Monday, February 18, 2008

NIK AZIZ MANUSIA BIASA.......

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz, yang akan mempertahankan kerusi Parlimennya kali ini, mungkin terkejut dengan kenyataan MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam berhubung tindakannya menyamakan pemimpin UMNO dengan orang utan.

DS Rafidah ingin meminta penjelasan MB itu mengenai pemberian gelaran berkenaan kerana baginya, Nik Aziz tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan itu sebagai seorang guru agama.

Nasihat saya ialah tidak payahlah mendapat penjelasan daripada Datuk Nik Aziz kerana beliau adalah manusia biasa. Saya pernah menemuramah beliau sebelum ini dan terkejut dengan beberapa perkataan yang terkeluar daripada mulutnya pada hari temuramah itu. Selepas itu, saya lebih menganggap beliau sebagai "orang politik" yang mampu mengeluarkan "kata-kata" yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita.

Seorang pemimpin PAS juga pernah mengeluarkan kenyataan "pengembala babi". Jika perkataan itu keluar daripada orang biasa tidak menghairankan, tetapi daripada pemimpin PAS, sudah pasti ramai yang terkejut.

Oleh itu, tidak payahlah terkejut lagi. Tunggulah hamburan perkataan lain.

Diharapkan lebih ramai golongan muda yang tenang, berfikiran waras dan bijak berpolitik dalam PAS seperti Salehuddin Ayub, orang Johor yang mendapat tempat di Kelantan. Jika tidak, macam-macam perkataan akan keluar.

2 comments:

Norizan Sharif said...

setuju dengan pandangan dato. he is just a politician. kalau nak undi calon lain di DUN cempaka pun boleh :)

ibrahim yahaya said...

Sdr Norizan,

Terpulanglah kepada pengundi DUN Chempaka......Yang penting proses demokrasi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.