Friday, February 29, 2008

MAHATHIR MENGAKU ANIAYA ANWAR?

Kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM), akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kata kawan kepada saya dua hari lalu. Mengapa pula? tanya saya penuh minat dengan perkembangan terbaru dalam PRU12 ini.

Menurut beliau, saudara-mara beliau di Kedah ada melihat CD yang memaparkan TDM mengaku "menganiaya" DSAI. Sungguh pelik dan menghairankan kerana selama ini TDM bermati-matian mempertahankan tindakannya. CD apa pula ni?

Rupa-rupanya CD yang disebutkan oleh kawan saya itu dijelaskan dalam artikel Musim Pilihanraya : Mahathir Kena Main di portal berita Agenda Daily milik Rosli Ismail.

Kreatif juga sesiapa yang mengedar CD itu. Siapa dibelakangnya?

I-REMAJA MAC 2008



I-Remaja Mac, istimewa kerana dipenuhi dengan gaya, aksesori, tip dan cerita gadis bertudung. Masih ada berpendapat pergerakan gadis bertudung begitu terbatas. Mereka tidak seaktif dan seberani remaja biasa. Betul ker?

Hey, jangan pandang sebelah mata, bukan semuanya begitu. Ramai gadis bertudung hari ini membuktikan mereka juga sehebat gadis biasa dalam kegiatan remaja. Mendaki gunung, menyusuri sungai berliku, berebut bola di padang atau menunggang kuda. Semuanya mampu mereka lakukan. Malah sudah ramai membuktikan tudung bukan penghalang sekiranya mereka mahu mencapai kejayaan dalam bidang apa sekalipun.

Begitu juga bidang pekerjaan. Semakin ramai bergelar pengurus besar. Belum lagi yang berjaya dengan usaha sendiri. Dan kata seorang remaja, kerana tudunglah dia berada di puncak kejayaan. Ha… kalau mahu tahu cerita gadis bertudung dengan panjang lebar dapatkan I-Remaja Mac, sekarang!

Satu lagi kisah menarik paparan I-Remaja Mac kisah mat dan minah tol. Jurutol menyimpan seribu cerita dalam tugas harian mereka. Percaya tak, si minah tol pernah dilamar pengguna, macam drama lakonan Amy Mastura dan Rashid Salih tu. Kelakar sungguh, si pengguna yang langgar penghalang si mat tol diminta bayar ganti rugi. Adil ker?

Itu belum lagi pengalaman seram dan ngeri yang mereka kongsi bersama kami. Dan ada yang kata mereka ini senang ‘cilok’ duit tol? Kalau mahu tahu kebenaran dan cerita sebalik tugas sebagai jurutol, I-Remaja Mac padat dengan kisah mereka.

BERTENANG, TIDAK PERLU BERGADUH

Dalam Pilihanraya Umum, pekerja dan ahli parti tidak perlu bergaduh dengan lawan mereka sama sekali. Baik parti kerajaan atau pembangkang. Semua masalah perlulah dibincang dengan baik dan tenang. Jika kita mempunyai niat baik maka hasilnya akan menjadi baik. Begitu juga sebaliknya.

Gaduh itu hodoh. Bertumbuk itu perbuatan terkutuk. Maruah? Semua marah membabitkan maruah tetapi ia boleh bincang di meja. Kena kopi, masalah tolak tepi. Kena roti bakar, masalah kecil tak jadi sukar. Yang penting, niat ikhlas bukan mencari nahas.

Oleh itu, pemimpin parti terutama di peringkat kampung dan daerah, adalah bijak jika dapat menasihati pekerja dan ahli parti untuk sentiasa bertenang dan jangan cepat naik darah. Jangan melenting apabila dicabar atau tercabar.

Bagi saya, buang saja pekerja parti yang panas baran kerana "nila setitik, rosak susu sebelanga" atau "disebabkan seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit". Jauhilah mengambil pekerja yang kita sudah tahu mereka samseng atau gedebe sebelum ini. Bergaduh tiada faedahnya. Yakin dan percayalah.

Dalam satu kawasan Parlimen sudah tentu banyak kawasan yang boleh dipasang dengan bendera atau "idea kreatif" untuk menarik perhatian pengundi. Janganlah berebut tempat-tempat strategik. Siapa datang dulu, dialah yang buat. Jangan sebab sudah terlambat pasang tetapi demi untuk "menyukakan" bos, orang lain punya diturunkan atau dibuang. Ini tidak sihat dan bermusuhan akan merobohkan kita.

Akhbar Berita Harian mengupas masalah pergaduhan ini.

Thursday, February 28, 2008

PEMIMPIN BELIA CALON P88 TEMERLOH



Kawan lama, Dato' Saifuddin Abdullah (gambar) sudah ada laman web. Oklah tu. Nombor Parlimen pun sangat cantik - P88.

Serba sedikit latarbelakang beliau :

Dato’ Saifuddin Abdullah, 47, ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh, bekas Wakil Peribadi kepada Dato’ Mohd Sarit Yusoh sebagai Ahli Parlimen Temerloh, Ahli Majlis Perbandaran Temerloh, Pengerusi Akademi Belia dan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002).

Anak jati Temerloh ini dilahirkan pada 1961 di Kg Sungai Ara, Mentakab, kepada pasangan Ustaz Haji Abdullah Long (anak Mengkarak) dan Hajah Ramlah Uda (anak Lebak). Ustaz Haji Abdullah ialah pesara guru agama di beberapa buah sekolah kebangsaan di daerah Temerloh, seperti Sek Keb Bandar Mentakab. Beliau juga pernah mengajar di beberapa buah surau seperti di Kg Mambang Berulang, Taman Saga dan Taman Sri Semantan. Hajah Ramlah pula ialah pesara guru di Sek Keb Chatin, Bandar Mentakab dan Tanjung Lalang.

Dato’ Saifuddin mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab (1968-73), Kolej Melayu Kuala Kangsar – MCKK (1974-80), mendapat BA Honours dari Universiti Malaya (1984), Diploma Terjemahan dari Persatuan Penterjemah Malaysia/Dewan Bahasa dan Pustaka (1985) dan mengikuti Kursus Eksekutif di Harvard Business School (1995).

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Norlin Shamsul Bahri, Penolong Pengurus Ilmu/Pustakawan Zaid Ibrahim & Co, iaitu syarikat guaman terbesar negara. Mereka dikurniai Nur Madihah, kini pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

Beliau seorang ahli perniagaan, iaitu Pengerusi Privasia Sdn Bhd. Sebelum ini, beliau pernah menjadi Pengarah Paduan Consulting, Pengurus Besar Akademi Penulis, Pengurus Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Guru dan Editor.

Maklumat lain boleh baca di laman web beliau. Syabas brader.

CALON P15 LAWAT KUALA MUDA



...lagi gambar dalam Akhbar Cyber .

JEFF OOI SEMAKIN TERKENAL

Apakah Jeff Ooi akan menjadi blogger pertama bertanding dan menang? Jawapan soalan ini akan terjawab pada malam 8 Mac ini.

Bagaimanapun, Jeff telah menjadi bahan perbualan dengan kejayaannya menarik sumbangan orang ramai untuk perbelanjaan kempen PRU12, menerusi rayuannya dalam blog.

Kini, berita percubaan pertama Jeff ini disiarkan dalam dua akhbar di Singapura dan Indonesia seperti yang dilaporkan oleh Rocky dalam blognya Rockybru.

Wednesday, February 27, 2008

PEMBINAAN MASJID KRISTAL HARAM?

Datuk Seri Hadi Awang menegaskan pembinaan Masjid Kristal di Terengganu adalah haram. Ini kerana, menurut orang kuat PAS itu, masjid berkenaan dibina bukan untuk orang bersembahyang tetapi sebagai pusat pelancongan. Apa ni?

Bagi Kerajaan Negeri, pembinaan Masjid Kristal untuk membolehkan penduduk dan pelancong beragama Islam di kawasan berkenaan menunaikan solat. Ini satu kemudahan kepada rakyat. Perkara itu dilaporkan oleh Buletin 1.30 tengahari sebentar tadi.

TENGKORAK DALAM ALMARI?

Seorang calon pilihanraya akan terdedah kepada pelbagai pembongkaran salahlaku atau sebarang perbuatannya yang pelik pada masa lalu. Sudah pasti lawan calon itu akan mencari segala "rahsia" atau "tengkorak dalam almari" untuk dipaparkan bagi memalukan lawan. Tindakan "membunuh imej" itu bertujuan menjatuhkan lawan.

Gambar yang baik seperti suka membantu rakyat dikampung, sedia turun padang, bergotong-royong, merasmikan majlis kerohanian, melawat mangsa yang ditimpa bencana atau kemalangan, menziarahi keluarga yang kematian keluarga atau menolong orang tua akan menaikkan nama calon itu.

Bagaimanapun, gambar yang kurang baik seperti melakukan maksiat, berjoget di pusat dangdut, bercumbu-cumbuan, menerima rasuah, berpeleseran dengan gadis-gadis cantik atau salahlaku lain sudah pasti menimbulkan masalah. Itu kekuatan gambar.

Bagaimana pula gambar yang dikaitkan dengan agama? Ini yang dihadapi oleh calon Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dengan pakaian Islam.

BERSAMA RAKYAT DI P15



..lagi gambar di portal berita Akhbar Cyber .

Tuesday, February 26, 2008

BN WON IGAN PARLIAMENTARY SEAT UNCONTESTED

KUCHING, Feb 26 (Bernama) -- Barisan Nasional's (BN) Datuk Wahab Dolah has won the Igan parliamentary seat uncontested after his sole opponent, independent candidate Junak Jawik, 56, withdrew today.

Returning officer James Chas Gerok told Bernama Junak withdrew at 12.45pm via a signed letter addressed to the Igan returning officer with a copy faxed to the Election Commission headquarters.

Junak said he was not forced to withdraw by anyone and did so voluntarily to ensure progress and development for Igan.

"After some thought, I came to the conclusion that I could not win against BN. I want to see more development here," he said.

With the withdrawal, Junak lost his deposit of RM10,000 while the RM5,000 for the poster permit would be returned to him.

Sarawak BN won four parliamentary seats -- Tanjung Manis, Selangau, Kapit and Kanowit -- uncontested on nomination day.

In the 2004 general election, Wahab won the Kuala Rajang parliamentary seat, now renamed Tanjung Manis, uncontested.

IMEJ PENDEMONSTRASI TIDAK BAIK

Pemimpin PKR kini menyedari sebarang kaitan parti itu dengan golongan yang gemar membuat demonstrasi jalanan telah mencemar imej mereka. Dalam ertikata lain pemimpin dan ahli parti yang "mengamuk tidak tentu pasal" dan menentang pihak berkuasa yang menjalankan tugas. Pembabitan itu menyebabkan masyarakat kini menganggap imej parti itu sebagai kumpulan yang suka membuat kacau. Suka berdemonstrasi jika tidak bersetuju dengan sesuatu dasar atau isu.

Pemimpin PKR mahu mencontohi BN yang sentiasa menentang demonstrasi jalanan.

Sehubungan itu, pemimpin tertingginya mengarahkan pemimpin dan ahlinya menjauhkan diri daripada kumpulan yang membuat demonstrasi jalanan agar mereka tidak dipandang sebagai parti yang suka membuat kacau. Mereka tidak menyetujui pandangan pemimpin PAS yang akan menghalalkan demonstrasi jalanan jika berkuasa.

Dalam pada itu, tertarik dengan dasar Pak Lah untuk memperkasakan modal insan, PKR dikatakan akan membuat pelbagai janji untuk membina institusi yang bermatlamat membina modal insan di beberapa kawasan dengan peruntukan yang diterima daripada pelbagai pihak. Parti dikatakan akan menyebut Turki sebagai model idea mereka dan bukannya Pak Lah yang sering menekankan kepentingan mewujudkan modal insan.

BANTU RAKYAT TEMPATAN DAPAT KERJA



Saya sering mengutarakan mengenai pekerja asing yang kini semakin ramai jumlahnya di negara ini. Jika terlalu ramai, ia sudah pasti akan mengambil "pekerjaan" rakyat tempatan.

Tambahan pula, kebelakangan ini majikan suka mengambil pekerja asing kerana bagi sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab gemar mengeksploitasikan "orang luar" terutama dari segi pembayaran gaji rendah.

Calon BN Sungai Petani, Datuk Seri Zainuddin Maidin, mahu majikan mengutamakan pekerja tempatan daripada pekerja asing seperti yang dinyatakan dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi di P15.

...gambar di Akhbar Cyber yang dihantar oleh HAH.

