Dalam politik tidak boleh terkejut dan melatah. Hati mesti kuat seperti batu dan halus seperti tepung. Kuat menerima tekanan dan lembut ketika menerima cabaran. Jika tidak terpilih jangan terkejut dan jika terpilih jangan melatah. Ikut sikap bekas Ahli Parlimen Jasin, Melaka, Datuk Mohd Said. Calm and cool walaupun gugur.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman bakar, digugurkan pada PRU12. Beliau terkejut dengan pengumuman MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, semalam.
Pada mulanya, saya juga ingin tahu mengapa giant killer , yang mengalahkan Presiden PAS itu, digugurkan. Tetapi selepas membaca penjelasan MB Terengganu dalam media, saya boleh dan cuba memahaminya.
Datuk Seri Idris berkata, calon yang terpilih di Terengganu adalah yang terbaik dari segi politik, peribadi, sokongan rakyat dan pengundi. Mesti kesemuanya. Dalam ertikata lain, jika rakyat menyokong tetapi peribadi kita tidak baik, maka tidak akan disenaraikan. Begitu juga jika peribadi baik tetapi tidak siapa yang mahu kita di kawasan itu, sudah pasti susah untuk memenangi kawasan yang dicalonkan.
Oleh itu, ketika ini adalah lebih sesuai bagi saya berusaha menjadi penulis blog yang budiman dari segi menulis, peribadi, mendapat sokongan pembaca dan mempunyai minat yang mendalam dalam membongkarkan kemungkaran dan penyelewengan.
Bukanlah pandai semua perkara, oleh itu, pembaca yang bijaksana, bijaksini dan mahu berkongsi pendapat serta maklumat termasuk mengenai kemungkaran (bukan untuk memfitnah orang) silalah kemukakan pandangan. Jika malas, baca sajelah blog ini sebagai alternatif MAP (pinjam term bos lama - media arus perdana). Sesekali nak mengutuk pun boleh. Si Ibrahim Yahaya ini, akan terus menulis, selagi ada idea.
Thursday, February 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sekadar mencetuskan isu,
sebagai anak jati melaka dan berasaskan pengalaman serta contact datuk cuba siasat apa yang telah terjadi kepada kolej yayasan melaka (kym)kebelakangan ini.
1)jumlah student merosot daripada lebih 4,000 kepada beberapa ratus sahaja. sebahagian kelas terpaksa digabungkan kerana kekurangan pelajar.
2)pengurusan tertinggi kolej juga telah bertukar tangan. adakah dilakukan mengikut peraturan atau wujud rampasan kuasa jahat
3)ke mana perginya dr hamzaid - pengasas/peneraju kolej. ada krisiskah antara yayasan melaka dan beliau.
4)bagaimanakah financial standing kym sekarang
5)wujwdkah campur tangan pihak atasan dan politik
6)atau wujudnya usaha orang tertentu untuk cuba mengkuburkan kym.
Post a Comment