Monday, February 25, 2008

KINI RAKYAT MENGADILI KERAJAAN

Mengapa Pak Lah hendak satu penggal lagi? Pak Lah mahu mandat lima tahun lagi untuk melaksanakan semua rancangan yang disusun oleh "pasukannya" terutama projek jangka panjang yang hanya boleh direalisasikan dalam tempoh tertentu. Bukan satu atau dua tahun tetapi lima tahun dan seterusnya. Ini satu realiti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mampu membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih dinamik dan bermaruah dalam tempoh 22 tahun. Jika tempoh itu pendek, katakan dalam satu penggal, sudah tentu TDM sukar untuk merealisasikan idea, meraih hasil untuk dinikmati rakyat serta memakmurkan negara. TDM pasti kekurangan masa untuk melakar kejayaan. Namun, dalam tempoh yang panjang, doktor dari bahagian Utara negara itu berjaya menjadikan Malaysia dan rakyatnya satu entiti yang berwibawa.

Pada 2004, Pak Lah, seorang yang berpendidikan agama diberi peluang untuk meneruskan kecemerlangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan dinasihati oleh pakar kewangan dan ekonomi serta Menteri Kabinetnya. Sudah tentu mereka yang berpengalaman ini, ada yang turut membantu TDM sebelum ini, memberikan pandangan dan nasihat terbaik kepada Pak Lah. Keupayaan mereka menasihati Pak Lah adalah kunci kejayaan negara selama ini. Dalam ertikata lain, Pak Lah bukan melakukannya sendiri tetapi bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain, sama seperti TDM selama 22 tahun.

Hari ini, Pak Lah melancarkan manifesto BN yang membentangkan apa yang dibuat sebelum ini untuk diadili oleh rakyat. Ia juga mengemukakan "janji" untuk lima tahun akan datang. Sudah pasti, manifesto bertemakan selamat, aman dan makmur bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia semua peringkat terus menikmati kemakmuran negara. Kecuali mereka yang enggan berbuat demikian - enggan mengakuinya walaupun menikmatinya atau tidak mahu menerima kebenaran walaupun mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini.

4 comments:

znri77 said...

saya enggan mengakui adanya rasuah dan hidup terhimpit lantaran kenaikan harga minyak.

Anonymous said...

Hanya kerajaan yang berwibawa mampu membawa negara ke era kemajuan. Namun jika kerajaan yang dihinggapi virus rasuah menjalar di semua lapisan,alamatnya pemimpin kerajaan sedemikian wajib disingkir. Tempoh memerintah bukan ukuran sebenarnya untuk dinilai kemampuan seseorang pemimpin dan pasukannya tetapi kebijaksanaan memerintah adalah kualiti yang perlu dinilai oleh rakyat....

ahm said...

tdm mengambil masa lebih 20 tahun kerana keadaan malaysia ketika itu selepas zaman tun husein onn lemah dari pelbagai sudut. namun paklah menerima malaysia pada tahap ia di kemuncak...

penggal pertama paklah banyak dihabiskan untuk membina empayar keluarga dan terlena... adakah kita mahu terus terusan membiarkan orang yang lena terus berdengkur.. manakala para oportunis terus mengambil kesempatan di atas kelemahan itu.

sanggupkah anda terus melihat apa yang kita diusahakan dan miliki hari ini musnah begitu sahaja di depan mata kita.... bagaimana kita menjelaskannya kepada generasi akan datang apabila disoal "kenapa kita tidak melakukan sesuatu sedangkan kita sedar dan ianya berlaku di hadapan mata kita..

nota; tepuk dada tanya selera, itulah realitinya.

Anonymous said...

you sir must be suffering from delusions of grandeur!

tolong sedar sikitlah saudara...diakhirat nanti pasti kena jawab juga kpd yg maha Esa..setiap yg diperkatakan sama ada disebut ataupun ditulis...search your conscience!