Monday, February 25, 2008

KINI RAKYAT MENGADILI KERAJAAN

Mengapa Pak Lah hendak satu penggal lagi? Pak Lah mahu mandat lima tahun lagi untuk melaksanakan semua rancangan yang disusun oleh "pasukannya" terutama projek jangka panjang yang hanya boleh direalisasikan dalam tempoh tertentu. Bukan satu atau dua tahun tetapi lima tahun dan seterusnya. Ini satu realiti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mampu membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih dinamik dan bermaruah dalam tempoh 22 tahun. Jika tempoh itu pendek, katakan dalam satu penggal, sudah tentu TDM sukar untuk merealisasikan idea, meraih hasil untuk dinikmati rakyat serta memakmurkan negara. TDM pasti kekurangan masa untuk melakar kejayaan. Namun, dalam tempoh yang panjang, doktor dari bahagian Utara negara itu berjaya menjadikan Malaysia dan rakyatnya satu entiti yang berwibawa.

Pada 2004, Pak Lah, seorang yang berpendidikan agama diberi peluang untuk meneruskan kecemerlangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dinasihati oleh pakar kewangan dan ekonomi serta Menteri Kabinetnya. Sudah tentu mereka yang berpengalaman ini, ada yang turut membantu TDM sebelum ini, memberikan pandangan dan nasihat terbaik kepada Pak Lah. Keupayaan mereka menasihati Pak Lah adalah kunci kejayaan negara selama ini. Dalam ertikata lain, Pak Lah bukan melakukannya sendiri tetapi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, sama seperti TDM selama 22 tahun.

Hari ini, Pak Lah melancarkan manifesto BN yang membentangkan apa yang dibuat sebelum ini untuk diadili oleh rakyat. Ia juga mengemukakan "janji" untuk lima tahun akan datang. Sudah pasti, manifesto bertemakan selamat, aman dan makmur bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia semua peringkat terus menikmati kemakmuran negara. Kecuali mereka yang enggan berbuat demikian - enggan mengakuinya walaupun menikmatinya atau tidak mahu menerima kebenaran walaupun mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini.

TIDAK PAYAHLAH TERKEJUT DENGAN HADI

Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Jusoh, terkejut dengan tindakan Datuk Seri Hadi Awang tidak mahu bersalam dengan anak didiknya, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang akan bertanding di Parlimen Marang (bukan Marah).

Bagi Datuk Idris, pemimpin PAS itu bersikap angkuh dan tidak melambangkan sebagai seorang pemimpin Islam.

Nasihat saya kepada Datuk Idris ialah tidak perlu terkejut dengan tindakan DS Hadi itu kerana sudah tentulah beliau marah Setiausaha Politik Menteri Besar yang "masih merah" bertanding melawan beliau. Tidak layak. Takkanlah "orang muda" itu layak untuk bertanding dengannya seorang "pemimpin besar" yang sebelum ini ingin berhijrah ke Kepala Batas untuk menentang Pak Lah. Tak jadi, jangan terkejut. Gimik saja.

Bagi DS Hadi, hanya "giant killer" saja yang layak menentangnya dan itulah yang diharap-harapkan akan berlaku.

Cuma DS Hadi lupa sebelum calon UMNO menjadi "giant killer" pada PRU 2004, lawannya itu juga boleh disifatkan sebagai "orang kerdil" saja untuk menentang Presiden PAS. UMNO ingin mencuba nasib calon itu menentang DS Hadi. Apabila menang barulah dipanggil "giant killer".

Apakah UMNO ingin melahirkan seorang lagi "giant killer" di Marang? Tunggulah keputusannya nanti.

Sunday, February 24, 2008

HARI PENAMAAN CALON - P15 SUNGAI PETANI







...gambar lain di Akhbar Cyber .

AZALINA DAN NORAH - WANITA HEBAT

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, memang hebat. Pada PRU 2004, beliau menang tanpa bertanding. PRU tahun ini, beliau mengulanginya sekali lagi. Itulah pemimpin hebat dan amat sesuai menerajui golongan wanita di negara ini. Boleh menggantikan DS Rafidah Aziz apabila "iron lady" itu mahu mengundur diri. Bila?

Pendatang baru, Sdri Norah Tun Abdul Rahman pula menang tanpa bertanding di Tanjung Manis, Sarawak. Baru masuk gelanggang sudah menang. Ini adalah petanda baik bagi anak pemimpin veteran Sarawak itu. Bolehlah diketengahkan jika mampu memimpin dan menghadapi pelbagai cabaran dalam politik.

Datuk Abdul Rahman Palil, tokoh belia Selangor seketika dulu, yang selalu mengetuai penguatkuasa "membongkarkan" tempat penyediaan makanan yang kotor dan tidak halal turut menang tanpa bertanding di Sementa. Walaupun beliau meminta maaf sebelum ini yang menyaksikan ramai pihak berpendapat beliau akan digugurkan, Dtk Rahman membuktikan bahawa beliau diterima oleh pengundi di kawasannya.

8 BN - 1 PAS

BN MENANG TANPA TANDING DI 6 KERUSI PARLIMEN
1. Penggerang, Johor
2. Selangau
3. Kanowit, Sarawak
4. Kapit, Sarawak
5. Tanjung Manis, Sarawak
6. Kalabakan, Sabah

BN MENANG TANPA BERTANDING DI DUA KERUSI DUN
1. Bugaya, Sabah
2. Sementa, Selangor

PAS MENANG TANPA BERTANDING DI SATU KERUSI DUN
1. Kijang, Kelantan

(Sumber : Buletin 1.30 pm TV3)

PAKLAH, NAJIB DI PENAMAAN CALON

Pak Lah melangkah penuh kemas
Bersama isteri ke pusat penamaan
Ramai ada di Dewan Milenium Kepala Batas
Memastikan Pak Lah jadi jagoan

Pak Najib dan Pekan tidak boleh dipisah
Berjalan gagah berbaju Melayu
Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah
Orang bertumpu menyokong jaguh Melayu

Saturday, February 23, 2008

HARAP TIADA DRAMA MINGGU INI LAGI

Membaca berita bahawa Fong Po Kuan (DAP) menarik balik niatnya untuk bersara dan terus bertanding di Parlimen Batu Gajah, Perak di Malaysiakini dan akhbar media perdana pagi tadi membuat saya tersenyum dan memuji parti itu.

Inilah sandiwara kedua terbaik selepas kejadian "loklak" di Perlis kerana Fong sebelum ini berkeras tidak akan menimbang semula keputusannya. Yang menarik ialah orang tua DAP, Lim Kit Siang "menumpang tui" drama berkenaan dengan gambarnya terpampang bersama Fong dalam MAP. Inilah yang dikatakan peluang datang bergolek dan pembaca ditipu bulat-bulat dengan sandiwara DAP itu. Saya tidak tertipu.

Harap tiada lagi drama minggu ini dan semua ahli politik teruslah berjuang untuk berbakti kepada rakyat dan negara. Malaysia perlu gemilang bukan sandiwara.

Dalam pada itu, blogger Jeff Ooi yang bertanding di Pulau Pinang sudah mencapai 40 peratus daripada RM100,000 kutipan yang diinginkan untuk bertarung pada PRU12. Pendermanya terdiri daripada pelbagai golongan yang ada antaranya pelajar di luar negara dan ahli perniagaan yang mendapat banyak faedah daripada kemakmuran Malaysia.

Kalau saya hendak minta duit untuk menjadi penulis blog sepenuhnya masa dan menggunakan slogan "berjuang untuk negara", layakkah saya menerima sumbangan seperti itu? Jika layak, saya akan memikirkan untuk melakukannya seperti Jeff.

Tetapi saya rasa tidak akan mendapat sumbangan kerana pembaca saya pastinya tidaklah sekaya ahli-ahli perniagaan yang mendapat berjuta-juta ringgit sejak dulu, kini dan sekarang. Yang ada ialah orang Melayu yang masih berjuang dalam perniagaan kecil-kecilan atau pelajar yang sudi membaca celoteh ini.

Takpe, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit untuk saya. Amacam?

MALAYSIAN BUSINESS 16TH FEB 2008



WHY is Robert Kuok Malaysia’s richest man? Read the Feb 16 issue of Malaysian Business to find out how he has surged ahead of nearest rival T Ananda Krishnan. The magazine carries a complete list of the 40 richest Malaysians and five tycoons who missed the list by a few millions. We also present the Mesdaq market’s top 10 tycoons.

ABDUL GHANI , SHAHIDAN KEKAL

1. Datuk Abdul Ghani Othman kekal di Serom, Johor.

2. Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding di Tambun Tulang. Datuk Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid kekal. Tiada calon wanita di Perlis.

3. Datuk Khaled Nordin kekal di Parlimen Pasir Gudang.

4. Ketua Puteri, Datuk Noraini Ahmad bertanding buat pertama kali di Johor iaitu di Parlimen Parit Sulong.

5. Pendakwah bebas, Subri Arshad (PAS) lawan Pak Lah di Kepala Batas.

(Sumber : Warta Jam Satu, RTM)

RAMAI GEDEBE, NEGERI AKAN LEMBIK

Membaca mengenai Perlis di akhbar The Star membolehkan kita memahami bahawa tidak perlu diwujudkan ramai "gedebe" atau jeneral di sesebuah negeri seperti yang berlaku di Indera Kayangan ketika ini dan Kelantan, sebelum ini.

Ini kerana setiap gedebe akan berusaha menunjukkan mereka lebih kuat daripada yang lain. Ia sudah pasti tidak boleh mewujudkan perpaduan di negeri berkenaan yang akan menggalakkan berlakunya perpecahan, seterusnya kekalahan. Bersatu kita teguh, berpecah kita roboh. Perpecahan akan menguntungkan pihak lawan. Yakinlah.

UMNO telah mengambil langkah terbaik untuk menampilkan seorang bakal jeneral untuk Kelantan iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussain yang bijaksana dan bijaksini. Belum menangpun Dr Awang sudah berkira-kira untuk meminta RM1 bilion daripada Pak Lah untuk Kelantan. Sebagai pemimpin yang sama parti, Pak Lah sudah pasti akan menyetujui permintaan "jeneral baru" itu apatah lagi memikirkan keupayaan Dr Awang dan kepentingan rakyat Kelantan. Takkanlah bekas Naib Gabenor Bank Negara dan bekas Timbalan Menteri Kewangan tidak mampu memakmurkan Kelantan.

Dalam pada itu, Pak Lah perlu mengurangkan jeneralnya di Perlis. Saya rasa jika Pak Lah selesa dengan Datuk Radzi Sheikh Ahmad, maka lantiklah beliau saja satu-satu jeneral di Indera Kayangan agar semua tentera mengikutnya. Jadikanlah DS Shahidan sebagai Kolonel yang akan mengikut arahan jeneral. Begitu juga Datuk Seri Azmi Khalid. Macam mana, negeri kecil ada banyak jeneral? Sudah pasti haru-biru.

Bagi mereka yang koyak poster dan bendera itu, bertenanglah. Eloklah juga berhenti jadi ahli parti dan jual suratkhabar lama kerana bagaimana seorang pengikut boleh menjadi berang dan mengikut perasaan, hanya kerana pemimpin yang diminati digugurkan. Walaupun pemimpin mungkin banyak memberi kepada kita, janganlah fikir hendak untung saja. Fikirkanlah sepanjang masa terhadap kepentingan parti dan bukan individu. Pemimpin boleh pergi tetapi parti mestilah dipertahankan sehingga ke akhir hayat. Jangan pula suka melompat seperti yang dilakukan oleh sesetengah individu.

BERIKAN YANG TERBAIK DI MANA SAJA

Saya pengikut pegangan ini - memberikan yang terbaik sepanjang masa dan di mana ada berada. Dalam ertikata lain, bagi ahli politik, mereka boleh memberikan perkhidmatan terbaik sama ada berkhidmat di negeri sebagai ADUN atau di Parlimen sebagai APAR.

Dalam konteks ini, saya bersetuju di mana saja Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditempatkan kali ini pada PRU12 kerana beliau telah menunjukkan satu tahap kepemimpinan yang terbaik sejak menerajui Melaka.

Ikuti pandangan rakan saya Amirullah Andi dalam rencana di Berita Harian hari ini.

Nota : Kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang naik pangkat di Berita Harian dan NST terutama Pak Mus, MK, Ghafar, Fauziah dan Razak Rafflis. Berikan yang terbaik ketika berkhidmat agar orang akan kenang kita selama-lamanya.

Friday, February 22, 2008

ANAK DAN MENANTU BERTANDING

1. Datuk Mukhriz Mahathir (Jerlun - Tun Dr Mahathir Mohamad)

2. Ling Hee Leong (Gopeng - Tun Dr Ling Liong Sik)

3. Chua Tee Yong (Labis - Datuk Seri Chua Soi Lek)

4. Wan Hakim (Tan Sri Mokhtar Ahmad - bekas MB Terengganu)

5. Roselinda Abdul Jamil (DUN Pelabuhan Klang - menantu Datuk Zakaria Deros)

6. Dr Asraf Wajdi Dusuki (Tumpat - Datuk Dusuki)

7. Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar (PAS) - Haji Yusof Rawa)

8. Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (Kota Samarahan - TS Taib Mahmud)

9. Lim Guan Eng (Pulau Pinang - Lim Kit Siang)

10. dan lagi....

