Semalam ketika menjawab pertanyaan Sdr Ahm dalam ruangan komen di blog ini, saya menyebut akan berusaha memasukkan entry mengenai subsidi petroleum.
Saya ingin mengambil intipati buku yang ditulis oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini. Ia terkandung dalam Bab 12, Buku Janji Dikota yang dikeluarkan baru-baru ini.
Beliau menulis:
"Kenaikan harga petroleum dunia telah turut meningkatkan harga petroleum dalam negeri dan turut menaikkan harga barangan. Kenaikan harga ini tiada kaitan dengan Kerajaan Malaysia atau bukan disebabkan oleh ketidakperhatinan Pak Lah terhadap peningkatan harga barangan pengguna yang berasaskan bahan-bahan yang diimport.
Perlu dimaklumi, turun naik harga petroleum ditentukan oleh permintaan dan penawaran terhadap bahan berkenaan. Dalam ertikata lain, jika bekalan petroleum berkurangan sedangkan permintaan terhadap pembelian berada di tahap yang sama atau permintaan kepenggunaannya bertambah, maka harga bahan berkenaan turut meningkat di pasaran terbuka di peringkat antarabangsa. Secara langsung harga import bahan-bahan petroleum dalam negara akan turut menjadi mahal.
Kenaikan harga barangan juga disumbangkan oleh peningkatan kos pengangkutan dan kos pengeluaran yang berpunca daripada kenaikan harga bahan petroleum di peringkat antarabangsa.
Apabila semua kos berkenaan meningkat, secara langsung akan turut meningkatkan harga barang dan harga runcit bahan-bahan berkenaan. Namun demikian, Pak Lah tetap mencari jalan untuk mengawal sedaya mungkin harga barang makanan di tahap paling rendah.
Bagi bahan-bahan petroleum yang meningkat, Pak Lah berikhtiar untuk menggelakkan rakyat menanggung beban harga yang terlalu tinggi. Kerajaan telah memberikan subsidi agar harga petroleum, diesel, gas dan bahan-bahan pengguna lain yang berkaitan dengannya dapat dikurangkan harganya.
Justeru, kerajaan telah menyerap kos kenaikan lebih tinggi petrol dengan menanggung beban subsidi petroleum sebanyak RM7.3 bilion pada 2006 dan RM16 bilion pada 2007. Kenaikan subsidi sebanyak 136 peratus ini adalah satu peningkatan yang sangat tinggi. Malah jika harga petroleum melepasi harga AS$100 dolar satu ton, ini beerti kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang lebih tinggi.
Kerajaan terus berkorban menanggung subsidi walaupun harga petroleum dunia mencecah paras tertinggi hingga AS$98 satu tong. Namun, dalam jangka panjang, kerajaan tidak mungkin mampu untuk menanggung secara berterusan beban subsidi yang akan mengorbankan peruntukan pembangunan dan meneruskan projek yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
Memang benar, Petronas memperoleh keuntungan hasil daripada usaha cari gali dan perolehan petroleum dalam negeri serta pendapatan daripada urus niaga di luar negara. Namun, hasil pendapatan yang diperoleh tidak seharusnya digunakan hanya semata-mata untuk membiayai subsidi dan meminggirkan pembangunan untuk kemajuan negara dan rakyat."
Untuk penerangan lanjut, ikutilah ucapan pemimpin-pemimpin kerajaan caretaker ini.
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
pada pendapat saya yang naif ini, bukankah memberi subsidi adalah sebahagian daripada usaha pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.
jika harga barangan terkawal bebanan rakyat akan juga terkawal, maka akan dapatlah rakyat semua hidup selesa dan sejahtera aman dan damai adanya.
lagipun subsidi itu untuk rakyat daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat di kalangan rakyat juga. ia bukannya dibazirkan begitu sahaja untuk tujuan yang salah. jika seringkali subsidi dijadikan isu ungkit-ungkitan kerajaan, samalah ibarat seorang bapa yang mengungkit dan menyesal membiayai perbelanjaan membesarkan anak-anaknya dan mengangapnya sebagai bebanan.
