Monday, February 4, 2008

TS MUHAMMAD MUHD TAIB BERTANDING?


Tan Sri Muhammad bakal kembali…?
(Gambar Agenda Daily)

Saya mengenali Tan Sri Muhammad Muhd Taib ketika menjadi Pengarang Berita di Berita Harian. Beliau seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan usaha untuk menaikkan martabat orang Melayu. Tidak hairanlah beliau memperkenalkan "Melayu Baru".'

Nasib kurang menyebelahinya kerana kes beliau di Australia, menyebabkan TS Muhammad meletakkan jawatan. Beliau sendiri berbuat demikian demi kepentingan parti. Ramai pihak yang menyatakan beliau "diperangkap" oleh pihak tertentu. Ini kerana beliau memang sudah menjadi jutawan sebelum memegang jawatan Menteri Besar.

Apapun, perkara itu sudah lama berlalu dan beliau kini diberi peluang untuk menjadi salah seorang pemimpin UMNO yang berjawatan Ketua Penerangan. Kemudian TS Muhammad dilantik menjadi Senator dan ada ura-ura hendak dilantik menjadi Menteri. Setidak-tidaknya mewakili kuota Selangor, yang tiada Menteri langsung dalam Kabinet ketika ini. Yang ada ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Datuk Seri Aziz Shamsuddin. Tetapi beliau orang Perak dari Bahagian UMNO Gopeng.

Apakah Pilihanraya kali ini TS Muhammad akan bertanding? Ikuti berita mengenai perkara itu dalam [ Agenda Daily ].

4 comments:

Rio said...

Amat bersyukur sekiranya Tan Sri Muhammad dpt bertanding pd PRU ke 12 ini.Beliau adalah diantara pemimpin yg berkarisma dan berpandangan jauh.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rio,

UMNO memerlukan ramai pemimpin berpengalaman untuk membimbing pemimpin muda yang adakalanya "terlepas pandang" banyak perkara sehinggakan orang Melayu memandang serong kepada niat dan perjuangan parti ketika ini.

Kulupbana said...

YBhg Datuk,
Saya juga mengenali TS Muhammad Muhd Taib yang kami gelar 'Mike Tyson'ketika era kewartawanan dahulu. Beliau kental, dinamik dan berwawasan ketika menerajui Selangor dahulu. Secara peribadi beliau amat disenangi kerana sentiasa bersikap 'sporting' dan murah dengan senyuman walau diasak bertubi-tubi dengan soalan-soalan kontroversi.

Elok lah seandainya benar Tan Sri akan kembali menyumbangkan bakti tanpa mengira di peringkat negeri mahupun nasional. Sekurang-kurangnya kehadiran TS memberikan cabaran sihat pada tenaga kepimpinan baharu.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Saya yakin semua wartawan akan mengingati TS MMT kerana keikhlasannya menyediakan nasi bungkus setiap hari di pusat media yang seterusnya mendorong pengurusan PWTC menyediakan makanan percuma kepada wartawan ketika perhimpunan selepas itu.

Tanpa nasi bungkus TS dulu, bayangkan betapa sukarnya wartawan untuk mencari makanan ketika sibuk bekerja di PWTC selain terpaksa mengeluarkan "ongkos" untuk membeli makanan yang mahal.

Terima kasih daun keladi, harap-harap Mike Tyson terus menjadi.