BN TAWAR ORANG PANDAI DI KELANTAN

Nampaknya, Barisan Nasional amat serius untuk menawan Kelantan.

Tindakan BN meletakkan Datuk Dr Awang Adek Hussin di dua kawasan pilihanraya iaitu di Parlimen dan DUN memaparkan BN ingin "menyerahkan" bekas Timbalan Menteri Kewangan itu kepada penduduk Kelantan.

Sudah pasti BN mengharapkan pengundi di Kelantan memberi peluang kepada mereka untuk membolehkan Dr Awang ditabalkan menjadi Menteri Besar yang mampu membawa negeri itu ke satu tahap yang lebih gemilang.

Pengalamannya di Bank Negara dan MOF sudah pasti membolehkan beliau merencanakan program bersepadu untuk membentuk "Kelantan Baru dan Maju". Tepuk dada...

Thursday, February 21, 2008

PANAS PRU12

1. Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chang Kong Choy tidak bertanding.

2. TS Taib Mahmud tidak akan pertahankan kerusi Kota Samarahan. Diganti oleh anaknya.

3. Menantu menggantikan Datuk Zakaria Deros di DUN Pelabuhan Klang.

4. Datuk Dr Rahman Ismail dan Dr Rozaidah (Ampang) digugurkan.

5. Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak bertanding.

6. Datuk Seri Aziz Shamsuddin bertanding di Parlimen Shah Alam.

(Sumber : Buletin Utama, TV3 sebentar tadi)

SAYA BERHENTI MENULIS SEKETIKA...

Saya akan berhenti menulis untuk seketika.....

Saya akan bertanding di kawasan......

.....SAMBUNG SEMULA JAM 3.50 PETANG


Apabila saya menulis entry di atas, ramai "kawan-kawan" yang menelefon bertanyakan adakah apa yang ditulis itu benar atau sebaliknya. Atau hanya sekadar melepaskan tension atau testing the water.

Bagi yang mengenali saya, sudah tentu mereka akan berusaha mendapat pengesahan bahan yang ditulis. Itulah kekuatan blog. Pembaca boleh percaya bahan itu walaupun ia tidak betul. Oleh itu, berhati-hatilah ketika menulis. Menulislah perkara yang betul.

Namun untuk meredakan keadaan, entry di atas sekadar mengingatkan jenaka seorang sahabat ketika pertemuan kami di Majis Makan Tengahari yang dianjurkan oleh Sdr Syed Anuar Ali daripada AmBank di One Bangsar, baru-baru ini.

Sahabat bertanya kepada saya jika hendak bertanding, beliau ada kawasan yang sesuai.

Apabila ditanya kawasan mana, beliau menjawab, "kawasan lapang". Itu je.

Bagaimana KuNadzri? Kelakar ke tidak?

Hebat blog, baru perasan semalam (itupun disampaikan oleh RH) dan mula membaca penulisan saudara malam tadi. Kreatif dan kelakar. Teruskan menulis, terutama mengenai masjid-masjid lama di negara ini. Puan guru kan ada disebelah.

JANGAN TERKEJUT DAN MELATAH

Dalam politik tidak boleh terkejut dan melatah. Hati mesti kuat seperti batu dan halus seperti tepung. Kuat menerima tekanan dan lembut ketika menerima cabaran. Jika tidak terpilih jangan terkejut dan jika terpilih jangan melatah. Ikut sikap bekas Ahli Parlimen Jasin, Melaka, Datuk Mohd Said. Calm and cool walaupun gugur.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bakar, digugurkan pada PRU12. Beliau terkejut dengan pengumuman MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, semalam.

Pada mulanya, saya juga ingin tahu mengapa giant killer , yang mengalahkan Presiden PAS itu, digugurkan. Tetapi selepas membaca penjelasan MB Terengganu dalam media, saya boleh dan cuba memahaminya.

Datuk Seri Idris berkata, calon yang terpilih di Terengganu adalah yang terbaik dari segi politik, peribadi, sokongan rakyat dan pengundi. Mesti kesemuanya. Dalam ertikata lain, jika rakyat menyokong tetapi peribadi kita tidak baik, maka tidak akan disenaraikan. Begitu juga jika peribadi baik tetapi tidak siapa yang mahu kita di kawasan itu, sudah pasti susah untuk memenangi kawasan yang dicalonkan.

Oleh itu, ketika ini adalah lebih sesuai bagi saya berusaha menjadi penulis blog yang budiman dari segi menulis, peribadi, mendapat sokongan pembaca dan mempunyai minat yang mendalam dalam membongkarkan kemungkaran dan penyelewengan.

Bukanlah pandai semua perkara, oleh itu, pembaca yang bijaksana, bijaksini dan mahu berkongsi pendapat serta maklumat termasuk mengenai kemungkaran (bukan untuk memfitnah orang) silalah kemukakan pandangan. Jika malas, baca sajelah blog ini sebagai alternatif MAP (pinjam term bos lama - media arus perdana). Sesekali nak mengutuk pun boleh. Si Ibrahim Yahaya ini, akan terus menulis, selagi ada idea.

SEDOZEN PRU12 (6)

1. Tiga MB dan seorang KM sah pertahankan kerusi. (BH)

2. PAS akui tidak mampu wujudkan negara kebajikan. (UM)

3. DS Samy Vellu picks 15 new faces in line up. (NST)

4. DS Shahidan Kassim : I"ll stand by UMNO. (The Star)

5. TS Mohd Isa Mohamad : Don't be fooled by opposition leaders. (NST)

6. Dua belas wakil rakyat Terengganu gugur. (BH)

7. Senator Nordiana Shafie shocked beyond words. (The Star)

8.Pengerusi DAP Pahang berundur. (BH)

9. BN Melaka tampilkan empat calon wanita. (UM)

10. Sarawak list delayed. (The Star)

11. Opposition in agreement on seats except in Sarawak. (NST)

12. Dtk Abdul Rahman Bakar (giant killer) terkejut tidak disenaraikan. (UM).

Wednesday, February 20, 2008

SUBSIDI PETROLEUM DAN KENAIKAN HARGA

Semalam ketika menjawab pertanyaan Sdr Ahm dalam ruangan komen di blog ini, saya menyebut akan berusaha memasukkan entry mengenai subsidi petroleum.

Saya ingin mengambil intipati buku yang ditulis oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini. Ia terkandung dalam Bab 12, Buku Janji Dikota yang dikeluarkan baru-baru ini.

Beliau menulis:

"Kenaikan harga petroleum dunia telah turut meningkatkan harga petroleum dalam negeri dan turut menaikkan harga barangan. Kenaikan harga ini tiada kaitan dengan Kerajaan Malaysia atau bukan disebabkan oleh ketidakperhatinan Pak Lah terhadap peningkatan harga barangan pengguna yang berasaskan bahan-bahan yang diimport.

Perlu dimaklumi, turun naik harga petroleum ditentukan oleh permintaan dan penawaran terhadap bahan berkenaan. Dalam ertikata lain, jika bekalan petroleum berkurangan sedangkan permintaan terhadap pembelian berada di tahap yang sama atau permintaan kepenggunaannya bertambah, maka harga bahan berkenaan turut meningkat di pasaran terbuka di peringkat antarabangsa. Secara langsung harga import bahan-bahan petroleum dalam negara akan turut menjadi mahal.

Kenaikan harga barangan juga disumbangkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan kos pengeluaran yang berpunca daripada kenaikan harga bahan petroleum di peringkat antarabangsa.

Apabila semua kos berkenaan meningkat, secara langsung akan turut meningkatkan harga barang dan harga runcit bahan-bahan berkenaan. Namun demikian, Pak Lah tetap mencari jalan untuk mengawal sedaya mungkin harga barang makanan di tahap paling rendah.

Bagi bahan-bahan petroleum yang meningkat, Pak Lah berikhtiar untuk menggelakkan rakyat menanggung beban harga yang terlalu tinggi. Kerajaan telah memberikan subsidi agar harga petroleum, diesel, gas dan bahan-bahan pengguna lain yang berkaitan dengannya dapat dikurangkan harganya.

Justeru, kerajaan telah menyerap kos kenaikan lebih tinggi petrol dengan menanggung beban subsidi petroleum sebanyak RM7.3 bilion pada 2006 dan RM16 bilion pada 2007. Kenaikan subsidi sebanyak 136 peratus ini adalah satu peningkatan yang sangat tinggi. Malah jika harga petroleum melepasi harga AS$100 dolar satu ton, ini beerti kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang lebih tinggi.

Kerajaan terus berkorban menanggung subsidi walaupun harga petroleum dunia mencecah paras tertinggi hingga AS$98 satu tong. Namun, dalam jangka panjang, kerajaan tidak mungkin mampu untuk menanggung secara berterusan beban subsidi yang akan mengorbankan peruntukan pembangunan dan meneruskan projek yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Memang benar, Petronas memperoleh keuntungan hasil daripada usaha cari gali dan perolehan petroleum dalam negeri serta pendapatan daripada urus niaga di luar negara. Namun, hasil pendapatan yang diperoleh tidak seharusnya digunakan hanya semata-mata untuk membiayai subsidi dan meminggirkan pembangunan untuk kemajuan negara dan rakyat."

Untuk penerangan lanjut, ikutilah ucapan pemimpin-pemimpin kerajaan caretaker ini.

SATU PENGGAL LAGI, DR RAIS

Datuk Dr Rais Yatim adalah antara pemimpin veteran dalam Kabinet Pak Lah yang lalu. Beliau yang mendapat Ijazah Kepujian daripada National University of Singapore, adalah antara beberapa Menteri Kabinet yang mempunyai PHD.

Dr Rais mendapat PHD pada 1994 daripada University of London. Disertasinya bertajuk Freedom Under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy. Beliau juga pernah mengajar American Peace Corps di USA.

Sebagai ahli politik berpengalaman, Dr Rais mengetahui bahawa tindakannya terus bergiat dalam politik Malaysia lebih bermakna daripada menjadi Setiausaha Agung Komanwel. Tidak hairanlah, beliau tidak mahu bertanding jawatan itu dan terus kekal menjadi Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen. Malah kerusi Parlimennya juga "diberikan" oleh penyandang lalu atas dasar menghormati keputusan pucuk pimpinan.

Semalam, Dr Rais memita satu penggal lagi. Bagilah kepadanya dan sudah pasti beliau tidak akan sombong. Menangis? Pasti tidak juga.

SEDOZEN PRU12 (5)

1. State leaders meet DS Abdullah Ahmad Badawi to finalise BN list. (NST)

2. "Tahun Merawat Kelantan" manifesto kempen. (BH)

3. TS Koh Tsu Koon set for Batu Kawan. (The Star)

4. DAP tetap tidak setuju jadikan Malaysia negara Islam. (UM)

5. Datuk Dr Ibrahim Shah (UITM) sedia jadi calon BN di Melaka. (BH)

6.DAP desperately seeking Fong Po Kuan. (NST)

7. Mahu balas dendam, Datuk Ibrahim Ali. (UM)

8.PAS confident of winning at least 40 seats. (NST)

9.Dtk Dr Mashitah Ibrahim dengar dia akan diganti. (BH)

10.Pemimipin Langkawi sokong Datuk Mukhriz Mahathir. (UM)

11.Flag wars heat up in Terengganu. (NST)

12. Datuk Dr Rais Yatim minta satu penggal lagi. (BH)

DAP : RETAK MENANTI BELAH?

Apakah DAP sudah terdesak sehinggakan melakukan perkara yang menyakitkan hati ahlinya? Antara tindakan itu ialah membawa calon paracut terutama ke Pulau Pinang yang membuat ahli setempat marah, sakit hati, kecewa dan mengadakan demonstrasi.

Bagi Rozaman Ismail, penulis rencana Utusan Malaysia, tindakan DAP itu boleh menyebabkan parti berkenaan hilang segala-galanya di Pulau Pinang.

KURSUS BUDI BAHASA UNTUK PENULIS BLOG?

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, amat marah dengan penulis blog yang suka menghentam dan mencemuh orang lain termasuk pemimpin kerajaan dalam blog mereka. Ini bukan budaya Malaysia, katanya.

Baginya, penulis blog sebegini mempunyai fikiran yang terganggu (mental block?) dan perlu mengikuti kursus budi bahasa untuk memulihkan mereka.

Tuesday, February 19, 2008

KELATE : MEMBANGUN BERSAMA NEGARA

Ketika bersembang dengan rakan tengah hari ini, isu mengenai sama ada Datuk Seri Annuar Musa bertanding pada PRU12 ditimbulkan.

