuk media di Auditorium Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, esok mulai jam 8.30 pagi.

Penceramah sesi pertama ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyampaikan ceramah bertajuk, "Memahami Perjalanan dan Proses Pilihan Raya Umum di Malaysia". Ia dipengerusikan oleh CEO MPI, Datuk Chamil Wariya.

Sesi kedua bertajuk, "Liputan Pilihan Raya : Etika Kewartawanan" akan disertai oleh tiga penceramah iaitu Pensyarah Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM,Profesor Dr Mohd Safar Hasim; Pengarang Eksekutif BH, Mahfar Ali dan Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf, Haji Abdul Jalil Ali. Ia dipengerusikan oleh Pengurus Besar Bernama, Datuk Azman Ujang.

Sesi ketiga bertajuk, "Meliputi Pilihan Raya : Berkongsi Pengalaman" akan disertai oleh Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman; Bekas Perunding Media RTM dan Editor TV3, Datuk Ibrahim Yahaya dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Abdul Aziz Ishak. Ia dipengerusikan oleh Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

1 comment:

Suhana said...

alamak, terlepaslah. memang berminat hendak join sekali. alahaiiii :(



www.jendelaku.com