kita sering dimomokkan dengan alasan bahawa berlebihan subsidi akan mengorbankan usaha pembangunan yang lain. apakah selama ini kita tidak membangun dan hidup selesa dan melaratkah rakyat kerana pemberian subsidi? pembangunan apakah yang selama ini terkorban teruk kerana subsidi?. bahkan rakyat bayar cukai, bayar tol, hinggakan borang permohonan di jabatan kerajaan pun kita bayar RM1. dan besar manakah pembangunan ynag kita boleh dapat jika subsidi dimansuhkan?
lebih meloyakan, kita dikatakan bangsa subsidi. ini kerana pemerintah mengelirukan fahaman umum dengan memutarbelitkan maksud subsidi itu sendiri. pemerintah mentakrifkan subsidi sebagai "ehsan". sedangkan subsidi dalam konteks malaysia adalah "nafkah" bagi memakmurkan rakyat dan negara. barang harus diingat subsidi adalah hak rakyat dan bukan hak pemerintah. pemerintah hanyalah pengurus dan hak mutlak bukan terletak di tangan pemerintah
biar berapa billion pun dibelanjakan ianya untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat, bukan untuk dibazirkan dan bukankah itu asas manifesto pemerintah setiap kali pru termasuklah pru-12, selamat, aman dan makmur.
jika isu penyelewengan subsidi menjadi alasannya; berapa banyak sangat kerugian itu berbanding kesusahan rakyat tanpa "nafkah" ini kelak. bukankan kita ada autoriti yang berwajib, kerahlah mereka seadanya mengekang masalah tersebut dan hukumlah mereka yang terlibat.
apalah sangat rm16 billion berbanding undi rakyat yang seterusnya bukan sahaja akan memakmurkan rakyat, malahan para ahli pemerintah juga turut dapat labanya (terpulanglah dalam apa bentuk sekalipun)untuk 5 tahun mendatang.
ringkasnya; kalau tak sanggup belanja subsidi rm16 billion lebih baik undur diri daripada menjadi pemerintah, kerana banyak lagi bakal pemerintah yang sedia menawarkan pakej yang lebih menarik kalau diberi mandat, kerana kita tak boleh mengatakan mereka tidak berkemampuan memerintah atas alasan tiada lagi rujukannya. itulah hanyalah persepsi orang yang tamakkan kuasa
satu lagi niat buruk pemerintah adalah dengan memomokkan bahawa negara sudah tidak berkemampuan lagi menanggung subsidi tersebut... apa faktanya? betulkah kita tidak mampu? atau mereka yang sudah tidak mampu mencari jalan mengatasinya. ataupun mereka telah terlalu lama duduk di kerusi empuk pemerintahan dan sudah lupa betapa azabnya menanggung kenaikan kos sara hidup kerana hidup mereka terlalu mewah. sudah tiba masanya mereka yang tulen sifat rakyatnya mengisi kerusi empuk itu kerana mereka ini sahajalah yang tahu keazaban kita rakyat jelata.
nota; saya amat teringin melihat manusia seperti zahid hamidi termasuklah abdullah badawi ke petrol pam mengisi minyak kereta mereka supaya mereka tahun nilainya RM1.92 setiap kali mengisi petrol.
Sdr Ahm,
Pada pandangan saya, analogi seorang bapa dengan anak itu, bolehlah digunakan untuk menerangkan bagaimana kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk anaknya.
Seorang bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa memastikan anak-anak mendapat segala keperluan hidup bukan untuk hari ini, setahun atau lima tahun tetapi sehingga mereka boleh berdiri di atas kaki sendiri. Mereka berkahwin serta beranak-pinak untuk membentuk generasi yang terbaik.
Bapa yang bertanggungjawab akan memastikan pendapatannya digunakan untuk kepentingan keluarganya. Jika gajinya sebulan, beliau perlu memastikan gajinya cukup untuk perbelanjaan sebulan. Beliau tidak boleh membelanjakan lebih hari ini semata-mata untuk menggembirakan anaknya tetapi keesokkan harinya pokai dan terpaksa meminta wang daripada orang lain. Jika harga minyak naik kerana faktor luaran atau diluar kawalannya, beliau perlu memperuntukkan wang untuk minyak keretanya dan bukannya menyalahkan orang lain. Itupun jika beliau mahu bekereta. Jika tidak bolehlah berjalan kaki.