Rakan bertanya apakah kemungkinan DS Annuar tidak bertanding tetapi hanya menjadi "panglima perang" untuk menawan Kelantan. Panglima perang tidak semestinya seorang calon. Tiada pandangan muktamad.

Apapun, saya tertarik dengan Roadmap atau Blueprint untuk Kelantan yang diutarakan oleh DS Annuar dalam Perutusan Khas Tahun Baru sebelum ini.

Blueprint yang digariskan sebelum ini berteraskan prinsip-prinsip berikut"
* Membangun Islam di Kelantan "Serambi Mekah" secara bijaksana dan realiti/hadhari berasas Manhaj Islam Hadhari.
* Membangun Kelantan Mithali
* Menghapus Imej Kemunduran
* Merakyatkan Pembangunan
* Menghapuskan Kemiskinan Tegar
* Mempelbagaikan Sumber Pendapatan Negeri
* Memperkasa Seni Budaya dan Warisan
* Menggilap Modal Insan

Bagi DS Annuar, berikan "Kelate Kita" satu peluang ...untuk Membangun Bersama Negara.

SLOGAN POPULAR PRU12?

Memilih perkataan atau ayat yang baik untuk dijadikan slogan atau frasa bukan mudah. Apatah lagi slogan atau frasa itu untuk menaikkan semangat atau memberi imej tersendiri kepada penuturnya.

Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, slogan "Malaysia Boleh" amat popular yang mendorong rakyat Malaysia untuk mencapai kejayaan termasuk belayar secara solo atau mendaki Gunung Everest. Pada PRU 2004, Pak Lah menggunakan slogan, "Bekerja bersama-sama saya dan bukan untuk saya." Ia membawa maksud bersama-samalah kita bekerja untuk memajukan Malaysia.

Di Amerika Syarikat dalam kehangatan pemilihan menjadi calon Presiden, kem Senator Hillary Clinton menuduh Senator Barrack Obama menggunakan frasa yang pernah digunakan oleh Gabenor Massachusetts, Deval Patrick. Ayat yang digunakan ialah "I have a dream" dan "All men are created equal". Frasa ini digunakan oleh Obama untuk membalas kenyataan Hillary bahawa Obama ialah seorang yang pandai cakap tetapi bukan seorang yang boleh buat kerja.

Bagi kem Hillary, jika Obama pandai bercakap, maka ia perlu menggunakan perkataannya sendiri dan bukan orang lain. Obama menjelaskan dua perkataan itu dipinjam daripada rakannya, Deval dan ia bukanlah satu isu yang besar. Malah, Obama menyatakan Hillary juga pernah menggunakan frasa yang digunakannya iaitu "It's time to turn the page" dan "fired up, ready to go".

Di Malaysia, menjelang pilihanraya umum kali ini pelbagai kenyataan menarik diluahkan termasuk kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu iaitu "Kepala tidak ada mana boleh badan ada lagi" atau kata-kata Datuk Seri Dr Rais Yatim iaitu "siapa yang gugur tidak perlu menangis, siapa yang kekal tak perlu sombong".

Apakah slogan atau frasa yang paling popular pada PRU12 ini?

SAMY VELLU SEDIA BERUNDUR?

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, sedia berundur sekarang jika masyarakat India mahu beliau berbuat demikian. Menurutnya, hanya masyarakat India yang menentukan nasibnya dan bukan orang lain atau orang luar.

Perkara ini dilaporkan dalam Warta Jam Satu RTM sebentar tadi.

Kesediaan DS Samy Vellu sudah pasti akan disambut baik oleh ramai pihak terutama masyarakat India yang mula menunjukkan pelbagai "signal" agar beliau segera mengundur diri dan tidak bertanding pada PRU12 ini.

MEMBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA NAFSU?

Seorang kawan yang mengenali pemimpin PKR memberitahu Dunia Tiger bahawa tulisan Helme Hanafi mendedahkan hanyalah "sedikit saja" apa yang berlaku dalam PKR. Menurutnya, ada usaha untuk "membakar hidup-hidup" Nurul Izzah semata-mata untuk menjayakan nafsu beberapa pihak dalam parti berkenaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendengar nasihat daripada beberapa "orang kuatnya" dikatakan memaksa Nurul Izzah untuk bertanding di Lembah Pantai. Ini semata-mata untuk menunjukkan PKR mempunyai calon di mana-mana.

Bagi mereka, kalah menang bukanlah perkara utama tetapi yang penting ada calon PKR untuk menentang Barisan Nasional. Dalam ertikata lain, PKR bersedia meletakkan calon mereka untuk menentang BN terutama UMNO. Ini menyebabkan Nurul Izzah tawar hati untuk bertanding dan atas dasar itulah DSAI mengumumkan bahawa anaknya tidak bertanding pada PRU kali ini, walaupun sebelum ini diuar-uarkan sebaliknya.

Itulah cerita yang sebenarnya, kata beliau. Itulah politik, macam-macam boleh berlaku.

JANGAN TABUR JANJI YANG MERUGIKAN

Buat bertenang Datuk Seri. Jika membaca laporan Utusan Malaysia hari ini, saya rasa Datuk Seri perlu berfikir panjang sebelum mengulanginya pada masa akan datang. Alasannya, kenyataan itu mungkin menguntungkan sekarang tetapi sebaliknya pada masa akan datang. Itupun jika parti Datuk Seri serta rakan lain seperti DAP dan PKR memenangi PRU12 dan menubuhkan kerajan.

Ketika menjadi pembangkang, memanglah boleh memberikan pelbagai janji termasuk yang tidak masuk akal. Tetapi apabila menang nanti banyak perkara yang perlu difikirkan termasuk pandangan dan tindakan pelbagai pihak.

Apa susah untuk mengadakan demonstrasi jalanan. Kumpulkan beberapa orang, mulalah berarak dan berteriak mencaci serta menentang apa yang kerajaan buat. Bukanlah susah sangat, tetapi cuba fikirkan implikasinya kepada orang lain. Sekatan polis untuk mencari penyangak dan pengacau sedikit sebanyak menyulitkan pengguna jalan raya lain. Bayangkan hari Sabtu lalu, keadaan sesak di jalan yang menghala ke KL di hadapan Hotel Eastin, gara-gara ada pihak ingin menganjurkan demonstrasi jalanan. Keadaan huru-hara yang boleh diambil kesempatan oleh orang lain serta pergaduhan yang mungkin kita tidak pernah fikirkan boleh berlaku.

Di Perak semalam, sudah mula pihak yang menjerit-jerit dan membaling telur di majlis yang dihadiri oleh Menteri Besar. Jika tidak dibendung, inilah budaya masyarakat negara ini. Hari ini baling telur, esok entah apa.

Demonstrasi jalanan tidak sihat. Yakinlah. Tambahan pula ia membuang masa dan menyusahkan orang lain. Lihatlah apa yang berlaku pada demonstrasi jalanan sebelum ini yang menyusahkan rakyat lain yang tidak menyertai atau menyetujui demonstrasi berkenaan. Demonstrasi itu lebih menguntungkan individu tertentu saja. Percayalah.

BIARLAH DATUK GHANI REALISASIKAN WPI

Isu pertukaran Menteri Johor belum selesai. Itu gambaran yang diberikan oleh Agenda Daily. News portal itu melaporkan Istana Johor menolak cadangan penggantian itu.

Bagi saya, biarlah Datuk Abdul Ghani Othman terus menjadi Menteri Besar Johor. Ini kerana sebagai seorang berpendidikan ekonomi, beliau layak untuk menguruskan projek terbesar kerajaan di Selatan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar selain membangunkan Johor. Sebagai seorang berlatarbelakangkan ekonomi (pensyarah Universiti Malaya), sudah pasti orang ramai akan yakin dengan apa yang diterangkan mengenai WPI.

Ketika inipun, gandingannya dengan Datuk Ikmal Hijjaz Hashim (orang Muo)memang mantap untuk memastikan projek mega itu berjalan lancar dan mendatangkan hasilnya. Datuk Ikmal juga bukan calang-calang orang kerana pernah menerajui Plus Bhd dan Pos Malaysia Bhd. Pengalaman itu boleh digunakan untuk merealisasikan objektif WPI.

Bayangkan, jika Johor mendapat Menteri Besar baru, maka beliau perlu pula cuba memahami, menghayati dan meneruskan WPI. Ada kemungkinan untuk memahami dan menghayati WPI akan mengambil masa berbanding Datuk Ghani yang berpengalaman dan bermula daripada bawah lagi bersama WPI. Apatah lagi MB baru itu perlu menghadapi pelbagai tentangan daripada sesetengah pihak yang masih tidak yakin dengan projek berkenaan. MB baru perlu pandai menangkis tuduhan dan tohmahan ini. Seperti kata Datuk Ikmal, projek itu sebenarnya banyak memberi faedah tetapi ada pihak yang menentangnya kerana tidak memahami objektif perlaksanaannya.

Mungkin ada pandangan bahawa Datuk Ghani sudah terlalu lama di Johor dan khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat. Beliau mungkin calon terbaik untuk menggantikan Datuk Seri Effendi Norwawi (sudah mengumumkan persaraannya). Namun, jika difikirkan semula, projek WPI itulah sebenarnya tugasan yang paling penting yang perlu diselesaikan. Projek Kerajaan Pusat itulah yang akan menjadi KPI (key performance indicators) Datuk Abdul Ghani pada masa akan datang.

JIKA BERTANDING, BIARLAH MENANG.

Oleh Helme Hanafi

KES Nurul Izzah Anwar hendak bertanding ini istimewa sikit, terutamanya bagi generasi muda yang menganggap Izzah adalah ikon, simbol perlawanan, seorang anak yang bangun menentang kekuasaan/daulah untuk keadilan bagi 'papa'nya, dan sekaligus bangsa dan negaranya.

Selain itu, secara peribadi, saya menggangap Izzah (dipanggil begitu) seorang kawan. Seorang kawan yang baik. Kerana ini apabila ada khabar Izzah hendak bertanding, saya cukup minat hendak tahu di mana?

"Biarlah dia bertanding di kawasan yang selamat, erti selamat itu barangkali peluang menang 60 peratus ke atas. Misalnya Kota Bharu, atau kawasan yang 50-50 seperti DUN Hulu Kelang"

Pemilihan tempat yang sesuai untuk beliau bertanding bukan soal kecil, sebagai ikon generasinya, yang membawa gelar Puteri Reformasi, Izzah membawa beban berat di bahunya, tambahan pula, dia anak sulung Anwar Ibrahim maka beban yang berat terasa bertambah berat.

Dalam congak saya, seorang kawan, kalau Izzah mahu bertanding, biarlah dia bertanding di kawasan yang selamat, erti selamat itu barangkali peluang menang 60 peratus ke atas. Misalnya Kota Bharu, atau kawasan yang 50-50 seperti DUN Hulu Kelang.

Ini penting supaya beliau boleh membawa suara generasi muda ke Dewan Rakyat. Beliau berkarisma, ada gaya, mana-mana parti yang mempunyai ahli Parlimen seperti Izzah, imej parti tersebut akan naik.

Sebab itu, bila timbul isu Izzah mahu diturunkan lawan Shahrizat di Lembah Pantai, ramai yang terkejut. Bukan terkejut gembira, tapi terkejut sedih, "Apa gilanya PKR ini, sudahlah tiada calon, calon utama yang ada hendak diturunkan lawan gergasi?" kata seorang lagi kawan masa minum teh di restoran Mydin Bangsar petang semalam.

Bayangkan calon muda paling berpotensi PKR, yang baru pertama kali bertanding atau istilahnya 'dara' lagi, mahu diturunkan berlawan dengan calon Wanita Umno paling popular. Kata orang, saham Shahrizat kini lebih tinggi dari bossnya Rafidah Aziz sendiri.

"Yang kalah hari itu, bukan Nurul Izzah sahaja, tetapi Anwar Ibrahim dan PKR juga"

Selain itu, Shahrizat juga terkenal kerana jaga kawasan. Beliau antara ahli Parlimen yang cukup kerap selalu turun padang. Jadi soalnya, mengapa Izzah 'dipaksa' bertanding di tempat yang beliau hampir pasti kalah?

Mungkin pada sesetengah orang, Izzah adalah calon yang sesuai bertembung dengan Shahrizat, dari segi populariti Izzah memanglah sesuai, boleh diusung ke sana ke mari masa berkempen, ramai yang mahu bergambar, jentera pun semangat hendak bekerja, tapi soalnya dalam politik yang penting bukan proses tapi hasilnya.

13 hari masa berkempen, seronoklah, tapi bayangkan selepas keputusan diumumkan. Esoknya di dada akhbar,tajuk besarnya, "Nurul Izzah Anwar kalah" atau "Pengundi tolak anak Anwar Ibrahim" atau "Tiada tempat untuk Nurul Izzah Anwar"

Yang kalah hari itu, bukan Nurul Izzah sahaja, tetapi Anwar Ibrahim dan PKR juga.

