Friday, March 28, 2008

BERI CD PENGARUHI PENGUNDI

Tengah hari tadi, saya dapat menyaksikan gerai yang menjual CD ucapan pemimpin PKR dan PAS di luar masjid di Bangsar dikerumuni ramai orang.

Mereka menyaksikan tayangan video ucapan pemimpin itu pada PRU12 lalu yang dipasang oleh pemilik gerai berkenaan. Apatah lagi ucapan berapi-api dan diselang-seli dengan jenaka. Masih ada yang tertarik lagi walaupun pilihan raya sudah habis?

Salah satu medium yang membantu kejayaan PKR dan PAS pada PRU12 ialah penggunaan CD untuk mempengaruhi pengundi terutama yang di atas pagar. Usaha itu seperti tindakan menjatuhkan Shah Iran oleh Ayatullah Khomeini satu masa lalu.

Antara CD yang diedarkan ialah "Amanat Tun Dr Mahathir - bekas Perdana Menteri Malaysia", "InsyaAllah Tawan Malaysia" dan "Malam Kita Menang, Esok Minyak Turun".

Apakah UMNO akan mengedarkan CD pada pilihanraya akan datang untuk memberi penerangan kepada pengundi? Bagaimana Ketua Penerangan UMNO?

5 comments:

Unknown said...

Dato'
UMNO dan BN menguasai semua media perdana di bumi Malaysia.
Dato' dari media perdana, jadi tentu faham dan sama-sama memainkan peranan dalam menyebarkan propaganda, manipulasi berita termasuk pembohongan perdana setiap hari.
Rakyat telah muak dengan segala yang disiarkan oleh media perdana dan pembangkang (maksudnya PKR, PAS, DAP yang kini jadi kerajaan di 5 negeri) termasuk membuat strategi menyebarkan maklumat melalui Internet dan CD.
Pembangkang juga disekat dari membuat ceramah dan UMNO/BN hari-hari membuat dakyah di media perdana!

Bring the crooks to book!

http://1426.blogspot.com/2008/03/malaysia-book-of-crooks.html

Anonymous said...

Sdra,

Umno tak perlu gunakan CD. Media perdana dari media cetak termasuk elektronok berebut-berebut nak tunjuk sokongan membabi buta mereka, Dalam pilihan raya lalu TV menonjolkan kesemua pembangunan di semua negeri sebaliknya menunjukkan rumah-rumah usang di kelantan.

Kalau sebelum PRU12, memalui rancangan bersmamu banyak pulak kemiskinan di negeri yg berwakilrakyatkan BN, tetiba hilang masa kempen PRU.

Wartawan media perdana tak sempat tunggu ayam berkokok untuk mengekori pemimpin BN bagi menonjolkan`kehebatan` mereka dan kalau ada peluang akan menonjolkan kelemahan pembangkang,

Slogan media perdana, sembunyikan walau sebesar mana sekalipun kelemahan dan kecacatan BN ( perbesarkan kebaikan mereka sekalipun asalnya sbesar kuman ) dan dedahkan sebesar mungkin kelebihan pembangkang dan tutup serapat-rapatnya kebaikan mereka.

Tak cukup dengan liputan melaus untuk BN, media itu menutup pula iklan yg hendak dibuat BA. Tengok...nak bayarpun tak boleh lagi, sedangkan selama ini begitu lahap mencari iklan.

Justeru, menggunakan CD salah satu cara mereka yg tidak menyalahi peraturan.

Apa,,saudara nak tambahkan lagi halangan kepada pembangkang? Kalau saudara demokratis berikan komen membina bagaimana membentuk pembangkang yg saudara mahukan.

T,Kasih
Adnan M

ibrahim yahaya said...

Sdr Fudzail dan Adnan M,

Oleh kerana UMNO mendapat liputan meluas oleh media perdana, mereka terlupa bahawa penyebaran CD juga adalah langkah terbaik untuk mempengaruhi pengundi terutama di atas pagar.

Ini kerana bahan dalam CD boleh diulang tonton beberapa kali seperti yang dikehendaki oleh penonton. Jika mereka tidak faham, mereka boleh menontonnya lagi. Mereka juga boleh menontonnya bersama keluarga, saudara-mara atau kenalan. Akhirnya, ramailah yang akan faham dan terpengaruh dengan apa yang ingin disebarkan dalam CD itu.

Oleh itu, UMNO perlu juga mengeluarkan CD pada masa akan datang selain daripada liputan meluas oleh media perdana.

Anonymous said...

soal terpengaruh bukan lagi faktor untuk para pengundi pada sudut pandangan saya.saya bagi contoh diri saya sendiri.saya langsung tak berminat nak mendapatkan membeli cd2 tersebut kerana di youtube belambak dah ada.
selain itu soal muak dan mual dah berlingkar dalam kepala masyarakat khususnya masyarakat yang berusia sekitar 28tahun sehingga berumur 40tahun.jikalau mereka tak membeli cd serta menonton ceramah dari pihak pembangkang pun mereka tahu keadaan yang jelas melanda wahai pak rimau.
jelasnya kerana mereka merasai keperitan itu sendiri dan mereka menilai sendiri.contoh terbaik ialah saya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya amat simpati dengan keperitan saudara walaupun tidak tahu setakat mana kesakitan itu.

Namun, kita harus meneruskan kehidupan ini walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Kita perbaikilah dari hari ke hari. Mungkin hari ini kita dapat RM10 tetapi dengan kerja keras sikit, kita dapat RM20 keesokan hari dan RM30 pada hari ketiga. Kita janganlah pula berputus asa dan menyerahkan diri kepada nasib.

Saya telah mengharungi keperitan ini sejak dulu lagi, bukan sekarang saja. Ada jawatan, semua kawan. Tiada jawatan, semua jalan. Tetapi saya tetap meneruskan kehidupan ini tanpa menyalahkan keadaan atau sesiapa. Ketika kita susah, tiada siapa yang akan mendekati atau ingin membantu. Tetapi apabila kita senang, semua akan mengaku saudara atau kenalan. Dunia memang begini.

Ketika tiada kerja atau jawatan, seorang pun kawan tidak akan menelefon. Alasan mereka ialah sibuk. Sebenarnya mereka takut kita minta kerja dengan mereka. Hendak menjawab panggilan kita pun, mereka takut. Apa ni?
Takut-takutlah jika mahu minta kerja ke, minta projek ke atau minta bantuan. Bulan lalu, saya pernah diminta oleh seorang rakan yang kesempitan hidup. Saya menasihati beliau meminta daripada rakan yang sudah senang. Jawapannya ialah "rakan yang sudah senang" pun tidak mahu tolong dia. Rakan senang itu kata dia pun banyak masalah. Dunia memang macam ini. Golongan ini akan sedar apabila mereka tiada kerja atau jawatan. Ketika itu, barulah mereka tahu. Atau tidak sedar?