Kisah yang diceritakan oleh kawanku hari ini.....
Aku yakin perniagaan boleh mendatangkan kemewahan. Malah, itulah ajaran agamaku.
Oleh itu, aku sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat seberapa banyak projek pembinaan rumah dan landscaping selagi masih muda. Ini mengikut nasihat seorang kawanku yang sudah kaya raya bahawa "golden years" individu tertentu ialah ketika berusia antara 25 hingga 35 tahun. Ketika itu, kena "pulun" habis-habisan kerana selepas itu sudah kena masuk gear lima dan badan pun cepat letih.
Kalau dalam tempoh golden years itu, jika ahli perniagaan tidur jam 4 pagi, beliau boleh bangun jam 6 pagi tanpa masalah untuk pergi berjumpa client jam 7 pagi. Badan tetap segar dan matapun bulat. Jika sudah melangkau 36 tahun ke atas, badan automatik akan menjadi lemah dan kurang bertenaga. Tidak seperti ketika berusia golden years. Golden years bukanlah waktu warga emas tetapi waktu ranum.
Bahan yang hendak aku cerita bukanlah golden years tetapi duit berguni-guni ahli perniagaan. Baru-baru ini, aku diminta membuat projek pembinaan rumah seorang ahli perniagaan muda yang mendapat kontrak GLC. Beliau baru berusia 30 puluhan tetapi mendapat projek dikatakan hampir RM1 bilion. Amboi banyaknya.Tidak hairanlah serba-serbi mewah. Duit melimpah ruah. Buat rumah pun tidak perlu memikirkan duit kerana baginya "sky is the limit". Anak-anaknya juga mewah dengan pelbagai barangan dibelikan. Jam pun berharga lebih RM100,000 dan dibayar dengan tunai. Berat juga hendak membawa wang tunai yang banyak. Dulu ada duit kertas seribu, ringanlah sikit tetapi selepas ditiadakan, maka kena membawa gunilah untuk membayar harga dua tiga jam. Kaya, sungguh kaya.
Aku terduduk juga mendengar projek yang diperolehinya. Aku yang berusia 50 tahun ini belum dapat lagi projek satu juta. Habis tinggi ialah RM600,000 dan untungnya hanyalah antara 15 hingga 25 peratus. Tetapi ini RM1 bilion. Betul ke ni? Aduh pening memikirkannya. Banyaknya, tidak perlu bersusah payah lagi.
Namun, aku berharap insan ini haruslah berwaspada dengan kemewahannya kerana ketika muda inilah pelbagai dugaan dan cabaran akan datang. Melainkan imannya kuat. Perlu banyak meminta bantuan daripada tuhan untuk melindungi kepentingannya. Kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan yang penting nyawa anak-anak. Duit banyak, sudah tentu banyak pihak yang akan mengintai sepanjang masa.
Tuesday, February 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
itu hanyalah satu contoh kekayaan orang melayu, tapi kekayaan si bukan melayu tak terbilang beb.
setidak-tidaknya kekayaan orang melayu tetap kekal di bumi melayu, tetapi kekayaan si bukan melayu telah berduyun-duyun dieksport ke luar negara hatta kebelakangan ini lagilah banyak. tanyalah tycoon cina dan india spt francis yeoh, tim pek kim, ananda dll. senang cerita cuba tanya mamak india berapa banyak tiap-tiap bulan hantar duit balik negeri.
bayangkan kalau semua bangsa di malaysia ini kekalkan wang mereka di sini alangkah banyaknya kecairan kita, tak perlu pinjam ke luar lagi, tak perlu bank dunia, bank jepun, imf dll..
seperkara lagi, perasan tak setakat ini perdana menteri kita telah melancarkan 5 wilayah pembangunan dan kesemuanya akan menelan belanja lebih RM700 billion... persoalanya ada ke duitnye!!!? secara logiknya saya tak percaya boleh raise that much of money (tg razaligh, tun daim pun geleng kepala)and kalau berjayapun bagaimana nak megisi pembangunan sedemikian gigantic.. sapa nak duduk nanti, sapa nak sewa, sapa nak beli.. ada duit lagi ke pelabur tempatan...
the morale is kalaupun nak buktikan kemampuan diri berpada-padalah, do not over do...
Sdr Ahm,
Melabur di luar negara tidak salah kerana itulah yang digalakkan oleh kerajaan kepada usahawan Malaysia.
Namun, menghantar wang ke negeri asal adalah satu kerugian kepada negara. Bukan saja ahli perniagaan tetapi juga pekerja asing berjumlah lebih tiga juta yang banyak menghantar balik wang gaji mereka. Ini lagi serius.
Saya yakin Pak Lah tahu apa yang dilakukannya. Beliau sudah pasti mempunyai penasihat ekonomi serta kewangan yang bijaksana dan bijaksini. Sama-samalah kita tunggu.
Post a Comment