Dan pada Nurul Izzah sendiri, bayangkan senario itu, bayangkan seorang pemimpin muda, memulakan rekod politiknya dengan kekalahan. Dan alangkah lebih malang jika majoritinya pula besar. Saya sebagai seorang kawan enggan membayangkan yang buruk-buruk seperti itu.

"Ini hanyalah pandangan seorang kawan, tentulah congak panglima perang seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih tajam dan tepat"

Sebab itu, pada saya, PKR jika mahu menurunkan Izzah dalam pilihanraya kali ini, carilah kawasan yang 'jernih' supaya suara anak muda yang progresif dapat berkumandang di Dewan rakyat atau DUN.

Tidak adil, pada Izzah, dan pada generasi muda, jika beliau diturunkan bertanding di kawasan 'kelabu' atau 'hitam' yang hanya sekadar untuk menguji sokongan rakyat.

Kerana itu, bila saya membawa tajuk rencana 'guru' saya, Mohd Sayuti Omar, yang mahu Izzah diturunkan bertanding menentang Khairy Jamaluddin, saya kurang setuju.

Secara teorinya baik, tapi lebih baik jika dicarikan kawasan 'jernih' untuk memastikan nama Izzah tidak hanya disebut 13 hari ketika berkempen sahaja, tetapi kekal dalam ingatan rakyat Malaysia untuk empat tahun seterusnya.

Apapun, ini hanyalah pandangan seorang kawan, tentulah congak panglima perang seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih tajam dan tepat dan kepada Nurul Izzah, selamat maju jaya. (KL Pos)

(Renungan Rimau : Kalau Nurul Izzah hendak bertanding di Lembah Pantai, lupakan saja. Ini kerana Datuk Seri Shahrizat Jalil memang seorang Ahli Parlimen yang handal dan bekerja keras. Gambarnya sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen bersama kanak-kanak, orang tua ataupun pengundi kawasannya. Ada pemimpin politik yang bekerja keras tetapi kerana tiada publisiti, kerja mereka tidak nampak dan gambar pula tidak terpampang. Tetapi DS Shahrizat ini, sama ada beliau memang pandai mencari publisiti atau pun media memang gemar mengambil gambar beliau bersama kanak-kanak atau orang tua. Beliau pernah mencium tangan lawannya, Tun Salleh Abbas, yang secara langsung memaparkan peribadi beliau. Tidak kisahlah orang mengatakan berlakon untuk menang, tetapi hakikatnya, beliau mencium tangan orang tua. Tidak ramai orang yang sanggup mencium tangan lawan. Oleh itu, Nurul Izzah carilah kawasan lain yang sesuai, bukanlah Lembah Pantai. Ataupun dengar nasihat bapak, tidak payah bertanding. Esok-esok ajelah.)

SEDOZEN PRU12 (4)

1.Calon belum muktamad: PM (BH)

2. DS Najib Tun Razak tidak mahu UMNO maki lawan cari undi.(BH)

3. Dtk Ibrahim Ali calon Pas Pasir Mas. (UM)

3. People need only see MCA track record to decide. (NST)

4. Kota Melaka - historic battle on the cards.(The Star)

5. Tuduhan Nik Aziz gimik pancing undi. (BH)

6. Pas seizes Marang bridge in flag war. (NST)

7.Demonstrasi jalanan dibenarkan jika pembangkang menang. (UM).

8.DAP cannot even keep its house in order, DS Najib Razak. (The Star)

9. IGP : We'll deal with groups disrupting polls. (NST)

10. New breed of voters now more discerning. (NST)

11.Konflik Batu Gajah bukti DAP tidak demokrasi: Najib. (BH)

12.Close race for CM Job - Comment by Joceline Tan. (The Star)

Monday, February 18, 2008

MIKE TYSON TANDING DI KUALA SELANGOR?

Oleh Roslan Bian

SEKURANG-kurangnya 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk tiga anggota Exco dan lapan ahli Parlimen kemungkinan besar tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor dalam pilihan raya umum ke 12 kali ini.

Sebaliknya, lima Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian, dua Ketua Wanita serta sekurang-kurangnya seorang Ketua Puteri Bahagian dijangka dalam senarai yang akan diumumkan BN Selangor, selewat-lewatnya Rabu ini.

"Difahamkan, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Mat Yasir Ikhsan (Sabak Bernam), Dr Rozaidah Talib (Ampang) dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep antara digugurkan. Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin antara yang pasti tidak bertanding lagi termasuk Datuk Yap Pian Hon (Serdang) dan Tan Sri Dr. K.S.Ninjar, ahli Parlimen Subang. Difahamkan, BN Selangor mengugurkan kira-kira 30 peratus wakil rakyat daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan 22 kerusi Parlimen".

Antara Exco disebut-sebut akan digugurkan ialah Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan (Adun Kota Damansara), Datuk Raja Ideris Raja Ahmad (Adun Sabak) dan Tang See Hang (Adun Rawang).

Seorang lagi Exco, Adun Kuala Kubu Bharu, Datuk Ch’ng Toh Eng disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen Klang manakala Datuk Ahmad Nawawi M.Zin, Adun Kota Anggerik juga dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam.

Adun Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman, Datuk Mad Aris Mad Yusof (Adun Chempaka), Datuk Salamon Selamat (Adun Batu Tiga), Datuk Zainal Abidin Sakom (Adun Batang Kali), Datuk Mohamad Ideris Abu Bakar (Adun Hulu Bernam) dan Abdul Wahab Ibrahim (Adun Taman Medan) kemungkinan besar turut tidak disenaraikan lagi.

Begitu juga dengan Adun Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md Deros, Datuk Abdul Aziz Md Noh (Permatang) dan Adun Batu Caves, Datuk V.Jagarasah. Selain itu, Adun Dusun Tua, Rahmad Musa dan Adun Kuang Soohaimi Abdul Rahman juga dikatakan antara tidak dipilih lagi.

Difahamkan, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, Datuk Mat Yasir Ikhsan (Sabak Bernam), Dr Rozaidah Talib (Ampang) dan ahli Parlimen Kuala Selangor, Mohd Daud Tarihep antara digugurkan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin antara yang pasti tidak bertanding lagi termasuk Datuk Yap Pian Hon (Serdang) dan Tan Sri Dr. K.S.Ninjar, ahli Parlimen Subang.

AgendaSelangor.com difahamkan, BN Selangor mengugurkan kira-kira 30 peratus wakil rakyat daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan 22 kerusi Parlimen.

Dua kerusi DUN, Sungai Pinang dan Sekinchan dimenangi calon DAP pada pilihan raya umum lalu.

"Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang diuar-uarkan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam kemungkinan besar dicalonkan di parlimen Kuala Selangor"

Dalam senarai calon-calon kali ini, BN Selangor dijangka memberi peluang kepada muka-muka baru antaranya Ketua Pemuda Umno Selangor, Ab. Shukor Idrus yang akan bertanding di DUN Taman Templer, Ketua Pemuda Hulu Selangor, Mohd Isa Abu Kasim (DUN Batang Kali), Ketua Pemuda Hulu Langat Johan Abdul Aziz di DUN Dusun Tua.

Kemungkinan besar turut terpilih calon Ketua Pemuda Klang dan Kapar, Faizal Abdullah dan Zainuri Datuk Zakaria.

Puteri Selangor turut mendapat tempat dengan kemungkinan seorang daripada mereka dicalonkan sama ada Ketua Pergerakan itu, Noraazmin Radzuan atau Ketua Puteri Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamilah Hanim.

Ketua Wanita Pandan, Norshimah Hashim disebut-sebut akan bertanding di DUN Chempaka dan seorang lagi calon wanita dikatakan akan diletakkan di DUN Taman Medan.

Calon-calon baru lain disebut-sebut ialah Datuk Warno Dogol yang akan bertanding di DUN Sabak, Datuk Zein Ismail di DUN Kota Damansara dan Sulaiman Razak di DUN Permatang dan Datuk Subhan Kamal di Kuang.

Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang diuar-uarkan bertanding kerusi Parlimen Shah Alam kemungkinan besar dicalonkan di parlimen Kuala Selangor.

Bagaimanapun, senarai sebenar calon-calon yang digugurkan serta akan mewakili BN Selangor pada pilihan raya kali ini hanya diketahui selepas Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Isnin ini.

Apa yang jelas, BN Selangor berharap gandingan calon lama dan baru ini akan memberi kejayaan besar dalam pilihan raya pada 8 Mac ini terutama bagi memastikan Pembangkang Sifar tercapai. Agenda Selangor.

(Renungan Rimau : Ini berita ramalan oleh Roslan Bian, anak buah Rosli Ismail (tauke AgendaDaily). Roslan rapat dengan kepemimpinan Kerajaan Negeri Selangor. Mungkin ada maklumat yang tepat. Mungkin ada yang untuk "menguji" suasana atau testing the water. Apapun, tahniah dan jangan "sombong" kepada mereka yang dicalonkan dan jangan menangis mereka yang digugurkan. Sekadar meminjam kata-kata DS Dr Rais Yatim)

NIK AZIZ MANUSIA BIASA.......

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz, yang akan mempertahankan kerusi Parlimennya kali ini, mungkin terkejut dengan kenyataan MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam berhubung tindakannya menyamakan pemimpin UMNO dengan orang utan.

DS Rafidah ingin meminta penjelasan MB itu mengenai pemberian gelaran berkenaan kerana baginya, Nik Aziz tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan itu sebagai seorang guru agama.

Nasihat saya ialah tidak payahlah mendapat penjelasan daripada Datuk Nik Aziz kerana beliau adalah manusia biasa. Saya pernah menemuramah beliau sebelum ini dan terkejut dengan beberapa perkataan yang terkeluar daripada mulutnya pada hari temuramah itu. Selepas itu, saya lebih menganggap beliau sebagai "orang politik" yang mampu mengeluarkan "kata-kata" yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita.

Seorang pemimpin PAS juga pernah mengeluarkan kenyataan "pengembala babi". Jika perkataan itu keluar daripada orang biasa tidak menghairankan, tetapi daripada pemimpin PAS, sudah pasti ramai yang terkejut.

Oleh itu, tidak payahlah terkejut lagi. Tunggulah hamburan perkataan lain.

Diharapkan lebih ramai golongan muda yang tenang, berfikiran waras dan bijak berpolitik dalam PAS seperti Salehuddin Ayub, orang Johor yang mendapat tempat di Kelantan. Jika tidak, macam-macam perkataan akan keluar.

TIDAK TERPILIH, JANGAN MENANGIS

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, adalah antara ahli politik yang amat digemari oleh wartawan. Ini kerana setiap kenyataan yang dikeluarkan sesuai dijadikan bahan berita apatah lagi jika beliau menggunakan "kata-kata" yang menarik termasuk yang paling popular sedikit masa lalu iaitu "membakar jambatan" ketika dalam Semangat 46.

Semalam, Dr Rais yang terkenal sebagai seorang jurufoto berpengalaman, yakin Pak Lah akan membuat pilihan tepat mengenai calon PRU12 kerana Perdana Menteri mempunyai cara tersendiri dalam menilai pretasi seseorang ahli politik. Dalam ertikata lain, Pak Lah mengetahui apa yang Dr Rais lakukan selama ini di KEKKWA. Oleh itu, beliau menyerahkan "nasibnya" kepada kebijaksanaan Pak Lah berhubung kedudukannya sebagai calon pada pilihanraya ini.

Apapun kenyataanya yang menarik ialah apabila Dr Rais memberi nasihat ini kepada ahli politik agar tidak menangis jika tidak terpilih.

SAHRI DI BEB.COM.MY



Kisah Sahri di news portal hiburan [ beb.com.my ].

BERHATI-HATI DENGAN PISAU TAJAM

Peneraju Parti Demokratik Malaysia (MDP), Wee Choo Keong, semakin popular kebelakangan ini terutama selepas inkuiri kes video V K Lingam yang membongkarkan apa sebenar yang berlaku dalam institusi kehakiman di negara ini.

Kini, Wee seorang peguam, ingin bertanding pada Pilihanraya Umum ke 12 dengan menawarkan diri di Parlimen Bukit Bintang. Pada PRU 2004, Bukit Bintang dimenangi oleh Fong Kui Lan, seorang penjual kereta terpakai.

Dengan perkembangan terbaru dalam DAP berikutan tindakan bekas Ahli Parlimen Batu Gajah atau dikenali sebagai cili padi, Fong Po Kuan tidak mahu bertanding pada PRU12, Wee berkata tindakan mengetepikan pemimpin yang berwibawa telah berlaku dalam parti itu sejak sekian lama. Kini giliran Fong pula.

