Thursday, April 19, 2007

REZEKI TERSIMPAN PERLU DICARI....

Mengapa orang kaya digalakkan menderma dan bersedekah? Selain pembersihan rezeki, ia juga untuk membolehkan golongan susah turut merasai nikmat kemakmuran negara.

Tidak mahu membincangkan punca mereka susah. Mungkin disebabkan pelbagai faktor. Hanya mereka yang tahu. Namun yang penting ialah tindakan susulan orang kaya setelah mengecapi kesenangan. Setelah mendapat limpahan rezeki.

Adakah orang kaya makan seorang atau berkongsi?

Sebenarnya, setiap orang mempunyai rezeki tersimpan atau tersembunyi. Menderma atau bersedekah adalah satu KUNCI untuk membuka KOTAK rezeki yang tersimpan. Ini selalu dikatakan orang jika kita banyak memberi, kita akan ditambahkan rezeki.

Bagi yang tidak mahu berkongsi, maka rezeki itu akan berada di tahap itu saja. Tidak berkembang dan mungkin tiada lagi.

Oleh itu, derma atau sedekah itulah kunci kepada rezeki KITA yang tersimpan atau tersembunyi. Ia mungkin di atas langit atau di dalam bumi. Tidak percaya, cubalah gunakan kunci itu selalu. Tidak kira kecil atau besar. Sudah tentu menjumpai lebih banyak kotak rezeki.

3 comments:

Anonymous said...

Orang yang bersedekah dengan ikhlas diberi ganjaran segera oleh Allah s.w.t. iaitu ketenangan dan rasa bahagia di hati kerana dapat menggembirakan orang lain dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban sesama manusia. Tak perlu menunggu sudah menjadi kaya atau hanya jika ada rezeki lebih baru hendak bersedekah. Pernah saya ditanya ...apakah yang dapat dilakukan untuk membalas sumbangan kecil saya. Jawab saya....bantu dan tolonglah orang lain pula lain kali sekiranya anda boleh. belum ada manusia jatuh miskin kerana bersedekah. Wassalam

ibrahim yahaya said...

Sdr RN,

Ada manusia yang berfikir apabila bersedekah, maka harta atau wang mereka akan menjadi susut.

Apabila susut, secara perbandingan mereka merasakan "kurang kaya" berbanding rakan lain.

Mereka tidak memahami bersedekah itu ibarat menabur baja kepada kekayaaan. Lagi banyak ditabur baja, lagi subur kekayaan itu.

Anonymous said...

Datuk,

Kadang kala perkataan BERSEDEKAH itu sendiri kurang menyelesakan saya. Ia membuatkan saya terasa seperti ada pihak yang diletakkan di atas dan yang ada yang letaknya di bawah. Apa salahnya kita katakan sama-sama BERKONGSI sekadar apa yang ada.