Saturday, March 22, 2008

NAJIB SOKONG PAKLAH

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, ahli UMNO perlu memberikan komitmen jitu membantu Presiden UMNO untuk memulih semula dan memantapkan parti untuk kejayaan masa depan.

Perkara ini dilaporkan oleh Warta Negeri RTM jam 5 petang sebentar tadi.

Penyataan sokongan ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai amat bermakna berikutan pelbagai perkembangan terbaru dalam UMNO termasuk kesediaan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

Alamak beb, takkan cerita Najib sokong Pak Lah jadi bahan lu beb. Dalam kewartawanan kalau anjing gigit orang bukan berita beb. Tou tau kan. Najib sokong Pak Lah, tak ada nilai berita lah beb. Tapi, kalau Najib sokong Ku Li, barulah berita beb. Tolonglah beb,jangan insult kita orang punya intelektual lah beb.

Anonymous said...

Betullah kat si Anon tu. Kalau setakat cerita sokong menyokong ni tak payah tulis lah. Ini semua cerita periuk nasi. Cari berita yang boleh bagi kita orang orang kat ateh tu dok rasa selesa tapi sebetulnya bontot paneh.

Blow d' whistle said...

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh sokong aku pertahan
dlm hati tuhan je yg tahu