Wee mengingatkan ahli DAP berhati-hati mengenai pisau tajam dalam DAP yang mampu menghapuskan mereka.

SEDOZEN PRU12 (3)

1. BN letak calon terbaik, DS Hishammuddin Hussein. (BH)

2. DAP mula retak.Penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah kecewa. (UM)

3. Pak Lah: Dont compare Malaysia with Singapore. (Star)

4. PAS mahu PKR tanding rembau, Datuk Husam Musa. (BH)

5. Dtk Mukhriz Mahathir tawar diri ke Langkawi. (UM)

6.PPP masih mengharap 14 kerusi dipulangkan. (BH).

7. DAP, PKR nearly ready, Lim Guang Eng. (The Star)

8. BN Selangor yakin sapu bersih semua kerusi: MB. (BH).

9.PSM will only give way if DAP fields strong candidate. (The Star)

10.UMNO members are orang utans, declares Nik Aziz. (NST)

11. Agihan adil kerusi punca perkongsian politik berjaya, TS MMT. (BH)

12. Engineer to face Datuk Seri Mahdzir Khalid. (NST)

BAGAIMANA PRESTASI MIC KALI INI?

Dalam Pilihanraya Umum, kebiasaannya prestasi MIC tidak akan ditentukan oleh pengundi India kerana ramai pemimpin MIC bertanding di kawasan yang ramai pengundi Melayu. Pengundi Melayu membantu memberi kemenangan kepada pemimpin MIC. Yang terakhir ialah pada Pilihanraya Kecil Ijok, Selangor pada 2007.

Pada PRU 2004, MIC mendapat sembilan kerusi Parlimen iaitu pertambahan dua kerusi. Namun parti itu hanya mendapat 3.2 peratus daripada peratusan undi keseluruhan. Angka ini lebih kecil daripada PKR yang mendapat 8.9 peratus dan PAS iaitu 15.2 peratus. UMNO mendapat 35.9 peratus manakala MCA pula ialah 15.5 peratus.

Oleh itu, perkembangan terbaru sebelum PRU 12 yang membabitkan demonstrasi dan tuntutan Hindraf, pastinya tidak banyak akan dipamerkan dalam pilihanraya kali ini terutama yang membabitkan Presiden MIC, DS S Samy Vellu, jika beliau bertanding di Parlimen Sungai Siput. Kecuali undi orang Melayu berubah kali ini seperti yang mereka lakukan pada PRU 1999 di beberapa kawasan termasuk yang ditandingi calon UMNO, PRU kali ini juga akan menyaksikan calon MIC tetap memenangi kawasan yang ditandinginya terutama kawasan yang ramai pengundi Melayu.

Namun begitu, Malaysiakini dalam laporannya semalam, berpendapat masyarakat India kini sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DS Samy Vellu jika diambilkira daripada dua peristiwa yang berlaku minggu lalu di mana sekumpulan orang India mengepung keretanya dan mengetuk tingkap kereta sehingga memaksa pihak berkuasa membantu untuk "membebaskan" keadaan itu. Yang lebih mengejutkan ialah orang India kini sudah berani menyorak "pemimpin" mereka di khalayak ramai.

Apakah peristiwa itu membawa sebarang erti kepada MIC dalam pilihan raya umum kali ini? Sama-sama kita tunggu perkembangan ini.

Sunday, February 17, 2008

ORANG KUAT TDM TIDAK BERTANDING

Datuk Seri Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM) pernah digembar-gemburkan mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beberapa bulan lalu.

Alasan pihak yang menyebarkan maklumat itu disebabkan masalah kesihatan dan beberapa insiden yang memaparkan bekas Ahli Parlimen Shah Alam tidak hadir di majlis kementeriannya yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri.

Dalam tulisan spekulasi dalam media perdana dan blog persendirian, ramai yang meramalkan DS Aziz akan digugurkan dalam Pilihan Raya Umum kali ini. Namun, beliau bersedia untuk meneruskan perkhidmatan kerana ketika ini masih boleh berjalan 10 kilometer. Dalam ertikata lain, beliau masih sihat dan boleh berkhidmat.

Hari ini, DS Aziz mengesahkan tidak bertanding pada PRU12.

JANGAN CUCI TANGAN SAJA

Sdr Norizan Sharif menulis mengenai tuntutan dan kegiatan Hindraf yang boleh menggugat perpaduan dan kesungguhan pemimpin Melayu untuk menangkis segala tohmahan dan tuduhan itu.

Ketika pemimpin Melayu berusaha untuk memperbetulkan persepsi itu sejak perkara itu diungkitkan, di kalangan pemimpin India pula ada yang bertindak "cuci tangan" dan membiarkan pemimpin UMNO bergelut serta bersilat dengan kumpulan yang tidak berpuas hati dengan mereka.

Jika semua pihak ikhlas untuk membantu kerajaan, mereka perlu membantu pemimpin UMNO dan Kerajaan menjelaskan apa yang dilakukan oleh BN sejak 50 tahun lalu terhadap masyarakat India. Jika ada kelemahan itu, semua pihak perlu mengaku kesalahan mereka dan memperbetulkan kesilapan lalu seperti kronisme atau pilih kasih.

PUAD ZAKARSHI BERTANDING?

Saya amat berharap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Haji Dr Mohd Puad Zakarshi, akan bertanding pada PRU12. Sebagai wartawan, saya melihat beliau antara pemimpin pelapis Melayu yang perlu diketengahkan oleh UMNO.

Bagaimana MB Johor, boleh ke atau sudah disenaraikan Dr Puad?

Dr Mohd Puad, seorang Senator, membuat penyelidikan dan membentangkan fakta serta hujjah yang bernas ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO dan Dewan Negara.

Pemimpin muda sebegini yang selalunya kelihatan tenang dan serius dalam tugas yang diberikan, perlu diketengahkan oleh pemimpin UMNO untuk menjadi teladan sebagai pemimpin berwibawa kepada wakil rakyat BN lain.

SEDOZEN PRU12 (3)

1. Pengacau pilihanraya dipantau, kata PM. (BH)

2. DS Hadi Awang to contest parliamentary and state seats. (NST)

3. Pemuda UMNO tidak pertahankan calon gagal. (UM)

4. TS Rahim Tamby Chik making a comeback? (NST)

5. Gerakan sedia hadapi muslihat DAP. (UM)

6. Dtk Azmi Khalid kecewa dan sedia bersara daripada politik. (BH)

7. Hampir 40 muka lama MCA digugurkan. (BERNAMA)

8.MIC leaders fight for Johor seats. (NST)

9. BN ada banyak bukti kejayaan, PM. (BERNAMA)

10. UMNO will not use personal issues to attack PAS leaders. (BERNAMA)

11. DS Shahrizat Abdul Jalil tidak mahu ramal jadi calon. (UM)

12. Dtk Abdul Ghani Othman to defend Serom seat. (NST)

Saturday, February 16, 2008

KERAJAAN WAKILI PELBAGAI KAUM BAIK UNTUK MALAYSIA

Kerajaan yang dianggotai pemimpin pelbagai kaum adalah pasukan terbaik untuk memerintah negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kerajaan inilah, daripada Perikatan sehinggalah Barisan Nasional ketika ini, yang berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan membangun sejak mencapai kemerdekaan.

DS Abdullah berkata demikian dalam Perjumpaan Bersama Rakyat di Sungai Petani, Kedah sebentar tadi. Majlis itu disiarkan secara langsung oleh RTM.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

SELANGOR , PRU12 DAN MEDIA BARU



Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (gambar) sebelum ini menemui pemilik dan pengendali news portal seperti AgendaDaily, KLPos dan Malaysiakini serta beberapa penulis blog untuk bersembang dan bertukar-tukar pandangan mengenai "zaman pemerintahannya".

Banyaklah perkara yang selama ini menjadi tandatanya dihuraikan menerusi pelbagai soalan daripada kulit mukanya yang licin sehinggalah PRU12.

Kini dalam persiapan menghadapi PRU12, Kerajaan Selangor selagi lagi menggunakan media baru dalam menerangkan program pembangunannya menerusi www.pru12.net untuk pemahaman pengundi. Selamat membaca.

SEDOZEN PRU12 (2)

1. Ini pilihanraya yang terakhir buat saya, kata Datuk Seri Ong Ka Ting. (The Star)

2. DS Najib Tun Razak kata BN mahu tawan semula Kelantan. (BH)

3. "Saya tidak layak" kata Dtk Idris Haron mengenai spekulasi beliau bakal menjadi Ketua Menteri Melaka. (UM).

4. DAP senaraikan 16 nama termasuk Lim Guan Eng. (UM)

5. Dtk Law Heing Ding dan Dtk Adenan Satem (Sarawak) tidak bertanding. (BH)

6. DS Pairin Kittingan kecewa berdepan adik sendiri. (UM)

7. Ex-teacher for Bakri seat? (NST)

8. Wee makes bid for Bukit Bintang again. (NST)

9. DS Rafidah Aziz tidak kisah bertanding di mana-mana. (UM)

10. MIC ketengahkan ramai muka baru. (BH)

11. "Saya tidak kecil hati" kata DS Aziz Shamsuddin mengenai spekulasi beliau akan digugurkan dalam PRU12. (UM)

12. BN has 15 seats to worry about in Perak. (NST)

TUJUH MENTERI TIDAK BERTANDING?


(Apakah nasib DS Azmi Khalid dan DS Radzi Ahmad? Sama atau berbeza? Gambar AgendaDaily)

Kawan saya, Wong Sai Wan daripada The Star menulis dalam akhbarnya, tujuh Menteri tidak akan bertanding lagi pada PRU 12.

Yang sudah pasti ialah Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik dan Datuk Seri Effendi Norwawi. Kita ucapkan terima kasih kepada Pak Menteri yang telah berkhidmat kepada negara.

Friday, February 15, 2008

SEDOZEN PRU12 (1)

1. Dtk Niz Aziz Nik Mat, selesa tanding di DUN Chempaka, Kelantan. (UM)

2. DS Dr Rais Yatim, sedia tanding lagi. (UM)

3. DS Mohd Najib Tun Razak jadi Pengarah PR BN. (BH)

4. Dtk Ong Tee Kiat beri gambaran pertahankan Parlimen Pandan. (UM)

5. TS Koh Tsu Koon, sayangkan Pulau Pinang. (mestilah sayang) (UM)

6. DS Mohd Effendi Norwawi ucap selamat tinggal dan tidak bertanding. (The Star)

7. PRU12 - 13 hari tempoh berkempen. Paling tinggi pada 1955 (42 hari). (BH)

8. Pengerusi MIC Johor, Dtk KS Balakrishnan tidak akan bertanding. (UM)

9. Shamsul Iskandar Mohd (PKR) tanding Parlimen Jasin. (UM)

10. Bekas AP Kota Melaka, Wong Nai Chee sedia pertahankan Kota Melaka, Melaka. (UM)

11. Wanita UMNO dapat tambahan empat kerusi (UM)

12. UMNO yakin rampas Permatang Pauh. (BH)

PILIHLAH YANG BERWAWASAN DAN JUJUR

Ini tulisan ringan sempena PRU12.

Hard-T dalam blognya menyatakan saya antara blogger yang bolehlaa menjadi calon bebas pada Pilihanraya Umum kali ini. Hard-T juga memilih harimau sebagai logo saya dalam PRU nanti. Calon bebas? Terima kasihlah kerana memberikan cadangan.

Duit saya tidak banyak, oleh itu saya tidak akan bertanding sebagai calon bebas. Jika hendak bertanding, pasti memerlukan banyak wang. Berguni? Jentera berkempen bagaimana? Siapa hendak tolong mencetak poster? Siapa pula hendak memasang poster? Phening-phening. Macam mana pula jika pengundi meminta wang? Jika seorang, bolehlah bagi RM10, tetapi jika 40,000 orang atau lebih, gerentinya akan pokai.

Perkara lain yang perlu difikirkan ialah selepas menang, macam mana pula. Oleh itu, terpaksa lupakan saja. Baiklah guna tenaga, duit, masa dan segalanya untuk perkara yang berfaedah. Tidak payahlah hendak mencuba nasib seperti sesetengah pihak.

Saya tidak akan meminta untuk menjadi calon PRU tetapi kalau orang hendak memberi, jangan pula kita menolaknya. Hakikatnya, beratus ribu orang berangan untuk menjadi calon pilihanraya. Inikan pula terpijak. Turun terus dari langit. Apa lagi..

Namun bukan satu tugas mudah untuk berkempen menyakinkan rakyat untuk memilih kita. Kalau bekas Menteri pun boleh kalah, inikan pula orang baru. Kalau sudah ada track record takpelah. Ini wartawan seumur hidup. Buat berita untuk rakyat, semua lapisan.

