Friday, March 7, 2008

JANGAN MAIN MASAK-MASAK, TETAPI.....

Istilah "main masak-masak" yang digunakan oleh kanak-kanak di luar bandar ialah bermain dengan rakan-rakan untuk "memasak" menggunakan segala perkara yang boleh digunakan.

Mereka mungkin menggunakan periuk atau pinggan buruk untuk "memasak" (tidak membabitkan api) dan memetik daun pokok untuk dibuat sayur. Adakalanya mereka juga memasak bahan berwarna seperti lego yang dimasukkan ke dalam kuali atau periuk.

Dewasa ini mungkin "main masak-masak" seumpama itu sudah tiada lagi. Ia digunakan dengan periuk atau pinggan plastik mainan yang banyak dijual di pasaran. Jika hendak murah, pengguna boleh membeli keluaran Cina yang berharga antara RM1.50 hingga RM15.00. Tengoklah poket sendiri.

Semalam Perdana Menteri meminta rakyat memikirkan masak-masak dalam menentukan parti pilihan mereka. Bagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah tentulah beliau mahu pengundi memilih Barisan Nasional yang diterajuinya.

Oleh itu, fikir "masak-masak" dan jangan "main masak-masak".

Apabila main masak-masak pun janganlah pula membabitkan api, nanti terbakar susah pula dibuatnya.

Selalunya jika kita membuat keputusan ketika marah, keputusan itu akan merugikan kita. Bertenang dan fikirlah masak-masak.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum. alhamdulillah ternyata pesanan Pak Lah supaya rakyat berfkir masak-masak sebelum mengundi telah menjadi kenyataan. apa yang pasti rakayat telah matang berfikir dan tidak bercelaru untuk berfikir secara rasional untuk tidak
main masak-masak sperti yang telah disebutkan oleh paklah. ini juga membuktikan masyrakat bandar mampu menerima barisan alternatif seperti kata dr agus bahawa anwar masih relevan.