Anak yang memahami kedudukan kewangan bapanya akan sentiasa bersama-sama bapanya ketika susah dan senang. Anak itu bukan meminta yang bukan-bukan semata-mata terikut dengan nafsu mereka. Anak yang bertanggungjawab akan memahami bapanya yang seorang bertanggungjawab.
Oleh itu, jangan jadi bapa yang boros dan tidak bertanggungjawab. Jadilah bapa yang sentiasa memastikan keluarganya selamat, aman dan bahagia.
saya melihat peranan bapa menjangkau ke ruang lingkup lebih luas, bukan sekadar berpuashati dengan apa yang ada, malahan bapa yang proaktif dan bertanggungjawab sering mencari peluang dan akan terus berusaha manambah pendapatan agar lebihan laba tersebut akan dapat disalurkan kepada anak-anaknya. bukankah senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah imbuhan yang tak ternilai kepada seorang bapa.
saya biasa melihat ramai bapa-bapa yang berkerja lebih masa dan melakukan pelbagai kerja sampingan demi keluarganya. bukan atas dasar mengatasi keborosannya tetapi ingin melihat senyuman dan reaksi penghargaan anak-anak di atas pemberiannya. itu suatu kepuasan yang tak ternilai bagi seorang bapa. dan itulah tanggungjawab seorang bapa.
berbalik kepada pemerintah, jika pemerintah hanya sekadar inginkan kehidupan berasaskan apa yang termampu, maka ia bukanlah pemerintah yang kita perlu sokong. pemerintah yang bertanggungjawab ialah mereka yang sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk memastikan keselesaan rakyatnya dan bukannya kerajaan yang mudah berpuashati dengan apa yang telah sedia ada. kerja kuat, tambah pedapatan negara, bukankah semua mandat telah diberikan dan itulah yang diinginkan.
bukanlah ia seorang bapa yang baik jika mengambil jalan mudah dengan memberi alasan kepada anak-anaknya "kemampuan kita setakat ini sahaja, maka berbelanjalah setakat yang ada" sedangkan ia tidak cukup berusaha mempelbagaikan pendapatannya. kerana sianak itu akan tetap anaknya sama ada susah atau senang, tetapi adakah sibapa akan berpusahati jika anaknya di anggap "anak orang susah" tanpa sibapa berbuat apa-apa.
tidakkah sibapa rasa tercabar jika sianak mengeluh di atas kesusahan bapanya, hanya kerana sibapa yang malas dan sering tidur. sibapa pula sering menyalahkan faktor luaran yang menjadi punca kesusahan hidup mereka tanpa melihat diri sendiri dan domestik terlebih dahulu.
salahkah anak kerana enggan bersusah dengan bapanya kerana sibapa tadi malas dan suka tidur... tepuk dada tanya selera
ahm, you have taken the words right out of my mouth. As a matter of fact, all that I had intended to contribute to this issue. Mintak maaflah saudara, kita ni dah terlalu lama bermastautin di luar negara. tu lah sebab BM kta kerepot sedikit.
Si Ibrahim Yahaya tengah sibuk nak kaitkan bapak dia dengan kerajaan. Tapi tak sedar bahawa duit kerajaan tu duit kita, bukan majikan atau bapak dia. Apa salahnya kalau duit kita di guna untuk menyenangkan hidup seharian kita.Profit petronas disebabkan oleh kenaikan harga minyak sedunia tu hak siapa? kerajaan?Pada pendapat saya memang sepatutnya diagihkan kepada rakyat.
Perkara ni tidak boleh dikaitkan dengan talian antara bapa dengan anak. Si anak tu tidak bayar cukai kepada si Bapa. Does your son or daughter do it? If not, janganlah memandai sangat fikir that issue ni sesempoi as that. Dana ni adalah kepunyaaan rakyat, si kerajaan tu bertugas untuk mengagihkan dana ni sama-rata, tak kira kaum atau political inclination. That is my grouse. Kalau sesiapa nak tahu kaum kita ni, my email is ash_y2003@yahoo.co.uk . AHM, gua caya sama lu.
Post a Comment