Namun, wartawan sebenarnya adalah wakil rakyat tidak rasmi kerana semua pihak datang mengadu dan meminta pertolongan. Daripada di bawah sehinggalah yang di atas. Daripada petani hingga ke Perdana Menteri. Cuma, kita tidak memberi wang untuk menarik mereka membaca media yang kita wakili. Saya tidak memberi wang untuk mereka membeli Berita Harian (dulu-dulu), tetapi mereka perlu mempunyai wang untuk akhbar itu. Jika hendak membeli akhbar kerana penulisan kita baik atau akhbar menyiarkan berita bagus, silakan. Jika tidak suka, bolehlah pulaukan atau bakar suratkhabar itu. (tetapi balik fikir, mengapa bakar, kan elok jual sebagai paper lama). Tepuk dada.... Boleh juga baca blog atau news portal seperti MalaysiaToday atau Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat terbaru terutama ketika PRU 12.

Parti? Yang memperjuangkan kepentingan rakyat sejak dulu lagi. Parti yang mempunyai wawasan. Parti yang mempunyai track record. Parti yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil dan sistem pengurusan yang cemerlang. Jika parti tidak berwawasan, macamana hendak memberi sumbangan kepada rakyat. Tiada wawasan jelas, tiadalah program berfaedah untuk rakyat. Parti yang tiada duit, bagaimana pula hendak menganjurkan pelbagai program untuk rakyat terutama kegiatan public relations. Jika tiada kedudukan kewangan kukuh, orang boleh beli kita. Tidak kiralah dalam atau luar negara. Mereka akan menentukan segalanya. Ini tidak bagus. Jika parti tidak diuruskan dengan baik, bagaimana pula hendak menjadi wakil rakyat parti yang boleh memerintah negara. Namun, yang penting, tolak calon pilihanraya yang rasuah, yang malas dan tidak suka bekerja. Tolak calon pilihanraya yang banyak cakap, menabur janji tetapi tidak dapat melaksanakannya dan malas untuk menjengok pengundi. Tepuk dada....

Thursday, February 14, 2008

BERKHIDMAT VS MENCUBA NASIB

Datuk Seri Hadi Awang berminat untuk bertanding di Kepala Batas menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini yang dilaporkan oleh media hari ini termasuk media baru.

Jika berlaku, jawapannya pasti sudah ada - DS Hadi tentu kalah.

Jawapan ini mengambilkira logik keputusan pada PRU 2004. Pada PRU 2004, ketika melawan Datuk Abdul Rahman Bakar yang tidak mempunyai sebarang jawatan sekalipun, DS Hadi kalah, inikan pula "bersilat" dengan seorang Perdana Menteri digelanggangnya. Mungkin strategi bertanding di dua tempat membawa padah kepada DS Hadi. Tak tahulah..

Pengundi Kepala Batas sudah pasti tidak mahu "anak tempatan" mereka hilang jawatan. Mereka juga pasti tidak mahu pemimpin yang disanjungi selama ini rebah.

Bagi mereka, pemimpin yang dihormati dan disayangi, mungkin tidak sempurna tetapi umum tahu beliau sudah menunjukkan kebolehannya. Bermula dari bawah, pernah diketepikan dan diberikan tempat semula. Kini memegang tampuk pemerintahan untuk meneruskan dan memperbaiki pemerintahan pemimpin dulu. Sebagai ketua, kesalahan orang lain juga terpaksa dipikulnya atau dijadikan bahan cacian atau sumpahan.

Berbanding DS Hadi, beliau hanya "terperok" di Rhu Rendang saja. Sepenggal menjadi MB dan rakyat Terengganu memberi laluan kepada BN. Mereka tidak tersalah pilih, kerana mendapat MB yang cerdik. Sekarang ini, perlu memilih pemimpin yang cerdik dan mempunyai pasukan yang berwawasan. Bukan tangkap muat saja. Bukan sekadar "bising-bising" ketika pilihanraya saja. Bukan hangat-hangat tahi ayam saja. MB sekarang, cerdik orangnya. Lihat saja keputusan SPM Datuk Seri Idris Jusoh, dan anda akan dapat menilai siapa orangnya. Pemimpin mesti bijaksana dan bijaksini. Bukan pandai berucap dan bercakap saja. Berucap mungkin lembik tetapi kerja jalan.

Oleh itu, DS Hadi ambillah iktibar daripada pertembungan MCA dan DAP di Seremban pada PRU sebelum ini. Hasilnya, Datuk Lee San Choon mengalahkan Dr Chen Man Hin. Pengundi Cina Seremban bijak memilih wakil yang dapat membela mereka. Bukan hanya pandai membangkang dan memperjuangkan nasib golongan tertentu saja.

Dari segi "di mana dan berapa tempat hendak bertanding", inilah kelebihan parti pembangkang berbanding beberapa parti komponen BN terutama UMNO, MCA dan MIC. Pembangkang membenarkan calon mereka bertanding di Parlimen dan DUN sedangkan UMNO, MCA dan MIC menetapkan hanya satu kerusi saja. Kalah atau menang. Satu kerusi saja.

Objektif BN ialah agar calon yang bertanding berusaha gigih menyakinkan pengundi, merekalah wakil rakyat yang layak di kawasan itu. Agar mereka memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan dan membela nasib rakyat. Jika kalah, (kerana pelbagai faktor), waima seorang bekas Menteri sekalipun, seperti yang berlaku kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, BN tetap akur dan berusaha lagi pada PRU akan datang. BN mencari faktor-faktor yang menyebabkan kekalahan calon mereka. Berusaha lebih gigih.

Bagi pembangkang, hasrat mereka bertanding di dua tempat jelas menampakkan strategi mencuba nasib. Kalau satu menang, oklah tetapi kalau menang di kedua-dua tempat, satu bonus. Bonus kepada parti dan individu, bukan kepada pengundi. Percaya dan yakinlah. Inilah yang dilakukan oleh LKS sejak sekian lama. Dari Melaka ke PP dan ke Ipoh Timur dan kini mahu ke PP sekali lagi. Kini, ingin mengetengahkan anaknya di PP sebab di Melaka, ahli DAP pun tidak menerimanya.

Persoalannya, adakah pengundi mahu memilih wakil rakyat yang gemar "mencuba nasib", cakap "berdegar-degar" atau wakil rakyat benar-benar berkhidmat. Tepuk dada....

JANGAN DIANIAYA PEKERJA ASING.

Membaca Malay Mail (mks 5) hari ini mengenai nasib pekerja asing dari Bangladesh, Nepal, India dan Sri Lanka, membuat saya tertanya-tanya berapa ramai lagi yang mengalami nasib yang sama di negara ini. Berapa orang dan di manalah mereka sekarang?

Tiada tempat tinggal yang sesuai, diperlakukan macam haiwan, penderaan, tidak cukup makan, gaji lambat dan ada yang tidak dibayar serta pelbagai masalah lagi. Menghairankan ialah mereka yang menguruskan pekerja asing ini seolah-olah bebas untuk melakukan apa saja. Tiada peraturan ke mengenai pekerja asing? Apa ni?

Yang paling teruk ialah berpuluh-puluh orang tersadai dan "tinggal di bawah satu jejambat di Kuala Lumpur. Alangkah sedih dan malunya. Peristiwa ini pernah dipaparkan oleh TV3 sedikit masa lalu. Siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini - pekerja asing dianiayai. Ia berlaku seolah-olah semua orang boleh berbuat sesuka hati mereka dengan pekerja asing ini. Tolonglaa selesaikan.

(Renungan Rimau : Jika kebetulan ke Shah Alam, anda akan melihat ramai pekerja asing berjalan kaki daripada Tesco, Shah Alam ke rumah masing-masing secara berkumpulan. Sambil membawa beg plastik (tentu dipenuhi barang-barang makan) mereka berjalan kaki, demi untuk menjimatkan wang atau tiada kenderaan lalu di situ.)

KENG YAIK SEORANG SAJA BERSARA?

Cerita Bernama semalam menarik kerana Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik saja yang mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dalam Kabinet. Yang lain katanya, tidak berbuat demikian kerana tidak mahu bersara lagi.

Apakah semua Menteri tidak mahu bersara lagi? Apakah semua Menteri akan dipilih semula untuk bertanding di kawasan yang sama atau bertukar tempat? Apakah semua Menteri yang bertanding akan dilantik semula menjadi Menteri? Antara Menteri yang bertanding sebelum ini dan menang tetapi tidak dilantik menjadi menteri ialah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman. Ada juga Menteri Besar dan Ketua Menteri menjadi Setiausaha Parlimen saja selepas menang pilihanraya umum. Jadi bagaimana? Hendak bertanding di mana? Tiada kawasan? Takpe...

Wednesday, February 13, 2008

KISAH YUSNI JAAFAR DI BEB.COM.MY


Keadaan terkini Yusni Jaafar di news portal hiburan [ beb.com.my ].

AGONG PERLU PERKENAN DAHULU....

Munafik. Berbohong. Itulah antara perkara atau gelaran yang dilemparkan kepada Pak Lah dalam media baru termasuk blog persendirian hari ini semata-mata kerana kenyataannya semalam bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan esok. Kenyataan itu disiarkan oleh media arus perdana. Ramai yang mempercayai kenyataannya itu - tiada pembubaran hari ini. Hari ini, Parlimen dibubarkan.

Dalam sidang media khas tengah hari tadi, Pak Lah turut ditanya mengenai penafiannya semalam. Soalannya ialah: "Apa yang menyebabkan Dato’ Seri membubarkan Parlimen hari ini kerana semalam Dato’ Seri menafikannya."

Jawapan yang diberikan oleh Pak Lah ialah : "Saya tak boleh memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum lagi buat keputusan. Jadi macamlah mana saya nak buat kenyataan atau pun memberi isyarat… itu tidak boleh. Yang di-Pertuan dulu mesti tahu dan Yang di-Pertuan Agong mesti buat keputusan."

Ditanya mengenai keyakinan Barisan Nasional untuk menang pada pilihan raya akan datang, Pak Lah berkata: "Kita telah melaksanakan apa yang kita janji kepada rakyat. Banyak program-program yang telah kita mulakan. Kita akan terus memastikan program-program yang telah pun dilaksanakan itu akhirnya akan menghasilkan kejayaan seperti yang diharapkan dan memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negara kita itu harapan kita. Rakyat tahu rekod Barisan Nasional selama ini adalah rekod yang baik. Kita telah dapat menjayakan pembangunan negara menaikkan tarafnya, peringkatnya, tahapnya daripada satu tahap ke satu tahap yang lebih tinggi. Begitulah harapan kita supaya kita akan terus memberi khidmat yang terbaik untuk menambah nilai kepada kejayaan yang telah pun kita perolehi selama ini, Kita ada pengalaman, kita ada kemampuan dan kita boleh menjayakan segala rancangan pembangunan yang sedang berjalan pada waktu ini."

PANGLIMA PERANG SEDIA BERTEMPUR

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berdiri di sebelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika sidang media khas mengenai pembubaran Parlimen di Putrajaya tengah hari tadi, kelihatan seperti panglima perang yang telah bersedia untuk menggempur lawan di medan peperangan tidak lama lagi.

Beliau yang mengadakan lawatan ke seluruh negara sejak tiga minggu kebelakangan ini, dilihat mengangguk-anggukkan kepala apabila wartawan pada sidang media itu bertanya kepada ketuanya mengenai kedudukan jentera dan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di seluruh negara. Menjawab soalan itu, Pak Lah berkata jentera BN sudah bersedia.

Anggukan DS Najib itu memaparkan bahawa sebagai panglima perang, beliau tentu sudah memastikan bahawa semua "askar-askar" BN sudah siap sedia untuk menghadapi lawan dalam peperangan demokrasi yang akan menentukan siapa yang akan memerintah selepas PRU12. Walaupun parti kerajaan dan pembangkang sudah berkempen sejak sekian lama, namun gerakan terakhir dalam tempoh sebelum hari mengundi akan menentukan siapakah yang pengundi pilih, terutamanya pengundi di atas pagar.

Semalam, DS Najib mengakui bahawa beberapa isu dan perkara semasa yang timbul kebelakangan ini meresahkan rakyat. Namun daripada penjelasan yang diberikan oleh kerajaan termasuk pelbagai program dan tindakan seperti penubuhan Majlis Harga Negara berjaya mengurangkan keresahan itu. Dalam ertikata lain, rakyat dikatakan mula memahami isu-isu berkenaan terutamanya yang membabitkan kenaikan harga barang dan tindakan membanteras golongan yang menyalahgunakan subsidi.

Subsidi bertujuan membantu golongan yang memerlukan di negara ini. Tetapi disalahgunakan oleh pihak tertentu yang secara langsung mengaut keuntungan dan "membantu" rakyat negara jiran di Utara dan Selatan. Ada angka membabitkan pemberian subsidi dan industri yang mendapat subsidi, tidak selari. Sebagai contoh dalam industri perikanan, subsidi bertambah pada tahun lalu tetapi jumlah tangkapan ikan menurun. Ini menyebabkan kerajaan meneliti semula pemberian subsidi yang bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.

RAKYAT PERLU MEMAHAMI ISU SEMASA

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berharap rakyat negara ini memahami isu serta perkembangan semasa yang ada kaitan dengan negara ini dan berfikiran objektif dalam membuat penilaian ketika mengundi PRU12.

Dalam sidang media khas yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3 sebentar tadi, beliau yang ditemani Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berharap rakyat akan memberi sokongan besar sekurang-kurangnya dua pertiga kepada Barisan Nasional(BN)sepertimana yang diberikan pada Pilihanraya Umum 2004.

Datuk Seri Abdullah juga berharap ketika PRU12 terutama pada hari penamaan calon dan pengundian, tiada sebarang gangguan yang menyusahkan rakyat untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

PARLIMEN DIBUBARKAN HARI INI

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen mulai hari ini. Yang Dipertuan Agong telah menandatangani pengisytiharan pembubaran ini.

PENGUMUMAN PENTING 12.30 TENGAH HARI?

Ada pengumuman penting jam 12.30 tengah hari ini?

Semuanya sudah bersiap sedia.

Tunggulah di hadapan televisyen anda tengah hari ini. Itupun jika ada siaran langsung. Jika tidak, tunggulah berita RTM dan TV3.

EUROPE 2008

Pasukan mana pilihan anda?

Tahniah TV3 kerana memaparkan perlawanan dan jaringan menarik dalam Euro sebelum ini.

Pada 1980, Jerman menjadi juara mengalahkan Belgium.

Malaysia, tidak layak.

Ya..tidak layak kerana ini untuk negara Eropah saja. Kan namanya pun Euro...

Tapi....kalau dibenarkan bertandingpun...masih tidak layak. Team kaput.

Tuesday, February 12, 2008

MEDIA BARU PENGARUHI UNDI PRU12?

Ketika Khairy Jamaluddin (KJ) berpendapat bahawa internet hanya akan memainkan peranan penting dalam pilihanraya akan datang (bukan kali ini tetapi PRU 13) seperti yang dinyatakan di sini , pencabar beliau, jika KJ bertanding di Parlimen Rembau, sudah memulakan kempen sibernya untuk berhadapan dengan Naib Ketua Pemuda UMNO itu. Alamat blog calon Rembau daripada PKR itu disiarkan oleh blog persendirian tertentu.

Saya pernah menulis mengenai kepentingan media baru sebelum ini dan berpendapat bahawa ia akan menjadi antara perkara menarik yang akan berlaku pada PRU kali ini. Alasannya ialah: " Sejak kebelakangan ini, bilangan blog bertambah ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan". Pelbagai bentuk blog yang dihasilkan. Ada yang berbentuk online diary, news portal atau blog yang mengandungi album gambar. Masing-masing ada tujuan dan matlamatnya. Ada yang syok sendiri, mengeletek hati, merapu atau serius. Walaupun media baru ini sudah muncul sejak 1980an lagi, tetapi penggunaan secara meluas di Malaysia ini boleh dilihat sejak 2000 dengan kemunculan beberapa news portal seperti Agendadaily, MalaysiaToday, Malaysiakini dan blog-blog persendirian seperti ScreenShots yang dikendalikan oleh Jeff Ooi, bekas kolumnis NST dan kolumnis Malaysian Business, majalah keluaran Berita Publishing Sdn Bhd. Kewujudan media baru ini sudah pasti akan memberi keuntungan kepada pihak yang mahir menggunakannya."

Persoalannya, apakah media baru ini akan berjaya mempengaruhi undi dalam PRU 12?

Jika ditanya golongan yang suka membaca blog atau "blog hopper" (bukan grasshopper), terutama yang mengikuti komen diberikan pembaca blog, sudah pasti mereka merasakan bahawa rakyat negara ini akan "membuat sesuatu" pada pilihanraya kali ini. Apatah lagi dengan pelbagai isu yang diutarakan seperti kenaikan harga barang dan perkembangan politik semasa di negara ini.

Tetapi jika bertanya kepada golongan yang tidak membaca media baru termasuk news portal dan blog persendirian, mereka mungkin tidak menyedari "apa yang berlaku" dalam dunia siber dengan pelbagai kecaman, tohmahan, nama gelaran, caci mencaci, membuat tuduhan dan segala macam luahan hati rakyat negara ini. Ada pembaca blog yang marah serta geram dan ada juga yang terlalu taksub dengan idealogi mereka sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah terfikir oleh kita sebelum ini.

Bagi golongan yang hanya membaca media perdana atau mengikuti siaran televisyen Astro, TV3 atau RTM, mereka merasakan Malaysia berjalan lancar, semuanya ok serta berpuas hati dengan segala pembangunan yang dibawa oleh kerajaan sekarang. Dalam ertikata lain, fikiran mereka tidak akan berkecamuk dengan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak. Walaupun ada berita mengenai kesusahan atau kegusaran rakyat di televisyen, ia seperti laporan terdahulu yang semata-mata untuk mengingatkan kerajaan yang memerintah untuk terus membela "orang bawah". Mereka hanya menjalankan kehidupan seperti biasa dan menghadapi masalah seadanya.

Apapun, kita tunggu keputusan PRU12. Ramai yang yakin BN tiada masalah untuk mengekalkan dua pertiga kerana rakyat mahukan kesinambungan kehidupan sekarang. Selepas PRU12, bolehlah kita membuat telahan mengenai peranan yang dimainkan oleh media baru terutama blog persendirian terutama ahli politik pembangkang dan yang pro pembangkang.

Monday, February 11, 2008

MUKHRIZ DI PARLIMEN LANGKAWI?

Kawan memberitahu saya bahawa beliau mendapat maklumat bahawa Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi pada PRU 12. Ada ke berita sebelum ini mengenai perkara itu? Saya pun tidak pasti, dan kalau pernah dilaporkan, betullah maklumat berkenaan.

Apapun, EXCO Pemuda UMNO dan peneraju Aman Malaysia itu perlu diberikan peluang untuk bertanding bagi membolehkan beliau menjadi antara pemimpin pelapis Melayu pada masa akan datang.

Apakah Datuk Mukhriz akan menjadi pemimpin berwibawa seperti bapanya? Masa akan menjawabnya.

Ikuti tulisan BIGDOG [ di sini ] mengenai kejayaan misi kemanusiaan Aman Malaysia baru-baru ini.

TRIANG OH TRIANG...

Kawan saya dari Triang, Pahang. Bapanya anggota DAP dan beliau ahli MCA.

Sejak beliau menjadi ahli MCA, bapanya kurang bergiat dalam politik. Mungkin menghormati beliau yang berusaha gigih untuk memastikan kawasan itu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN). Sejak 1990, Triang dimenangi oleh DAP dan calon BN pada PRU 2004 adalah daripada Parti Gerakan. Kali ini, mungkin Gerakan lagi.

Ikuti tulisan Rosli Ismail mengenai Triang [ di sini ] dan usaha BN untuk memenangi kawasan berkenaan kali ini.

HON CHOON KIM MAHU UNDUR DIRI

Datuk Hon Choon Kim, Ahli Parlimen Seremban, menyatakan hasrat untuk berundur.

Menurut beliau, kini adalah masa yang sesuai untuk beliau berundur.

Walaupun mahu berundur, Timbalan Menteri itu berjanji untuk membantu calon partinya pada PRU 12.

Perkara itu dilaporkan oleh Buletin Utama, TV3 malam ini.

Latarbelakang Datuk Hon [ di sini ].

BERNIAGA BIDANG YANG KITA MAHIR

Tengahari ini, saya bersembang dengan kawan lama di Restoran Mehbob. Beliau belanja.

Kami berbual mengenai dunia perniagaan. Kesimpulannya ialah jika kita tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, kita tidak payahlah berniaga dalam bidang itu. Pilihlah bidang yang kita mahir agar tidak gagal dan terpaksa "gulung tikar". Dalam ertikata lain, jika media adalah bidang kita, janganlah kita ingin menceburi bidang pengeluaran minyak atau petrokimia. Melainkan kita mempunyai pakar yang boleh menasihatkan selok-belok perniagaan. Itupun, pilihlah pakar yang boleh dipercayai.

Dalam pada itu, kita juga perlu mengetahui 50 peratus bidang perniagaan yang kita ceburi kerana jika pakar itu "lari" atau "membawa diri" sudah pasti kita akan terkontang-kanting mencari haluan. Itupun jika ada laluan. Umpamanya, jika berniaga tekstil, kita mesti tahu jenis-jenis tekstil, harga, sumber, pasaran dan kumpulan sasaran. Jika kita mengharapkan pakar yang memberi nasihat, maka kita akan "bungkus" apabila pakar itu membawa diri atau lesap setelah mendapat keuntungan.

Sekadar renungan.

Sunday, February 10, 2008

DR KOH TSU KOON PASTI JADI MENTERI...

Malam ini, Buletin Utama TV3 menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang bersedia untuk bertanding di Parlimen. Sebelum ini, tidak begitu pasti. Kemungkinan untuk mendapat lampu hijau daripada Pak Lah.

Satu perkembangan yang sudah dijangka kerana beliau dilihat akan menggantikan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik sebagai Menteri Kabinet yang mewakili Gerakan. Sebelum menyertai politik, Dr Koh adalah pensyarah dan Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan USM dari 1975 hingga 1982. Beliau adalah graduan Princeton University, USA pada 1970 dengan ijazah dalam bidang fizik. Dr Koh mendapat Phdnya daripada University of Chicago pada 1977 dalam bidang ekonomi dan sosiologi pendidikan.

Siapa pula yang akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Ada tiga nama yang dikatakan dicalon oleh pucuk pimpinan Gerakan. Antaranya Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, "the giant killer" yang menumbangkan pemimpin DAP di Pulau Pinang. DS Chia, graduan USM ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Setiausaha Agung Gerakan.

SIAPA PATUT JADI WAKIL RAKYAT?

Setelah 50 tahun merdeka, Malaysia perlu mempunyai Ahli Parlimen yang terbaik untuk berhujjah dan mengetengahkan semua isu kepentingan rakyat di Dewan Rakyat. Tidak kira kerajaan atau pembangkang, Ahli Parlimen itu perlu membuat kajian dan penyelidikan untuk memastikan hujjah yang dikemukakan bernas dan menyakinkan.

Hujjah yang diutarakan benar-benar dapat membantu rakyat terutama di bawah yang sentiasa mengharapkan wakil rakyat mereka membela dan memperjuangkan kehidupan mereka. Orang bawah mahu wakil rakyat membawa perubahan. Wakil rakyat yang cergas, mengambil tahu serta memberi perhatian masalah rakyat dan mengemukakannya kepada pihak berwajib di dewan yang mulia itu. Hujjah dan cadangan mereka perlu diterima oleh pihak berwajib untuk melaksanakannya demi kepentingan jangka panjang rakyat.

Bukan hentam keromo saja. Bukan bercakap sia-sia saja. Bukan mencari publisiti murahan. Bukan menentang kerana ingin menentang. Bukan buat lawak bodoh atau menyinggung perasaan orang lain. Bukan mereka yang menghina kaum atau agama lain. Bukan kosong tetapi berisi. Bukan mengutarakan perkara yang tidak benar atau berdasarkan khabar angin seperti yang pernah dilakukan oleh pemimpin pembangkang mengenai deejay radio Tamil yang dikatakan dibuang. Sebenarnya tidak, malah deejay itu mempunyai masalah tersendiri menyebabkan ketuanya (juga kaum India) melakukan tindakan berkenaan. Tiada campurtangan dan bukan tindakan perkauman.

Oleh itu, pilihlah wakil rakyat yang bijak serba-serbi, sihat, berilmu pengetahuan, banyak membaca, memperjuangkan kepentingan rakyat, jujur, tiada skandal, amanah, tinggal di kawasan atau selalu balik menjengok pengundi, berwawasan, mementingkan pengundi daripada dirinya sendiri, sedia berkorban dan yang penting berjiwa rakyat.

Mereka perlu menolak pemimpin yang bodoh, rasuah, menganggu keluarga orang lain, merompak hak rakyat, mengambil tanah milik individu, agensi atau institut pengajian tinggi, menyapu bersih semua projek kerajaan, merampas aset atau syarikat kerajaan kerana berkuasa dan memberikan kepada kroni mereka tanpa memperdulikan pelaburan tinggi yang dilakukan oleh kerajaan (hasil cukai rakyat), membuang pekerja yang amanah dan jujur, menonjolkan keluarga sendiri dalam kenaikan pangkat atau memberi projek tertentu dan gemar mengangkat keluarga sendiri dalam politik.